Monday, May 20, 2013

Fifteen

Assalamualaikum.


Klik PLAY!


Alhamdulillah, tamat sudah final exam. Sekejap je exam kan. Tapi nak prepare nya bagai nak rak, sebulan lebih tak keluar jauh-jauh dari Cork, pasal nak study je. Orang lain kemain jalan jauh-jauh, aku most of the holidays stayed in Cork je sebab takut jalan-jalan sampai tak sempat nak study maklumlah aku ni slow learner and tak suka rushing. 


So, peperiksaan yang last sekali ialah Clinical Science and Practise. Dalam subjek ni banyak belajar tentang penyakit and cara nak treat dia, risk dia, symptoms dia. Antara penyakitnya ialah deep vein thrombosis, pulmonary embolism, artheriosclerosis, hypertension, parkinson, stroke, renal failure and osteoporosis and many more. Untuk subjek ni, lecturers just bagi bahan je untuk baca, tapi kalau based on learning outcomes, kena explores lebih lagi. So, dah dapat mood nak masuk hospital dah ni.


Sebabnya dengar senior cakap, kita yang memang kena usaha banyak belajar sendiri dari buku. Perh perh memang takkan makan suap sangat lah macam first and second year. Waitttttt, nak masuk third year dahhh? Ya Allah cepatnya. Still rasa macam budak baru sampai Cork, sobsss. Feel so old meh. Anyway, hidup kena diteruskan, dan bersabarlah kita menempuh dugaan dan cabaran yang Allah beri supaya kita ni dapat mempertingkatkan kualiti diri, insyaAllah.




Counting days, 15 hari lagi, insyaAllah. Travel sorang-sorang this time, kawan takde nak teman, suami pun takde untuk teman, kehkeh. Tapi, insyaAllah, Allah yang akan jaga, kan. Doakan perjalanan smooth and selamat, ameen =)


So, hari-hari yang tertinggal di Cork ni nak buat apa pulak? Ohoi. Banyak benda nak buat. Banyak sangat benda yang tak terurus dalam bilik ni. Haha. Pastu macam-macam lah tanggungjawab kepada masyarakat yang hendak dilaksanakan. Ceh, masyarakat lah yang pasti, gempak noo macam wakil rakyat, kehkeh. Tapi tu lah, after this really have to play my time properly and spend it well on good things. Sayang lah masa disia-siakan begitu sahaja sementara nak tunggu balik Malaysia kan.


Jom spend more time with Quran and buku-buku!


Sekian, wassalam.

3 comments:

Yasmin Yahaya said...

Selamat pulang ke tanah air, ain! =)

eju jamil said...

fuyoooo kayaaa naik mas

Norain Ishak said...

minye, see u in Malaysia insyaAllah.

eju, laahh beli masa offer kottt. hehe