Friday, March 29, 2013

Atuk, OSCE, 2nd Year Dah Habis

Assalamualaikum...


Minggu ini, minggu sedih. Sedih bukan sebab aku ada 3 continuous assessment (pharmacology, pathology, OSCE), bukan. Tapi bila dapat news, atuk aku dah meninggal dunia. 


A156

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
(Al-Baqarah 2:156)


Selasa, exam pharmaco dari 6.30pm-8.00pm. Balik rumah, solat, makan, pukul 10 dah tidor, and memang plan nak bangun pukul 3am. And yeah, aku memang bangun pun pukul 3am tu. Check handphone, check whatsapp, dah nampak mesej along, "atok dah mening...". Allahu Allah. Debar debar gila sebelum nak tengok mesej full. And bila dah bukan mesej full, "atok dah meninggal pukul 9am tadi.."


Aku masa tu, terkejut, rasa kosong, hilang, blur, blank. And after that, baru emosi dapat signal and menangislah aku jam 3.10am pagi tu. Menitik-nitik air mata atas helaian nota pathology yang examnya pukul 12noon hari tersebut. Dengan banyaknya benda nak kena hafal, dapat berita ni pulak, Allah je tahu rasa macamana. Rasa nak menangis sepanjang hari, tapi aku kena jugak review pathology. Konflik dalaman. Baca nota sikit, teringat kat atok, nangis. And then stable. Baca nota, rasa sedih, nangis balik. And then pergi jawab exam. Balik rumah, makan, solat, tido nak rehat, nangis lagi.


Dengan sahabat, mungkinlah nampak aku boleh gelak ketawa senyum bagai, tapi bila duduk dalam bilik sorang, and suddenly teringat atuk, terus berair mata ni. Pastu petang semalam, cari t-shirt nak pakai, randomly terambil t-shirt Yayasan Haji Ya'acob. Allah..... Saya rindu atok. 


Sedih sangat. Atuk belah ayah aku memang dah takde sejak ayah aku kecil lagi. And then wan belah mak aku, meninggal 10 years ago.. And then opah belah ayah aku, meninggal last year. And tahun ni, atuk belah mak aku dijemput Allah... Takde datuk, takde nenek dah. Ini sangat sedih. Aku rasa sedih sangat tu mungkin sebab tak sempat nak jumpa atuk for the last time. Aku tahu je atuk dah admitted to hospital for about 2 weeks jugak and hope so atuk akan get well soon. Tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Belajar lah untuk redha.... 


Aku tak kisah lah apa cucu-cucu lain nak cakap, but somehow aku rasa atok sayang aku. Tak pernah marah, sebab atok suka kalau cucu dia suka belajar. Sejak zaman aku belajar kat maktab, atok selalu hulur duit, bukan sepuluh, dua puluh, kadang tu seratus, dua ratus, sampai kakak-kakak aku pun jeles. And what makes me more sad, the facts that, aku tak sempat nak repay all his kindness to me. At least, kalau aku dah kerja, boleh belanja atok, beli gifts untuk atok lagi, but now.. Allah lapangkan lah kubur ahli-ahli keluargaku, sinarilah dengan cahaya-Mu.


OSCE



Again, if you have no idea about what osce is all about, sila google. Di sebalik rasa sedih itu, i should not let myself feels down, kena kuat, and teruskan kehidupan. Praktis osce macam biasa. And apa yang menariknya pasal osce ni, aku adalah among the lucky 4 yang buat last sekali. Supposedly macam each group ada 8 students, tapi group kitorang ada 4 orang. 3 perempuan, seorang lelaki. Semua irish, aku je malaysian, cool! I could imagine how myself going to be bila budak-budak twinning balik malaysia. Ye lah skang tutorial, separuh budak malaysia, nanti diorang balik, aku sorang je la malaysian. Irish sungguh time tu.



Station Number
Station Type
1
Neurology History - headache

2
Neurology Examination - lower limb motor examination

3
Cranial Nerve examination: trigeminal, facial and hypoglossal nerve

4
Cardiovascular History: shortness of breath

5
Cardiovascular examination
6
Video: Neurology Video : babiski sigh
7
Respiratory Examination

8
Rest



Just nak bagitahu, exam OSCE ni, bila dah lepas, rasa lega sangat. First station memang nervous tapi asyou go by one station to the other, rasa best je. Normal la kan nervous exam yang melibatkan praktikal and oral ni. Tapi hari semalam rasa dipermudahkan Allah masa buat osce. Ada station, sempat lagi sembang dengan doktor and patients. Nice. Lega. Dan bertambah bahagia bila examiners puji. Cakap pasal puji, orang kat sini, memang tak lekang dengan pujian. Excellent, very good and etc macam word common. Harap boleh dapat 1H aa camni, huuu.


Sebagai contoh aku examine patient untuk test for muscles of facial expression. Everytime patient manage ikut step yang aku suruh one-by-one, aku akan cakap, that's good, excellent, perfect. And after everytime tu, cakap thankyou. Aku pun dah terikut-ikut. Words macam ni bukan something yang uncommon, tapi sangat common. Orang kat malaysia je kurang memuji ni. Dan kurang cakap terima kasih. Dan kurang greet orang. Masih ingat lagi masa mula-mula cuti kat Malaysia, aku rasa angin je masuk kedai malaysia, sebab susah benor nak cakap terima kasih tu. 


Ini semua soal akhlak. Akhlak ialah perkara automatik. Kita tak perlu fikir dua tiga kali. Kita nak puji, terus puji. Kita nak ucap thank, terus ucap thanks. Akhlak islamiyah adalah akhlak spontaneous kita..



No More Class for 2nd Year

Ingat lagi masa mula-mula sampai cork last year, tanya dekat senior, 2nd year camna eh. Ada senior cakap ok, ada yang cakap tak ok, and macam-macam. And now, dah habis dah pun kelas 2nd year! Sekejap sangat masa berlalu. Dah habis 2nd year. Insya'Allah nanti masuk 3rd year.


Exam summer





Oh hari tu dapat letter,



Baru nak berangan dapat scholarship so boleh bayar 25% biasiswa mara, huuu. Tapi tu lah, the letter just arrived at the right time yakni before exam pharmaco hari selasa hari tu. Bagi semangat sikit sebab dalam otak penuh dah dengan nama drug, nama disease, nama bacteria, virus, fungi and parasites bagai. Seronok orang establish kita, tapi yang lebih seronok kalau Allah redha dengan kita. Allah redha kita, Allah bagi rahmat, Allah bagi syurga. Itulah yang sebaiknya.


Pesanan untuk diri sendiri, jangan leka dengan pengiktirafan. Ini benda yang berlaku yang dah lepas. Apa yang dihadapan, itu lah kita kena usaha sekarang..


Okeylah. so sleepy, maaf panjang. Sekian, selamat beramal kerana Allah!

No comments: