Thursday, April 18, 2013

Ho Hey

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Lega untuk minggu lepas yang dah berlalu. Apa yang dah berlaku sampai lega sangat? Haha. The UKEC-RakanMuda The Amazing Race. Untuk yang tak tahu UKEC tu apa, in malay terms, ianya umpama majlis perwakilan pelajar UK-Eire. So, dia ada banyak region laaa, macam contohnya kat Ireland, ada UKEC Ireland Regional Office. Dan aku merangkap Welfare Exco untuk Ireland Office. Amboi boleh tahan "gipang". Sebab at the same time jadi general secretary untuk PPMC.


Jadinya, untuk event The Amazing Race ni, aku telahpun ditaklifkan untuk menjadi orang yang uruskan paramedics and food. Nak nama glamour, logistic director. Alhamdulillah, encik Paul Conway from Irish Red Cross sangat baik and membantu. And paling lega sekali, tiada kecederaan dilaporkan. Makanan pulak order dengan Chef Yaiz, so menggunakan kuasa veto aku pilih makanan favourite sendiri, yakni nasi with ayam merah, heee.


Actually, aku rasa liat jugak nak involve dalam event ni. Sebab, director Ken from Belfast, co-director Hariz from Dublin, and the Patrick from Belfast, Koci from Dublin and Shariff from Galway, and me from Cork. Semuanya lelaki, aku seorang perempuan sesat. Tahap segan aku agak tinggi juga, tapi dalam nak handle this event, kena buang rasa malu tak bertempat tu. Apa-apa pun, it was a good experience to work with those people eventhough I don't really know them very well.


Kemudian, masa "bersosial" dengan volunteers untuk event ni pun rasa happy sebab dapat jumpa orang selain cork. Sebab asyik asyik dengan budak cork je, haha, ambik angin baru di tempat lain pula. Bukan nak kata bosan dengan orang cork, tapi kita kena make new friends kan untuk networking in the future, cehh.


Another thing, program macam ni, secara mata kasarnya kita tak nampak pun ianya sebagai satu program dakwah ke tarbiyah ke. Tapi sebenarnya, bergantung kat kita macamana kita melihat sesebuah program tu. Sebagai contoh, aku kan handle food and paramedic, itu adalah soal kebajikan. Dan segala kebajikan itu adalah Islam. Kita nak jaga orang, sebab apa, kerana Allah taala. Sebab tu penting, bila kita rasa kita buat kerja di luar skop dakwah and tarbiyah, kena relate balik, tajdid niat kita kerana Allah.


Peserta yang participate, ini adalah program tarbiyyah badanniyah untuk diorang. Program untuk menguatkan tubuh badan, untuk mengeratkan ukhuwwah. Sebagai penganjur program, kena doalah agar orang-orang yang join ni, Allah tambahkan kesihatan yang baik untuk mereka agar jadi insan yang taat beribadah kepada Allah.


Segalanya bermula dengan niat.


Next pagi Ahad, aku ke Belfast sebab pada mulanya nak teman Tipah window shopping kat Junction One. Tapi bas ke JO tak frequent pula, last last jalan-jalan dekat City Centre jer. And then melawat uni Atiqah.






Itu je lah ceritanya. Insya'Allah sabtu ni akan ke Cobh pula. Amboi, ouststation sokmo. Heee.


Sekian, wassalam.

No comments: