Thursday, April 4, 2013

Sedetik Lebih

Assalamualaikum..


Alhamdulillah. Habis je exam hari tu, pergi percutian ilmiah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah atas kesempatan yang Allah berikan. Terasa besar sungguh kasih sayang Allah berikan, terasa luas peluang yang Allah berikan untuk diri ini menjadi insan yang lebih baik, meskipun diri ini selalu leka, selalu alpa akan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini.


Aku mengenali usrah masa aku form 4, masa aku mula-mula masuk taiping. Ada usrah setiap hari Jumaat lepas habis kelas. Budak laki pergi solat jumaat, budak perempuan berusrah di kelas masing-masing. Kadang-kadang kami gabung semua kelas, buat usrah di dewan kuliah. Teringat juga video-video yang penuh menginsafkan yang ditayangkan semasa usrah di dewan kuliah. Rasa berdosa sungguh akan kesilapan diri. Tapi itulah, bila mana kita sibuk dengan duniawi, kita lupa akan kampung akhirat kita, destinasi sebenar yang kita bakal tujui.


Terdetik juga dalam hati, kenapa diorang ye jadi naqibah? Aku nak jadi naqibah juga. Heeee. Tapi sebab sedar diri, siapalah diri ini. Masih sekolah rendah pun, tak pergi sekolah rendah agama. Masa di taiping pun, aku tak ambik pun subjek Tasawwur Islam sebagai subjek ke-10. Eh rebel dengan agama ke? Benarlah, hidayah itu milik Allah. Kalau Allah taknak izinkan hidayah-Nya untuk kita, memang pandangan kita kabur, minat kita juga tidak cenderung untuk memahami agama yang dianuti.


Masuk di ky, pernah gak berangan nak masuk muscom, hahaha. Tapi aku pun tak berapa join sangat dengan usrah. Sebab masa tu rasa macam, usrah ambik masa study. Saya datang ky untuk study, bukan untuk pergi usrah2 ni! Surau As-Saad Ky ku pandang sepi, padahal hari-hari balik chalet lalu depan surau. Amboi sombong sungguh kan!


Di Cork pula, masih ku ingat mesej pertama kak Aingg (Syahirah Adnin), dia tanya, bila kita nak buat first sitting? Haaa. Aku blur. Sitting? Apakah itu? Oh maksudnya usrah. Kat sini, baru suka usrah. Siap follow 2 usrah, hard core tak hard core. Haha. Ohana dan Quranic Circle. Dua-dua naqibah yang sangat baik, yang sangat aku sayang. Terasa mengalir kasih sayang mereka ke dalam hati. Manis. Diabetes sungguh!


Masuk 2nd year pulak, aku ditaklifkan untuk bawak usrah. Bayangkanlah, baru setahun berjinak dalam usrah, tetiba kena bawak usrah. What do you expect from me? After satu tanzim ppmc, bila reflek diri, Allahu Allah.


Surat cinta buat anak-anak ohana..

Dear anak-anak ohana ku.. 
Maafkan diri ini, tak dapat menjadi naqibah yang baik buat diri kamu. 
Masih banyak yang perlu kakak ini belajar, untuk menjadi naqibah yang baik untuk diri kalian. 
Maafkan diri ini, tak dapat mem"basah"kan hati kalian dengan mutiara kata iman, 
barangkali hati ini juga masih kering kontang,
masih menadah ilmu, masih mengharap sinaran cahaya Ilahi.
Maafkan diri ini, tak se-sweet seperti kakak-kakak yang lain,
barangkali hati ini belum sampai ke tahap sweetnya iman.
Maafkan diri ini, kerana tak dapat menjadikan ohana kita seperti ohana, seperti erti keluarga sebenar.
Maaf. Maafkan kakak ini.... T.T


Tapi aku sedar, itu bukan alasan untuk mengatakan saya tak nak jadi naqibah. Kekurangan yang ada, seharusnya diperbaiki. Suburkan hati dengan kasih sayang, agar menjadi lebih penyayang. Suburkan minda dengan ilmu, agar dapat membajai jiwa-jiwa lain yang mendambakan ilmu. Suburkan jiwa dengan iman, agar dapat menghidupkan iman di jiwa-jiwa insan lain...




Hari ni, rasa Allah bagi ilham macamana kita nak suburkan kasih sayang dengan housemates, yakni, tahu makna nama housemate kita...


Selama ni panggil nama housemates sekadar nama, tanpa ada "feeling" bila panggil. Terdetik di hati, alangkah manisnya kalau bila kita panggil nama sahabat, kita menghayati maksud nama sahabat kita. Nur Farahin Ayob,,, kegembiraaan! Nur Latifah,,, kelembutan! Nasrah Arif,,, pertolongan...Sahabat2 yang panggil nama Ain, doakan lah mata fizikal dan mata hati agar dapat melihat dan menerima hidayah dan taufik dari Ilahi. 


Sibuk minat orang berlainan jantina, tapi tak cuba nak minat dan sayang sahabat-sahabat sejantina, berat nanang tu. Sayangi keluarga, sayangi sahabat semua. Belajar untuk memberi dari sekarang dari mengharap untuk menerima. Kalau kita asyik berharap, kita yang kecewa. Tapi kalau kita yang hulur dulu, kita yang gembira. 

No comments: