Sebenarnya entry ini ditulis pada hari isnin, tapi dischedulekan untuk dipublish pada hari selasa, hihi. New entry every tuesday! Haha.
First of all, sebelum saya nak berbicara panjang, elok lah kiranya saya letak gambar dulu ye tak..
Jam 7 pagi di backyard rumah.
without snow....
senow senow, ain gayat~~
8.00am..
Setelah beberapa tahun cork tak senow, alhamdulillah, warga cork dapat merasai senow juga. This is my 2nd time experience lepas senoww kat istanbul. Perh kalau malaysia senow, bestnyerrr!
Anyway, hari ni, aku bukan nak cerita pasal senow. Tapi nak berbicara pasal "profesionalism". Ceh, takde la, macam trauma je dengar perkataan tu. Habis tu, nak berbicara pasal apa?
Maaf? Sorry? Biyande?(tetiba korea plakkk)
Bila kita sebutkan perkataan maaf ni? Lepas kita buat salah? Lagi, bila masa? Bila kita nak tumpang lalu? Lagi, bila masa? Ironinya, ramai hanya mengungkap kata ini bila mereka merasakan mereka buat salah sahaja. Sekiranya mereka yakin dengan pendapat mereka dan tidak bersetuju dengan pendapat orang lain, perkataan maaf tak diperlukan.
Ye lah, tak buat salah, nak mintak maaf buat apa?
Bagi aku, meminta maaf itu tanda hormat, tanda respek, bukannya tanda kita kalah dan bersalah seratus peratus. Tanda hormat akan perbezaan pendapat, tanda respek kepada pandangan orang lain.
Orang yang berjaya meminta maaf meskipun tahu dia tidak bersalah 100%, mungkin 30% kerana ada sedikit rasa kurang berpuas hati pada orang yang dia minta maaf, percayalah, mereka telah merendahkan serendah-rendahnya ego mereka. Ingat senang? Eh, pengalaman sendiri ye kak? Haha.
Kita rasa hujah kita betul, tapi tak tahu kadang cara kita bentangkan hujah tu dah menyinggung perasaan orang lain tanpa sedar. Jadi susah sangat ke nak cakap "maaf kalau tak bersetuju dengan pendapat..".
Bukan semua orang kempunan kata maaf dari kita, cukuplah anggap ianya satu budaya sopan santun, tak luak pun maruah.
Aku akhirkan entry hari ni dengan lagu bawah ni. Wassalam.
No comments:
Post a Comment