Wednesday, May 15, 2013

Not-so-random Thoughts After Exam BH

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, hari ni dah selesai satu paper yang paling susah. Haha. Wait, bukan nak merungut lah, tapi paper ni before jawab pun dah rasa susah sebab kandungan pelajarannya yang agak luas. Kalau rajin membaca, nice lah. Kalau terror menulis in English, nice lah. Tapi untuk aku yang sudah lah kurang rajin membaca di luar topik, serta english yang ala kadar, mmmmm.....


Uuuuu ayamas.. ayamas... Cait tetiba.


Alhamdulillah juga hari ni, dapat tahu final year seniors dah jadi doktor! Perh, happy sangat untuk diorang. Aku dengan housemates aku semua tak sabor nak jadi macam diorang. Dr. Norain, Dr. Farahin, Dr. Latifah dan Dr. Nasrah. Belajar penat-penat sebab nak orang panggil Dr? Heyyy. When you decide to be in medicine field, maknanya anda dah kena bersedia for long life learning sebab bidang perubatan ni bidang yang berkembang. Hang dah grad nanti pun, banyak lagi perkara nak kena belajar. Huuuu.


Whatever lah, kita dah pilih untuk berada di jalan ini, just give your best efforts and insyaAllah, Allah akan beri sebaik-baik ganjaran. Let's do thissss!


And hari ni jugak hari turn aku memasak. Konfius nak masak apa. Sampai kena google. Taip kat google search "ayam bakar....." sekali jumpa resipi ayam bakar black pepper mayonis. Tengok cara macam simple, so itulah menu hari ni. 




Aku sedang test-drive rasa dia, kehkeh. Nak tengok ayam masak ke tak je and nak tengok match tak rasa bila makan dengan kuah not-so-black pepper tu. Masa makan chicken chop kat kedai, terpikior juga teman guane nak buat gravy black pepper ni. Laaa takde lah susah benor punn. Tapi teman punya takde lah jadi sangat tapi "boleh makan" lah, yang penting halal. Heheh.


Oh aku ambik resipi dari sini, kot kot lah ada yang nak cuba ker.

Ayam bakar black pepper bermayonis: 
www.secubitgaramnor67.com/2012/11/ayam-bakar-blackpepper-bermayonis.html 



Sos lada hitam:
samida74.blogspot.ie/2012/11/grilled-chicken-chopcoleslaw-dan-sos.html
(aku tak potong bawang secara dadu, tapi blend dengan serbuk black peper)





Anyway, that is the story about food. How about my not-so-random thought after paper BH2002: Person, Culture and Society ?


Somatisation. Pernah dengar tak? Secara ringkasnya, ia bermaksud bagaimana mental distress kita diekspresikan dengan physical symptoms seperti sakit-sakit and kepenatan yang melampo. Dalam banyak-banyak topik, topik ni lah aku rasa menarik. Sebab kita as doctor one day nanti insyaAllah, akan berhadapan je dengan pesakit sebegini, so nanti mesti confused macamana nak deals dengan diorang, and confused juga sama ada is there ada organic causes of their physical symptoms ataupun tak.


Ibrahnya dalam kes ni, pentingnya kuasa minda. Bak kata Syeikh Muszaphar, what your mind believe, your body can achieve. Kalau fikiran kita negatif, effectnya negatif jugalah pada tubuh badan kita. Jadi kena banyak senyum =). Bangun pagi, say Alhamdulillah, hadap cermin and senyum depan cermin seorang-seorang pun takpe and nak puji diri sendiri pun takpe, "walaupun tak mandi lagi, aku lah makhluk antara ciptaan Allah yang indah...." Aippp jangan muntah. Kita ni kan sebaik-baik ciptaan Allah.


Okey itu sahaja. Oh ya lagi satu, umur aku hari ni alhamdulillah dah 21 tahun 11 bulan. Ehem. Siapa nak post hadiah, boleh pm mintak alamat, kehkeh. Just kidding. Nak cakapnya, kita tak perlu nak tunggu setiap ulangtahun kelahiran untuk ucap Alhamdullilah dipanjangkan usia. You just have to do it everyday, as setiap hari yang baru itu adalah kurniaan Allah untuk kita perbaiki diri kita.


Sekian, wassalam!

No comments: