Thursday, May 23, 2013

Mainstream Question: "Korang nak buat apa lepas ni?"

Assalamualaikum.




Okey, so exam dah tamat 3 hari yang lepas, so what?


Soalan common orang selalu tanya, 


"Korang nak buat apa lepas ni?"


Kang kalau aku jawab, 


"Saya nak habiskan baca buku Sehingga Para Pemuda Mengerti,"


Kang nanti orang kata nerd and poyo habis, haha. So, ku balas dengan senyuman simpul sudah. Semua orang ada plan masing-masing kan. So, cukuplah kita tahu apa yang kita nak buat. Dan cukuplah kita memastikan apa yang kita nak buat itu ialah perkara yang mendatangkan manfaat untuk diri kita.


So, sejak cuba berjinak dengan hobi membaca buku ni, perh bestnya! Duk atas katil, santai-santai, rileks-rileks, menceduk ilmu dari buku tu. Aku memang suka membaca, haha, tapi sebab banyak benda nak kena baca dalam skop akademik aku, susah sangat bagi aku nak spend specific time untuk baca buku-buku di luar skop akademik. Huhu. Itulah kelemahan aku dan kelemahan ini harus diperbaiki.


Next aku jugak cuba untuk tengok documentary di youtube. And aku sedar, aku mampu tengok cerita dalam tempoh 30 minit je. More than 30 minit, aku dah bosan. Hehs. Tak tahu lah documentary tu yang bosan, atau 30 minit tu memang limit aku nak menonton sesuatu cerita. Aihh poyo kat rumah tengok sinetron indon sejam dengan iklan yang lama tahan pulak! Alasannn! Kena tabah lagi bila tengok documentary ni dik, kena pupuk minat cedok ilmu melalui media elektronik, Huhu.


Oh hari ni jugak, pegi Aldi Supermarket. Macam biasalah borong coklat and kotak teh. This year tak beli banyak pun. Just beli 14 keping coklat pelbagai rasa, 5 peket kacang dan kismis bersalut coklat, 4 peket gula-gula dan 2 kotak teh. Ya Allah. Agenda diabetes ke apa ini? Sobss.


Next cerita pasal what happen dekat Woolwich, London. Ya Allah seriaunyaaa. Dah lah aku nak pergi London 29-31 Mei ni, doakan perjalanan kami selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Bila cuak camni, baru ler tawakal tu tinggi dari biasa kepada Allah kan? Huhu.


Dan cerita seterusnya, result official exam keluar 11 Jun. Lambatnyaaaa! Cuak tahuu. Haih. Tapi, I have told myself, 


" Ain, simpanlah kecuakan itu sehingga 10 Jun nanti. Untuk masa-masa yang ada, perbanyakkan masa yang ada untuk berdoa kepada Allah agar Allah berikan keputusan cemerlang yang meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah. Perbanyakkan masa yang ada untuk muhasabah diri, takut-takut akhlak-akhlak buruk kita ni, menghalang daripada doa kita diterima oleh Allah. TAPI, jangan sekarang je nak muhasabah, sepatutnya sepanjang masa...."




So, stay calm and keep praying!


Wassalam.

No comments: