Tuesday, January 15, 2013

Semua Ada Masalah...

Assalamualaikum.


Kali ketiga update blog pada hari selasa, mungkin boleh buat tagline, "new entry every tuesday!", haha, bajet ramai followers, lol.


Minggu ini sangat hectic yer, kawan-kawan. Ada GP attachment rabu ni which is esok! And then friday ada last Anatomy Spot Exam. So, nak prepare GP lagi, and nak prepare exam lagi. Anyhow, aku always remind kan diri aku, aku akan lalui minggu ini dengan hati yang gembira. Senyum, bak kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man...


Daie kena bersukan..!





Hari Ahad yang lepas, ada basketball tournament anjuran biro sukan PPMC. Best. Bersukan bersukan juga, tapi kena check niat. Bukan nak main saje-saje, bukan nak tunjuk kita terror main basketball (eh aku tidaklah berniat sedemikian, haha), tapi sebab nak jaga kesihatan tubuh badan. Alhamdulillah, dekat Cork ni, ramai kakak-kakak nuqaba', tak kisah lah nuqaba' IKRAM ke, nuqaba' PPMC ke yang turun gelanggang untuk main bersama-sama. Takde lah orang akan kata kakak-kakak nuqaba' ni jenis tak suka bersukan, kan? Ramai je yang terror main basketball macam Maryam Kameelah yang banyak kali shoot 3-points. Mantop!


Basketball court pun boleh jadi medan dakwah kalau kena pada caranya! Contohnya cheer, Allahu Akbar! Sesungguhnya Allah yang Maha Besar yang mengurniakan kepada kita tubuh badan yang sihat dan Dia amanahkan kita menjaganya dengan sebaik mungkin. Nak panaskan badan? Instead of guna 1,2,3,4,5,6,7,8, kita boleh gantikan dengan SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Molek sikit ye tak.


Shark pun ada masalah... (^_^)

rumah sukan aku kat cork..


Rasanya dah ramai tahu pasal video forum mahasiswa tu. Memang kena attack habis lah Presiden SW1M. Peribahasa Melayu pun dah banyak kali pesan, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata, acer try lah dapat apa. Aku malas nak ulas panjang, cukuplah aku tertarik dengan kata-kata saudara yang tulis surat terbuka kepada Presiden tersebut.

"Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, ketakutan saya ialah apabila mahasiswa yang ada kini sibuk bermain Dota, Facebook, menonton Raja Lawak atau sibuk memuat turun siri kegemaran drama Korea. Graduan harus berfikir lebih jauh daripada kerja, kahwin, beli kereta, rumah dan ‘settle down’. Fungsi mahasiswa yang sebenar ialah melibatkan diri dengan keputusan kerajaan serta memperkasa masyarakat dengan melengkapkan mereka dengan isu semasa, masalah sosial, isu masyarakat marginal serta golongan tertindas. Golongan terpelajar ini kelak akan memimpin negara, seharusnya asas perjuangan mereka sejak dari awal diletakkan lebih besar dari berkhidmat kepada diri sendiri."-Zul Fikri Zamir

Untuk yang masih busy melayan KPOPnya, atau hiburan yang melekakan, bangkitlah!

Untuk yang masih selesa dalam comfort zone, memikirkan hal sendiri, takde niat nak berkerja untuk Islam, quote ini memang best untuk membuka hati nurani...

Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera di hutan juga bekerja. Kalau mahasiswa setakat belajar, Lembu di padang juga belajar. (Selain belajar untuk membuang air, lembu juga belajar untuk membiak)

Mengkehadapankan vs Mencapub[cari publisiti]...



Aku rasa dua terma ini mempunyai maksud yang berbeza. What do you think? 

Mengkehadapankan diri maksudnya menonjolkan kualiti yang ada pada diri, menonjolkan kebolehan yang boleh memberi manfaat kepada orang sekeliling. Manakala mencapub ialah menonjolkan diri tanpa ada motif atau manfaat kepada orang lain. Kenapa tiba-tiba aku keutarakan isu ni sebab... 

Sebagai seorang Muslim yang melakukan kerja Islam, perlu mengkehadapankan diri bagi membina tsiqah atau kepercayaan orang lain kepada dia. Dan sebagai pemimpin, kita perlu anak-anak buah kita untuk ada rasa percaya kepada kita supaya mereka dapat melahirkan ketaatan dan seterusnya menjamin kelancaran sesebuah persatuan. 

Tapi kalau mencapub, hanya akan melahirkan rasa annoying dikalangan orang lain. Jadi kita nak orang percaya atau annoyed dengan kita, you decide! Harus kita ingat, we talk because we have purpose to talk, and bukan saje-saje. Sebab itu, bak lirik lagu Ronan Keating, "you say it best when you nothing at all". Haha. Ini kalau kita ambil maksud secara literal lahh. 


Sekian lah korang, nak pergi bersiap ke kelas! Doakan kejayaan bersama ya, wassalam.. :)

No comments: