Thursday, April 11, 2013

Kakak-kakak Final Year Cork Akan Grad dengan Jayanya, Ameen =)

Assalamualaikum.


Almost dah 2 minggu dah start cuti. Esok insya'Allah ke Dublin, sebab hari Sabtu ni nak kena uruskan UKEC-Rakan Muda The Amazing Race. Hoho. Rasa awkward je bekerja dengan orang-orang yang kita tak pernah kawan. Tapi tu lah, takkan nak bersifat mandom pulak, kerja dalam mana-mana organisasi, kena proaktif sikit, kalau tak, macamana program nak menjadi?


Minggu lepas, minggu yang agak busy dengan program makan-makan. Tapi dalam banyak-banyak program makan-makan, aku paling suka program makan anjuran kami budak-budak 2nd year, hihi. Macam-macam ada, cendol, satey, nasi impit, kuah kacang, dan paling tak menahan ialah nasi kerabu kaler hijau! Hehe. Semua ni bukan nak memuaskan nafsu semata, tapi tanda kasih sayang "kita".


pelajar 2nd year dengan kakak-kakak final year yang tengah pegang bunga :)


Aku takde lah buat kad ucapan khas for each of them, but cukuplah nak luah kat sini. Amboi, tak boleh nak public lagi ker ain? 


Dear kakak final years yang saya sayangi, 
saya sebenarnya kagum dengan kakak-kakak sekalian, 
Walaupun dah nak dekat exam (15 April), 
Tapi still sempat luangkan masa untuk makan-makan dengan adik-adik yang tengah hep hep hooray bercuti. 
Walaupun dah nak dekat exam, 
Tapi still sempat luangkan masa untuk berhalaqah menambah ilmu di dada. 
Walaupun dah nak dekat exam, 
Tapi still sempat jadi examiner untuk MOCK Osce kakak-kakak 3rd and 4th year...
Tahukah kamu wahai kakak-kakak final years sekalian,
Kakak-kakak secara tak langsung menjadi sumber inspirasi buat saya..
Kakak-kakak sekalian mengajar saya nilai pengajaran yang tidak mungkin saya belajar dari buku teks, ataupun buku motivasi, ataupun novel cinta (#eh)...
Saya belajar bahawa,
sibuk mana pun kita,
di tahap mana pun pengajian kita,
betapa semakin hampirnya exam kita,
Kita masih berada di sana untuk menghulurkan bantuan yang kita mampu berikan kepada adik-adik.


Erm, sajak apakahh. Tak, sebenarnya nak cakap, kagum sangat tengok kak Farah, kak Yan, kak Zira, boleh turun padang bantu Mock Osce, padahal exam final tak lama lagi jerr. Kalau aku, mungkin masa tu dah berkira masa, aku nak study nak study! Tapi sebab kakak-kakak solehah ini dah tunjuk macam ni, kita sebagai adik-adik, kena ada mindset, jangan jadikan exam sebagai alasan untuk kita tak bersosial-dengan-berhemah-gaya-Muslim. Kadang-kadang bila sibuk study, jumpa orang boleh hilangkan stress ye tak?


Untuk semua yang nak exam:




Cuti-cuti ni, elok lah pergi bersenam ye tak? Takde lah bersenam sangat pun, jalan ambik angin pagi yang segar! 


beramah mesra dengan makhluk ciptaan Allah ini, err swan kan? At The Lough


Sekian, selamat menuntut ilmu! Wassalam... =)

2 comments:

Anonymous said...

kirim salam kat akak yg berdiri kiri sekali tu...

Unknown said...

Nak belajar pandai2 so boleh jadi dokter...Memberi inspirasi betul gambar2 ni.