Apa khabar iman semua? Cewwah, ayat standard naqibah lah katakan. Eh, naqibah ke tak naqibah ke, semua orang perlu sentiasa check iman masing-masing.
Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Insya'Allah 26, 27, 28 hb ni, ada continuous assessment untuk pharmacology, pathology dan OSCE. Boleh tahan banyak juga details setiap satu exam tu, tapi hadapi je lah, buat lah yang terbaik. Tell yourself, kita akan lalui setiap exam itu dengan baik, dengan pertolongan dari Allah, insya'Allah. Jadi teruskan usaha dan doa selalu.
Husnul Khotimah
Pagi tadi masa tazkirah subuh, kakak senior ceritalah bahawa hidup kita ni pun macam peperiksaan jugak. Results nya sama ada syurga atau neraka. Kalau kita nak menghadapi exam akademik, kita akan gunakan masa kita betul-betul. Setiap saat, setiap minit itu sangat berharga kan. Tapi kita tak sedar, peperiksaan yang kita bakal tempuhi di akhirat kelak, adakah kita benar-benar memanfaatkan masa kita itu sebaiknya? Dan apabila kita mengambil peperiksaan akademik, contohnya macam OSCE lebih kurang sejam, tup-tup dah sejam. Nak cakapnya kat sini, sekejap sangat masa kita kat dunia ni. Tup-tup, Allah ambil nyawa kita. Eh masa tu dah tak boleh nak repeat exam dah...
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Dan kebelakangan ini, banyak juga dengar berita-berita perginya insan-insan yang kita tak kenal di facebook. First, kenapa Allah nampakkan berita-berita ini kepada kita? Sebab Allah masih sayang dekat kita, Allah nak kita sedar bahawa kita akan kembali kepada Dia. Kalau ada di kalangan kita yang lalai menjadi muslim yang mukmin, Allah nak kita kembali sedar tujuan kita hidup di atas muka bumi Allah ni.
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama
Membaca kisah Sheikh Ramadan Al-Buti, ulama' besar Syria yang meninggal dunia akibat dibom/ditembak/whatever semasa memberi kuliah di sebuah masjid, Allah... Beliau mendapat ganjaran syahid, meninggal semasa menyeru orang mengabdikan diri kepada Allah. Kita ni macamana pula pengakhirannya? Iman kita ada naik dan turunnya. Pohonlah dari Allah, agar kita mendapat pengakhiran yang baik. Kita tak mahu, saat malaikat maut mencabut nyawa kita, di saat kita melakukan perkara yang sia-sia. Ya Allah, jauhkanlah kami dari keadaan itu.
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Kita semua adalah Abdullah yakni hamba Allah. Pernah tengok satu video Nouman Ali Khan, yang mengisahkan, kita semua ni, boleh je cakap bahawa Allah ada Tuhan kita, Allah Maha Esa. Tapi, tapi berapa ramai dari kita sedar bahawa kita ni hamba Allah dan harus mengikuti segala perintah Allah. Kalau kita benar-benar merasakan bahawa diri kita ini Abdullah, apa sahaja ujian yang Allah bagi, kita redha, sebab semuanya datang dari Pemilik kita.
Sekarang ni masa anda sedang baca and saya sedang taip, memang lah saya boleh cakap, saya hamba Allah! Check amalan kita kejap. Macamana dengan amalan kita. Amalan paling rutin yang kita buat, solat. Kita buat sebab kita takut dapat dosa, atau kita buat sebab kita nak tunjuk kat Allah, ya Allah, inilah bukti cinta aku kepada-Mu, berkati hidupku, rahmati lah diriku! Sebab rahmat Allah tu yang kita nak cari. Sebab kerana rahmat Allah itu seseorang hamba itu masuk ke syurga. Semoga kita tergolong dalam kalangan ahli syurga, insya'Allah, sama-sama perbaiki amal.
"I pray to God, with my heart, soul and body, every single day of my life. With every breath I solemnly promise, to try to live my life for you. O Allah, you did revive my soul and shone Your light into my heart. So pleasing you is now my only goal. Oh I love You so. I love You so.Now I know how it’s like to have Your precious love in my life. Now I know how it feels to finally be at peace inside. I wish that everyone could see how Your love has set me free, set me free and made me strong. O Allah, I’m forever grateful to You. Whatever I say could never be enough. You gave me strength to overcome my uncertainties and stand firm against all the odds.You are the One who did revive my soul. You shone Your light into my heart. So pleasing you is now my only goal. Oh I love You so. I love You so.."-I Love You So by Maher Zain
Sekian sahaja entry hari ni. Terus istiqamah dalam usaha tergolong dalam kalangan orang-orang yang soleh, insya'Allah =)
No comments:
Post a Comment