Friday, April 26, 2013

Menang Berkempen

Assalamualaikum.


I have been for today, untuk menulis entry ni. Kenapa hari ini, biarlah rahsia bak kata Siti Nurhaliza. Sebenarnya cuma nak berkongsi satu perasaan, perasaan macamana jadi calon bertanding untuk pilihanraya, kemudian selepas proses pengundian, kita menunggu penuh debaran dan tup-tup, kita diumumkan bahawa kita dipilih!


Gembira.
Menangis kegembiraan.
Terharu orang sudi menerima.


Dan, pada masa yang sama kita rasa takut, rasa cuak, rasa bersalah, takut-takut, kita bukanlah calon yang terbaik untuk melaksanakan tanggungjawab kita. Guaner tu? Takkan nak tarik diri kata, eh pilih lah calon sebelah sana! Toksey bohh. Kita dah berjuang bagitahu orang, kita sungguh-sungguh sebarkan manifesto kita bahawa inilah yang terbaik, takkan nak lepas tangan?


Okeylah, itu semua berangan je nak jadi calon pilihanraya. Kena tuntut ilmu lebih lagi, kena perkasakan akhlak lagi, kena mantapkan ibadah lagi. Tapi berangan tu tak salah kan? Perh nak jadi calon DUN Klawang, kelas kau mariaaaa, hee~


Tema entry hari ni adalah mengenai musyawarah. Musyawarah maksudnya kita buat sesuatu keputusan berdasarkan keputusan ramai. Jadi sejak dua menjak, banyak juga peristiwa yang mengajar aku erti musyawarah ni. Memang minggu ni, Allah nak tarbiyah betul maksud musyawarah ni. Alhamdulillah!



Vote for a better Malaysia! Islam for ALL!


"Kewajiban musyawarah hanya untuk urusan keduniawian. Jadi musyawarah adalah merupakan suatu upaya bersama dengan sikap rendah hati untuk memecahkan persoalan (mencari jalan keluar) guna mengambil keputusan bersama dalam penyelesaian atau pemecahan masalah yang menyangkut urusan keduniawian."


"Apabila pendapatnya diterima / dijadikan keputusan maka beristighfar di dalam hati, karena : 
Pertama, Menyadari kalo pendapatnye tersebut tentu saja banyak kelemahan / kekurangannya. 
Kedua, Sadar diri bahwa dia-lah nyang paling bertanggung jawab di hadapan Alloh SWT tentang sukses atau gagal-nya pelaksanaan keputusan tersebut."

"Apabila usulan atau pendapatnya ditolak oleh forum, maka segera ucapkanlah alhamdulillah di dalam hati. Bersyukur karena : 
Pertama, Alloh SWT tidak membebani dengan tanggung jawab nyang belum mampu dipikul. 
Kedua, sadar kalau pendapatnye kurang bermutu. Kesadaran ini patut untuk disyukuri."

quoted from: novitadewi23.blogspot.ie/2012/07/musyawarah.html 


Ada yang ditolak forum. Ada yang diterima forum. Allahu Allah. Cuak sangat. Sebab itu lah pentingnya pergantungan kita kepada Allah dalam setiap hal. La hawla quwwata illah billah. Andai pandangan kita tak diterima, kita berlapang dada. Andai pandangan kita diterima, awas, kerja kuatlah anda. Dan paling penting, apa sahaja keputusan yang disepakati, mohonlah dari Allah, agar Allah permudahkan segalanya bagi kita. 


Tanggungjawab. Seberat mulut mengungkapnya. Nak sebut dalam bahasa inggeris, responsibility pun payah. Nak tunjukkan betapa susahnya memikul tanggungjawab. Tapi, ingatlah, apa jua tanggungjawab yang kita ada, always perbaharui niat kita, kerana Allah. Janganlah kita selesaikan satu tanggungjawab, kerana memang kita orang yang dipertanggungjawabkan, tapi luaskan kerangka fikir, bahawa kita melakukannya kerana Allah, semoga memberi manfaat kepada semua pihak, insyaAllah.


Sekian, selamat menuntut ilmu! Teruskan perjuangan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi!


1 comment:

Unknown said...

:)Biasa la tu.. Kehidupan ni kan trabiyah direct dari Allah.. :) Doa banyak-banyak supaya Allah kuatkan hati untuk terus memegang tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi Allah ni.. :)

Ain, bile nak datang Dnur ni??