Friday, November 9, 2012

Tragedi Naqibah Yang Hipokrit

Assalamualaikum.



5.07 PM 9 November 2012 Wilton Court


Kadang-kadang, kita memang kena jadi hipokrit walaupun kita sedia maklum, sikap hipokrit sangat dibenci orang. Tapi, kita perlu juga jadi hipokrit! Oh mungkin ada perkataan yang lebih sesuai seperti berpura-pura baik, bajet baik atau apa sahaja lah.


Diberi amanah oleh Biro Kerohanian PPMC untuk menjadi kakak naqibah bagi pelajar first year, ohh na na na sangat mencabar. Kita nak tak nak memang akan berdepan dengan pelbagai kategori adik-adik first years tapi tunggu, entry hari ni bukan nak bicara soal adik-adik, tapi mahu bicara pasal soal kakak-kakak yakni aku dan rakan-rakan yang telah diberi amanah yang sama.


Secara jujurnya, ilmu aku sangatlah sedikit, sebenarnya tak tahu layak ke tak nak jadi kakak naqibah ni, tapi sebab kita semua sedia maklum bahawa dakwah itu wajib untuk setiap orang, maka, akan ku pikul juga tanggungjawab ini dan pada masa yang sama berusaha menambah kefahaman ataupun orang kata meningkatkan tsaqafah terhadap Islam.


Aku bukan kakak naqibah yang mantap,
Bukan kakak naqibah yang perfect,
Bukan kakak naqibah yang boleh hafal banyak ayat Quran,
Bukan kakak naqibah yang boleh petik jari jawab soalan berkaitan fiqh,
Bukan kakak naqibah seperti ustazah dalam Tanyalah Ustazah.


Aku ada kelemahan sendiri. Ada kekurangan sendiri. Dan kekurangan itu kadang-kadang tidak wajar dipertonjolkan kepada adik-adik. Kadang-kadang kekurangan itu tidak mempamerkan akhlak Islamiyah yang sepatutnya yang boleh dijadikan contoh. Contohnya suka layan drama, suka dengar lagu yang tak berfaedah, suka tidur berlebihan, suka bergaul bebas dengan berlainan jantina, suka update facebook dengan benda tak berfaedah and etc. Jadi dalam hal-hal ini, kakak naqibah harus pandai menyembunyikan, menyorokkan kekurangan ini daripada pengetahuan adik-adik.


Kenapa? Kenapa? Kenapa?


Mungkin lah kawan-kawan seangkatan dengan kita tahu akan kekurangan kita, tapi dengan adik-adik yang kita baru menjalinkan ukhuwah, rasanya tidak perlu.


Adik-adik ada hak untuk judge kita. Kerana mereka tahu kita kakak naqibah dan mereka nak juga tahu kakak ni qualified ke apa nak lecture mereka. Dan tak salah untuk mereka anggap, kakak naqibah harus ada akhlak Islamiyah yang mulia. Adik-adik akan judge pakaian kita, tahap kebesaran tudung kita, tahap cara kita bergelak ketawa, tahap pergaulan kita dengan berlainan jantina. Aku pernah jadi "adik-adik" dan itu apa yang akan aku perhati kan kepada kakak naqibah. Dan aku rasa adik-adik aku di sini may feel apa yang aku fikirkan dahulu.


Walaupun hakikat sebenarnya, kita sendiri kenal bahawa diri kita ni banyak lompongnya, banyak kekurangannya. Tapi nak tak nak harus jadi hipokrit, untuk menjaga "tsiqah" dari adik-adik kepada kakak naqibah.


"Thiqah dari sudut yang selalu kita pandang adalah golongan orang yang ciri-cirinya sama macam konsep alim yang kita buat. Sebenarnya thiqah itu maknanya "orang yang dipercayai". Maka, kalaulah kita kata kawan baik kita, guru-guru kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita. Kerana itu, kita gelar para mufti sebagai thiqah sebab kita percayakan mereka untuk beri kita fatwa dalam hukum Allah."-quoted


Dan bila seorang kakak usrah aku tanya kitorang;

"Korang rasa adik-adik ada rasa tsiqah tak dengan korang?"


Zrapppppppppp!


Jadi faham ke kenapa kadang-kadang sebagai kakak naqibah kita kena jadi "hipokrit"?


Jaga hati. Jaga akhlak. Jaga pakaian. Jagalah pandangan pertama adik-adik kepada kita. Walaupun konon kita kata pandangan Allah itu lebih diutamakan. Tapi jangan lupa strategi berdakwah, nak membawa manusia kembali sedar hakikat diri sebagai hamba Allah.


Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

All the best dear norain. Asiah ishak.