Wednesday, March 13, 2013

Wanita Muda Ber-Dress Merah



Assalamualaikum.


Alhamdulillah, hari ni baru je tamat sesi terakhir yakni sesi ke-5 dengan GP a.k.a General Practitioner dengan Dr. Tony Foley. Ingat dulu masa belum buat GP attachment, bila tahu kena buat 5 kali, rasa macam, whatttt, 5 kali nak berulang alik ke Kinsale yang lebih kurang 45 minit dari Cork City dengan menaiki bas eireannn dengan kos 11 euro setiap kali ke sana? Hehs. Tapi kalau kita niat sungguh-sungguh nak tuntut ilmu, Allah akan balas dengan ganjaran yang setimpal untuk kita. Percayalah kalau kita buat setiap perkara itu kerana Allah!


Serba sedikit pasal Dr. Foley. Physically beliau dah masuk 40 years old, tapi masih hensem. Haha. Sangat baik okey. Sangat caring jugak. Tapi apa yang lebih penting sebenarnya, Dr. Foley seorang doktor yang sangat bagus. Memang bagus habis lah. The way dia communicate dengan patients, perh, make me adore him so much! Bagaimana dengan akhlak yang baik, boleh membuatkan orang selesa dengan kita, jadi perlu lah mereka yang claimed diri nak berdakwah dengan orang ni, hiaskan diri dengan nilai-nilai terpuji. Sebab dengan akhlak tu, buat orang tertarik nak dengar apa yang kita sampaikan.



My group! :)




Group Syaima... Masa first attachment buat 6 orang sekali. Masa last attachment pun buat 6 orang sekali jugak. Cool.



Oh ini entry yang aku tulis masa baru habis 1st GP Attachment :

http://dunianorain.blogspot.hu/2012/10/1st-gp-attachment-24-jam.html


Well, hari ni first time pergi nursing home. Cantiknya bilik pakcik makcik kat sini. Macam tinggal kat hotel je. Tapi, siapa yang nak duduk nursing home ni? Semua orang kalau boleh nak duduk kat rumah sendiri kan. Patient yang kami jumpa hari ni adalah seorang pesakit yang menghidap dementia. Dementia ni kalau dalam bahasa melayu nya ialah orang yang nyanyuk lah. Huhu.


Sedih pula mengenangkan orang yang ada dementia ni. Kalau kat ireland, gomen sanggup spend million untuk research project on how to manage people with dementia. Kalau kat malaysia, takde sape pun heran hang nyanyuk ke tak nyanyuk. Pemimpin pun ada yang ramai tak sedar diri ingat kuasa harta boleh bawak masuk kubur and nyanyuk, guaner tu.


Orang yang menghidap dementia ni, mereka ni boleh ingat long term memory. Contohnya, mereka boleh ingat zaman muda mereka. Tapi, mereka takleh ingat memori yang baru. Sedih sangat. Huhuhuhu. Tak tahu lah kalau aku tua nanti, benda yang aku ingat, zaman muda aku ada blog. Hoho. Tak mo ah. Aku kalau boleh nak ingat, zaman muda aku aktif dalam dakwah, aktif dalam usaha nak menolong agama Allah. Usaha lah!


Well, penyakit dementia ni so far dalam kelima-lima GP attachment, penyakit ni yang paling aku rasa menguji emosi. Sedih sangat. Tak tahu nak describe guaner.


Dr Foley ada cerita lagi, masa dia pergi sebuah conference pasal dementia ni, ada ditayangkan sebuah video. Ceritanya macam ni....


"Alkisah,,, adalah seorang wanita muda yang cantik menawan memakai dress berwarna merah... Dia berjalan di kota, dia melambai orang-orang di perjalanannya itu, dan orang-orang itu pun melambai kembali ke arahnya... Dia kemudian menuju ke sebuah tasik untuk memberi itik ke swan ke makan. 

Tiba-tiba muncul seorang lelaki berlari-lari ke arahnya. Hey hey! Lelaki itu menjerit. Hati-hati, nanti kamu jatuh ke dalam tasik! Jerit lelaki itu lagi. Wanita muda ini menoleh, engkau ini siapa, katanya... Lelaki itu menjawab. Engkau itu adalah isteri aku!

Wanita itu bingkas bangun dan berlari-lari lagi. Lelaki itu terus mengejarnya. Malang tidak berbau, wanita itu menghadapi kemalangan. Lalu dia dihantar ke pusat rawatan. Seberapa lama kemudian, wanita muda itu menghadap wajahnya ke cermin, lalu dilihat.......................... dia adalah seorang wanita tua..."


Sedihnya. Huuu. Faham tak how the video try to explain about people with dementia? Mereka hanya ingat memori masa mereka muda, hakitkatnya sebenarnya mereka tua sekarang. Bukannya mereka perasan muda, tapi dementia sebenarnya...


Okey lah tu jer. Sambung study ohhh! Sabtu ni ada mock OSCE, tak prepare sangat pun, just do it! Hehs.


Oh promot kedai Malaysia di kinsale kejap...


Nasi goreng kampung ayam special lil zuuls. Kat sini je okey makan nasik goreng 10  euro! :p


Sekian, selamat beramal kerana Allah.


No comments: