Tuesday, April 30, 2013

Keluarga & Kita

Assalamualaikum.


Pelik tengok manusia,
yang kadang fikir macam dia confirm hidup lagi 10 tahun, 
untuk mengurus harta insan yang sudah pergi bertemu Ilahi. 

Dia hidup sampai esok pun,
macam dia boleh jamin,
keliru aku dengan golongan macam ni. 

Sudah tu, 
taknak ikut seperti wasiat yang ditinggalkan. 
Apakah anda ini? 

Sudah tu, 
nasihat si sulong yang tidak bekerjaya taknak pula didengari, 
yang hendak didengarnya kata saudara lain yang kononnya lebih bekerjaya. 
Bekerjaya lah sangat. 

Haihhh, mohon terasa bohhh....

Bila maruah ibu bapa mereka dipandang tak berharga oleh saudara, 
apakah kamu fikir anak-beranak mereka tak ada rasa? 
Kamu fikir kamu hebat sangat ker? 
Tolonglah. 
Tak perlu ungkapkan kata kehilangan kerana dahulu kamu sendiri ungkapkan kata mereka kurang berjasa. Sudah, cukup sudah. 



Keluarga. Dalam sesebuah keluarga, kita tak boleh expect semua dalam ahli keluarga tu sempurna, meskipun ada ustaz ke ustazah ke, mesti ada jugak yang kurangnya. Dalam hal ni, kita, yer kita yang sedang berusaha memperbaiki diri, kena banyak bersabar menghadapi pelbagai mehnah(amboi~) dalam hidup bekeluarga. Kita yang Allah kurniakan lebih sedikit ilmu dari ahli keluarga yang lain, kena gunakan kelebihan itu untuk mendidik keluarga(bukan konsep ibu bapa mendidik anak-anak sahaja tapi mendidik adik beradik).


I have seen in some cases under my private/public investigations (kemain~), ada yang sulongnya alim, adiknya kurang alim. Ada yang adiknya alim, yang sulongnya kurang alim. Jadi, sama ada kita sulong, atau kita bongsu, anda yang sedang membaca ni kena tahu anda ni merupakan orang yang TAHU, jadi kena fikir strategi macamana nak didik si sulong atau si adik. Adik beradik perempuan lain caranya, adik beradik laki pun lain kaedahnya. Janganlah pula kita kata, aihh lantak depa lah, janji aku seorang masuk syurga! Amboi, tak boleh ler cenggitu~


Strategi utama ialah --> kena pandai ambil hati adik beradik, baru lembut hati ye dak nak terima nasihat. Jangan sampai sakitkan hati pula. Kalau adik beradik lelaki, kurang pastilah gaya macamana nak ambil hati, (malas nak belajar lagi bahagian ni, kalau nak dekat baitul muslim baru belajar, lol habis~). Tapi kalau perempuan, depa ni suka hadiah. Bukan nak kata perempuan ni materialistik, tapi rasa dihargai, cewwah. Bagi hadiah yang berkaitan lah. Kalau depa pakai tudung kecik, hangpa bagilah hadiah tudung yang besar sikit. Pastu nak tambah manis lagi, selitkan ayat-ayat jiwang. Perh. 


(habislah strategi aku ni kalau kakak-kakak aku baca entry ni, ohoi~)


Itu sahaja lah yang hendak diungkapkan. Untuk kamu, kamu dan kamu, bertabahlah mendidik ahli keluarga kamu, insyaAllah berkat kesolehan dan kesolehahan kamu, insyaAllah, Allah akan lembutkan hati-hati mereka untuk menjadi yang berilmu-beriman-beramal seperti kamu semua.


From left : Aishah(3rd), Maryam(1st), Asiah(2nd) and me (bongsu bohhh..)


Rindu korang, meskipun kepulangan ku ke Malaysia, ku bakal dibuli membasuh pinggan, tapi tak apa, aku redha! Telinga ku juga bakal dibuli dengan pelbagai suruhan, tapi tak apa, aku redha juga! Haha. 
Anyhow, thanks to them, for being in Malaysia to take care of mak and ayah. Sorry for not being there to do my "physical" responsibility to them, but put your trust on me, I'm trying to do my best in my study here...

Hidup ini, kadang jangan berkira sangat. Kalau nak kata berkira, my sisters dah boleh claimed kat aku dah sebab they visit mak and ayah every week and sometime send ayah to meet his doctor. So, as a token of appreciation, kita yang duk oversea ni, jangan lokek sangat nak hadiahkan something to your siblings. That's the way I think. Tak boleh imagine kalau aku busy jadi doktor, macamana pula nak bertolak ansur.


Sekian, wassalam.

No comments: