Sunday, March 10, 2013

Ustazah-For-A-Night

Assalamualaikum...


Kata Imam Hassan Al-Banna, tanggungjawab yang kita ada melebihi masa yang kita ada.


Oh ya, nak update list ni. 

· essay Family visit 
· 2 essay GP atttachments 
· exam physiology and biochem 19 Feb ni 
· exam pathology 27 Feb ni 
· last family visit early March
· prepare untuk bagi ceramah for Tahajjud Cinta 8 Mac 
· exam Science and Society modul end of March 
· exam pathology 27 Mac 
· exam pharmacology 26 Mac 
· practise for Osce 28 Mac


Apa yang aku nak stresskan kat sini ialah pasal prepare bagi ceramah Tahajjud Cinta yang aku duk promot kat facebook tu. Team Tahajjud Cinta minta bagi ceramah pasal jihad. Ulang suara, JIHAD! Dengar pun dah seram, nak suruh berjihad, lagi lahhh! Sebab topik ni agak berat, struggle jugak sebenarnya nak kasi contentsnya tak berapa berat.




Teaser Tahajjud Cinta

Tapi memetik kata seorang sahabat, kita ni umur dah 21 tahun dahhh, sampai bila tak bersedia nak dengar pengisian yang berat-berat sikit. Sultan Muhammad Al Fateh tu, umur 21 tahun dah takluk Konstantinopel, kita ni, umur 21 tahun(aku masih 21 tahun yer, belum sampai besday 22 tahun lagi, hehe) macamana pulak? Kalau ceramah tentang cinta, laju pulak dia kan. Duh.


So, hari ni, just nak berkongsi perasaan je lah jadi penceramah. Pertamanya rasa seronok sebab di-offer untuk bagi ceramah. Kita kena lihat, ini satu peluang untuk kita polishkan skill public speaking kita, kikiskan perasaan stage fright, dan bina keyakinan diri. So, peluang baik lah ni! Dan aku pun once upon a time pernah berangan nak jadi motivator macam dalam tv tu, so kira angan-angan jadi kenyataan dalam skop kecil, heee. Dan juga sebagai ruang menambah amal, menyebarkan ilmu yang berguna. Moga-moga bermanfaat.


Kedua, of course lah cuak kot. Haha. Tambahan pula dah bayangkan dapat penonton yang suka bertanya. Lagi lahhhh. Tapi dalam hal ni, kita kena jujur lah. Apa yang kita yakin and kita tahu, kita cakap. Yang kita tak pasti, kita cakap kita tak pasti and tak tahu. Sebab takut jugak kalau salah guana kuasa penceramah dengan sebarkan ilmu yang tak betul. Plus, ni grand finale Tahajjud Cinta, mesti ramai expect benda gempak, duhh.




Ketiga, berkorban masa. Nak bagi topik pasal jihad yang memerlukan pengorbanan, tapi kalau tak mampu berkorban masa untuk prepare untuk ceramah, jangan lah nak cakap pasal jihad! Di mana penonton datang dengan harapan untuk menimba ilmu, salah penceramah kalau tak bersedia nak sebarkan ilmu. Jadi, memang kena korbankan masa lagha tu untuk prepare untuk ceramah Tahajjud Cinta. Moga masa-masa semua orang yang menjayakan Tahajjud Cinta ni, menjadi bukti usaha kita untuk menjadi Muslim yang lebih baik.


Keempat, aku percaya setiap penceramah kena ada mentor. Sebab mentor ni lah yang akan tolong bagitahu kita apa yang kurang, apa yang boleh kita perbaiki, apa isi kandungan yang boleh kita tambah. Macam aku hari tu, bertuah jugaklah, sebab selebriti yang jadi mentor aku, yakni kak Kinah yang gi Gaza dengan Muslim Care tu, hihi. She did helped me a lot kot. Banyak jugak points bernas yang dia suggestkan.


Dan yang akhir sekali, kelima, penceramah kena sentiasa kekalkan perasaan rendah diri. Takut bila orang puji, kita akan rasa macam ujub ke takkabbur ke atau sama waktu dengannya. Ye lah, kalau kita layan perasaan tak baik macam tu, takut-takut Allah tak terima pun usaha kita nak sampaikan dakwah. 


Ingatlah dalam surah Al-Araf, yang lebih kurang macam ni lah maksudnya, sesungguhnya orang bertakwa itu bila ditimpa was-was dari syaitan, dia segera ingat akan Allah, lalu dia nampak kesalahannya. Jadi, bila ditimpa rasa-rasa yang tidak baik, cepat-cepat isytighfar.


So, itu lah serba sedikit rasa yang ingin dikongsi. Looking forward for another ceramah, haha, bajet selebriti jer. Tapi sebenarnya, aku suka je bercakap depan orang, cuma bila nak start ceramah, standard ahh bergetar suara kot dek kerana adrenaline rush. Tapi dah lama-lama, okey je dengan bantuan Allah.


And yesterday, aku call mak aku, cakap pasal aku bagi ceramah. Mak aku rileks je lah, and takde lah pula menyatakan ketidakpercayaan beliau terhadap anak bongsunya yang seorang ini. And then siap pesan kat mak, kalau wanita umno ulu jelebu nak buat ceramah, boleh la panggil ain, meh sini nak tarbiyah suruh undi parti mendokong islam. (>.<)




Ganjaran Jihad Untuk Mujahid Itu Sendiri!



Itu je kot untuk minggu ni. Minggu ni pun sibuk jugak. Tapi dalam sibuk kita, jangan lupa tajdid niat. Buat kerja semua kerana Allah! Takbir...!


Sekian, wassalam.

No comments: