Tuesday, January 29, 2013

Outstation

Assalamualaikum.




Entry ini telah ditulis di dalam bas otw ke London Stansted Airport. I should write this now, otherwise nanti feeling dah lari pula, hewhew. So, again, new entry every tuesday!





Flight ke london hari jumaat yang lepas pukul 6.35 pm sepatutnya. Tapi delay sampai kul 7.00pm. Sampai london around 8.25pm. And aku rushing jugak lah keluar dari airport sebab aku dah booked ticket online pukul 8.40pm. Time ni dah split dengan ain ariffin, sebab dia akan naik tube untuk ke rumah rakannya. So, my "lone ranger" journey begin now! Haha.

Apa-apa hal, always look for signboard. Cari lah signboard bas sambil berlari-lari. Jumpa and lega and boleh rileks dah dalam bas. Tunggu sampai victoria coach station. Sekali bas tu dia tak stop exactly kat stesen bas. Dia just stopkan kat area jalan apa entah. Duhh cuak guane lah nak cari jalan, henpon aku dah laa roaming takleh bukak internet. 

Tapi nasib baiklah driver bus tu bagi direction yang clear, cuma masa tu blur jugaklah. Aku jalan menonong je cari signboard Victoria Coach Station sambil pakai hoody bubble, bajet misteri lettew, padahal nak cover muka gabra jalan sorang-sorang pada jam 10malam. Tapi area Victoria tu memang ramai orang pun, so takde la gabra sangat.

Alhamdulillah jumpa. And then masa nak tunggu teksi yang juga aku booked online tu sampai depan restoren travern, jalan jalan area situ, ada kedai kebab halal. Tapi takleh challenge kebab kebabish laa. Teksi sampai, and sampai lah aku ke Astor Victoria Hostel.

Masa mula masuk, my God, bising macam ada orang parti je. Biar benar aku duk hostel camni, lol. Tapi buat cool jer lah. Check in dekat reception and naik ke bilik di tingkat empat. Tinggi gilaa. Sampai kat bilik, memang dorm tu semua female laa tapi cuak gak takut ada tersesat mamat gila mana entah. Alhamdulillah ok. Ada chinise girl and ada minah salih jugak. Letak letak barang, dushh terus tidor.

Next day, kul 6.30am dah bangun. Mandi ala kadar, siap berblazer bagi, phewwit, I am ready to go! Dah kemas barang, lepak kat depan reception jap and check out. And berjalan la saya seorang diri ke Belgrave Square. Ahhh. Angin pagi london yang mendamaikan. Nice buildings. 

Jam kat henpon baru kul 8am. Mak aihh awal lagi. Tapi bila tengok kat depan Malaysia high commision tu, dah berlambak budak ukec yang elite tunggu kat depan. And let have a series of awkward moments now!

Kenapa awkward? Ramai budak ky, but not really my closed friends. Tak socialise sangat pun. Ni kalau orang tak kenal aku, mesti ingat aku ni hobi suka membaca ebook padahal tak tahu nak sembang apa. Lol. Mungkin lah, mungkin aku pilih bulu kot nak socialise dengan siapa. Aha. Kalau dengan rakan se-organisasi atau organisasi lain ke, senang je nak socialise. Konflik dalaman?

Sebuah pagi di jalan Belgrave...


Two Ains from Cork to Suruhanjaya Malaysia London..


tak dapat jumpa budak london, ambik gambar dengan public phone london pun bolehh,,,


Before i end my very very long entry, take home message aku ialah.

Berpegang lah kepada prinsip yang anda pegang di mana sahaja anda berada.
Dan, pandanglah setiap insan dengan rahmat Allah, tak kisah lah macamana pun personaliti mereka. Look at the good side of others, and pray that Allah guide all of us to right path, insya'Allah.

Oh ya, apa prinsip yang anda pegang? You know yourself better.. 


Sekian, wassalam.


ps: insya'Allah sabtu ni outstation ke Galway, weee, ada medical symposium, akan update later!

3 comments:

IslamSeeker said...

saje je buat ayat sedih ni

"tak dapat jumpa budak london, ambik gambar dengan public phone london pun bolehh,,,"

heh. xpe, kite dah berpjak di bumi london yg same.. cume ain urusan lain, akk urusan lain. :)

Arai Lekir said...

perjalanan yang menarik

index box said...

nice trips

thanks for sharing

keep bloggin



salam,


agen sbobet indonesia | bandar bola terpercaya | judi bola online