Friday, March 1, 2013

Ikan Bilis

Assalamualaikum.


Amboi, giatnya lah hai saya mengupdate blog, iyer? Hihi. Tapi tu lah, exam kan lambat lagi, haha, dan idea pulak macam banyak je kat kepala ni, jadi haruslah saya curahkan dalam blog saya ini.


Fatih Seferagic. Ya, kalau korang jenis yang ligat main facebook, mesti kenal this brother. Lately, famous pulak dia sebab ada poster yang compare kan dia dengan Justin Bieber. Dan pertama kali daku mengenali nama ini, ku lihat videonya di youtube, masyaAllah, merdunya alunan suara mu... Sejuk perut daku memandang mu... Izinkan aku meminang mu untuk anak gadisku.... (Okey ayat last tu tipu je).


Err, I did feel something wrong some where, tapi tak tahu nak kata macam mana. And then, nampak status ustaz Hasrizal. Zrappppp jugak pada mulanya, tapi tapi, itu lah dia. Jazakallah ustaz sebab menyedarkan ana dari lamunan. Ecewwah.



Fatih Seferagic adalah seorang anak muda yang hebat. Saya menyedari kewujudannya melalui Facebook kira-kira dua tahun lalu. Khabarnya, beliau akan hadir ke Malaysia. Alhamdulillah.

Namun dalam sehari dua ini sangat banyak posting Facebook yang mengulas beliau sebagai perbandingan Justin Bieber, sama kacak namun Muslim dan hafiz al-Quran. Resah saya melihat perangai masyarakat kita, dalam hafazan al-Qurannya dan pelbagai kebaikan Fatih Seferagic, kita memilih sisi pandangan yang mengundang fitnah, menimbulkan bencana penyakit 'ain dan menyuburkan Talbis Iblis.

Ya Allah, lindungilah anak muda ini, dan jauhkan masyarakat kami daripada fitnah nafsu dan syaitan yang berbelit-belit di era seribu tahun selepas kewafatan Nabi sallallaahu alayhi wa sallam kami, ameen


 "nak buat menantu, hensemnya, ya Allah, sejuk mata memandang" semua ini Talbis iblis 


Yang kat atas itu adalah status Ustaz Hasrizal. Apa yang saya nak highlightkan kat sini adalah mengenai talbis iblis yang bererti perangkap syaitan. Benar Fatih Seferagic ni seorang hafiz, tapi yang jadi masalahnya sekarang bila ada muslimah-muslimah yang tergedik-gedik nak berkenalan dengan beliau. Tanya pasal nak belajar Quran dengan beliau lah, padahal kat Malaysia, banyak je guru mengaji. Ngengada. Tak terkecuali yang tak menggedik, tapi memuja terlebih-lebih pula.


Allahu rabbi.... Memuja manusia melampau-lampau, berselawat ke atas nabi Muhammad s.a.w. liat pula dia!


Dan....  talbis iblis dalam kerja-kerja dakwah. Ermmmm.... Yang sedang berada dalam dakwah-line organization mungkin faham laa kot.


Kadang kita fikir, "ohh aku sedang buat kerja-kerja dakwah ni, confirm la bebas dari hasutan iblis laknatullah ni. Iblis mana suka kerja-kerja dakwah ni,". Silap lah kita di situ. Lagi kita nak buat kerja dakwah, lagi lah syaitan akan cuba pelbagai cara untuk ganggu keimanan kita. Especially dalam bab hati. Ala tagline yang common tu, "jaga diri, jaga iman, jaga hati,". Faham ker? Buat-buat faham sudah.


Untuk bacaan lanjut, ana suggest antum untuk baca ni.


http://mylittlepencil.wordpress.com/2011/06/01/daie-itu-perlu-profesional/


Petikan dari link tersebut. Zassss~


Mengapa perlu dititik beratkan sangat tentang masalah ini ?
Kerana impaknya besar.
Semakin ringan kita pandang, semakin menjadi-jadi dan serius.

Boleh mengundang zina. Zina mata, zina mulut, zina anggota yang lainnya. Paling bahaya zina hati.
Boleh mengundang kemurkaan Allah.

Daie yang profesional pula bagaimana ?
Jika anda juga terlibat dalam masalah ini, jawabnya bahaya !

Impak yang teramat dahsyat kepada seorang daie.
Akan menganggu ketenangan fikiran dan jiwa.
Akan membantu mengurangkan keikhlasan diri anda untuk beramal.

Terhadap dakwah anda ?

Dakwah akan menjadi kurang berkah.
Dan seolah ikhtilat itu menjadi fitnah kepada dakwah anda.
Tiada siapa lagi yang akan percayakan dakwah anda. Kerana manusia lain terlalu menelitikan kesalahan kita. Bila kita buat salah, itulah yang akan dijadikan hujah buatnya untuk mempersoalkan segala bagai.
Sungguh, fitnah paling besar adalah pabila gagalnya dakwah.
Dan anda seolah-olah telah menjadikan dakwah itu akrab dengan maksiat.

Baik lelaki mahupun perempuan.
Usahalah untuk mengelakkan dari masalah ini.
Takut-takut anda akan melayani perasaan.
Ditolong pula oleh si syaitan yang tidak pernah kenal akan putus asa untuk terus menghasut ummat manusia.
Bila sudah mulai melayan perasaan, akan timbul pula langkah-langkah lain.
Bila sudah terlajak, susah untuk berundur.

Ini baru luaran. Belum campur darab dengan yang dalam internet lagi.
Balas-balas komen.
Gambar nak komen. Status pun komen.
Salah ke ?( tiba-tiba rasa strict sangat cakap macam ni. Entahlah, sebab bagi saya sungguh, benda ini tidak penting.)

Tidak salah jika anda masih menjaga batasnya. Kalau status itu berunsurkan ilmiah, tidak salah. Tapi kalau hanya saja-saja, baik anda lupakan sahaja.
Biarlah sekadar hal yang penting-penting sahaja.
Mari saya bawakkan satu kisah indah dari Al-Quran yang mengajar tentang betapa kita pentingnya menjaga masalah bila melibatkan lelaki dan perempuan.



Kisah apa? Sila pergi baca sendiri.


Saya tulis ni untuk peringatan diri saya alpa juga. So, bila hati kita rasa, ok ini tak betul, cepat-cepat istighfar.


Faham je, some people they will find this very hard untuk ikut. As for me, takde lah nak kata ohhh senang je jaga ikhtilat ni, totally not lah. Tapi sejarah saya memang zaman sekolah rendah je pun campur gaul dengan budak laki. Masuk sekolah menengah, kawan dengan budak perempuan je and ada la dua tiga budak chinese boy (kemainnn kawan ngan lelaki cina je). Masuk taiping, lagi lahhh takde sembang sangat pun dengan boys. Masuk ky pun sama, kalau ada motif baru cakap.


Oh lupa, saya kan pendiam orangnya di khalayak umum. Lupa pulak.


Orite lah sahabat sekalian, saya tinggalkan anda dengan lagu Teman Sejati. (Ada baca komen kat youtube, si isteri cakap, suami dia dedicate lagu ni kat dia, eh eh sweetnya, okbai)






Sekian, wassalam.

2 comments:

Amierah Nabillah said...

Kak Ain, saya pun perhati je gelagat girls yang respond kepada Fatih Seferagic. Memang banyak kali terdetik dalam hati saya rasa kurang selesa pada respond-respond tu sebab saya memang tahu ada unsur-unsur fitnah di situ. Saya ni kalau nak dibandingkan dengan girls yang lain, jauh sekali bagusnya. In fact, I'm not even good, tapi saya betul2 sedar about perkara ni & I just wanted to tell you that I agree with what you said :)

Arai Lekir said...

Umur dia masuk 18 hari ini, kalau tak silaplah. Mudah-mudahan dia terselamat serta dijauhkan daripada fitnah dunia.