Monday, March 18, 2013

Sadis

Assalamualaikum...


Baru je selesai jawab online test for pharmacology. Spend about 2-3 days jugaklah nak cover topic Auntonimc Nervous System/ Cardiovascular System(CVS) Pharmacology. Tapi tapi, this topic best sangat! Sebab macam lebih dekat di hati. Especially bila belajar drugs yang berkaitan dengan CVS disease macam hypertension. Contohnya, aku dah tahu kenapa orang yang makan ubat darah tinggi kerap kencing, selalu batuk. Okeylah, aku cerita panjang lebar pasal drugs ni, panjang lebar pulak entrynya. Boleh google sendiri, hihi. 

Tetiba masuk mode rindu family. Hoho......2.5 months lagi, insya'Allah.



So, ada beberapa perkara sahaja nak disharekan pada malam ni....


Mock OSCE 2nd Year

Hari Sabtu hari tu, ada mock OSCE. Again, what is OSCE? Ianya test kita untuk buat clinical examination. Perhhh, kelam kabut jugak buat hari tu. Kena practise lagi. So for the mean time, aku practice dengan teddy bear owl aku, haha. After OSCE, tak menahan, sempat pula nak berfotogenik. Bukan selalu kot, tambahan bergambar dengan stetoskop, nampak sikit kedoktorannya. Malas nak mencapub gambar tu kat sini, gi check instagram, hehe.

Oh nak tahu lebih lanjut tentang OSCE, boleh tengok video-video dekat sini OSCE 

Masalah betul la kalau bila je musim OSCE, nak rasa cuak-cuak. Padahal, kalau kita practise selalu and enjoy examine patient, takyah nak nervous-nervous ni, huuu. 

"So, armed with the knowledge that all takes is confidence, manners, systematic approach and WIPEs to do well in an OSCE, relax, enjoy the practical side of medicine ad learn from mistakes you make today.."-quoted


Merungut

Sejak hari khamis hari tu, after je attend lab practical pharmacology, perhh, geram gila sebab macam banyak gila details drug yang nak kena tahu. Why and why! Pastu hari ni rasa insaf pulak. (ceh!) Betul laaaa. Masa tengah study-study pasal pharmaco tu, saja lah belek video yang aku rekod dari dekstop kat pharmaco lab. Eh..... video ni explain more pasal drugs yang aku tengah study. And at that time, rasa macam, ya Allah, banyaknya aku merungut pasal pharmaco ni. Padahal lecturer suruh buat untuk tambah kefahaman kita, tapi kita pula gedik merengek. 

Ya Allah, forgive me when I'm whine. Sedangkan ramai orang lagi, beriya-iya nak study medik, nak jadi budak medik, kita pula, yang sedang jadi budak medik, take a lot things for granted and tak reti bersyukur dengan peluang Allah bagi kat kita untuk belajar macam-macam jenis ilmu. Huuuu. Lepas ni takleh nak merungut. Kalau tak puas hati, simpan dalam hati and don't spread the merungut aura to others. Keep it for yourself and be positive about it!

Takkan tak percaya Allah dah berfirman dalam Al-Quran 

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. ..."Al Baqarah 286

The key power is sabar. Sabarlah dalam menuntut ilmu. Itulah yang sebaiknya. Semua benda jadi susah sebelum senang, kan? 


"Bila I stress, I bake cakes"-Matluthfi

Eh mat, sama lah kita. Haha. Ermm, kadang-kadang, duk kat dapur boleh redakan stress. Tak kisah lah masak apa-apa ke, bake apa-apa ke, as long as buat something kat dapur, rasa cool. Hehs. Padahal dari spend masa masak/bake kat dapur, ada eloknya pergi study, tapi, laaaa, you are not robot untuk study 24 hours lahh. You brain perlukan rest jugak tau. At least kat dapur, ada exercise tangan sikit. Contoh semalam aku masak mee goreng not so mamak, perh lenguh tangan mengacaunya. Nasib baik housemates sanggup habiskan walaupun tak sedap sangat. Heee. Pastu petang tadi buat kek coklat, padahal housemate aku si Farahin dah buat kek batik. Saje je aku.....


Esok takde buat pape ah. Nak buat 2 essay GP! Hohhhh.. Aippppp, jangan merungut!


Sadis

Hari ni aku ada 2 feeling ala-ala gaya drama. Hehs. Pertama, rasa macam dipaksa kawen paksa. Eh paham ker? Duhhh, lemahnya aku nak bekerja dengan stranger, bekerja dengan orang yang aku tak kenal in person. Susah hati jiwa raga ini dibuatnya. Mintak sangat Allah permudahkan lah kerja aku untuk satu projek ni..... T_T Kedua, rasa macam mak tiri yang tak disukai oleh anaktiri. Ceh, apa tragik sangat ni? Maksudnya kat sini, bila, kau rasa kau deserve untuk ada hubungan yang lebih akrab dengan seseorang tu, tapi sebaliknya seseorang itu lebih akrab dengan orang lain. Sobs.

Tapi, this is life. Kita suka tak suka, kena hadapi jugak. Aku masih mencari hikmah. Moga ku temu hikmahnya. 


Sekian, selamat menuntut ilmu sahabat sekalian! Moga diberi kefahaman oleh Allah.

No comments: