Tuesday, November 6, 2012

Ada Style!

Assalamualaikum.


Untuk entri hari ni pun ada beberapa points yang hendak dicakapkan. Eheh.


1. Kelas Clinical Practise a.k.a CP

Kelas ni ada hari tutorial which is semua student and seorang GP akan discuss about something dan lagi satu ada hari kita buat physical examination dekat roleplayer yakni student ucc jugak yang berpura-pura jadi patients sebagai "bahan" kitorang nak practise clinical examination skills. Ahah. For the first time nya, kelas CP clinical examination yang aku attend hari ni, paling yang best sekali.

Sebabnya? Groupmates aku semua bukan Irish, cuma Malaysians and Singaporean, jadi the confidence level increase seratus peratus. Walaupun sempat buat lawak bagai, and some accidentally funny moments, tapi rasa macam lebih menarik sebab pointnya kat sini ialah, semua orang enjoy buat clinical examination kat roleplayer and semua orang berani untuk mencuba walaupun tak sure sangat benda tu betul atau tak.


Aku suka style macam ni. Pernah sekali jumpa doktor gastro muslimah pakai tudung labuh kat PPUM, and letak stetoskop kat leher macam gambar kat atas ni. Fesyen ni sangat menarik!! 



#LessonLearnt : Be confident of urself tak kisah lah dimana-mana kelompok anda berada, tapi jangan bajet bagus pulak. Kena passionate in everything u do. Kalau kita passionate dengan sesuatu, kita akan rasa gembira melakukan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita


2. Bersamamu PPMC

Program Bersamamu ni bukanlah macam yang korang tengok kat TV3 yang ada orang datang hantar beras semua tu, tapi program di mana, exco PPMC datang melawat warga PPMC. Aihhh cool kan? So, sebagai orang yang in charge program ni, aku terpaksa lah jadi proaktif sikit and kalau boleh nak settlekan dulu sebelum exco lain settlekan dulu sebabnya "kepimpinan melalui teladan". Tepat sekali.

So, aku and Syaima pun make our very first visit ke rumah sahabat kami yakni Iylni, Tasha, Amal dan Syai. Langkah kanan sangat sebab diorang masak chicken grills dengan sup sayur yang ada fishballs tu. Sedap sangat! Untunglahh suami mereka, haha. Jadi sambil-sambil makan tu, aku and Syaima pun interview lah dorang, tanya apa feedback and cadangan diorang mengenai PPMC.

#LessonLearnt : Konsepnya macam YB kawasan datang melawat rakyat ataupun turun pandang menjenguk rakyat. Pemimpin harus sedar, bahawa mereka bekerja untuk kebajikan rakyat, jadi dalam kepimpinan PPMC, hicom PPMC kena cakna and peka tentang kebajikan ahli PPMC dan menelusuri luahan hati ahli PPMC. (Menelusuri? Hebatnya Bahasa Melayu!)


3. Jalan Kaki Seorang Diri

Ada masa jalan kaki berteman, ada masa keseorangan. Bila orang tanya, "balik dengan siapa?", nak je jawab, "balik sorang je, suami takde nak temankan,". Ahah. So, aku bila balik sorang, aku suka tengok langit. Especially masa lepas asar nak masuk maghrib. Langit kemerah-merahan.

"Maka pada saat itu berlakulah hari kiamat, Dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu reput (dan runtuh)," -Surah Al Haqqah ayat 15-16.

Bila betul-betul tengok langit, rasa kerdil je sebenarnya kita ni kan? Kalau langit tu jatuh atas kepala kita, tak boleh nak lari ke mana-mana pun. Sebab kita nak tak nak, kita memang akan kembali kepada Pencipta kita.

#LessonLearnt : Bila jalan sorang, fikiran jangan nak menerawang mengenangkan si dia jauh di sana sangatlah. Hayati alam ciptaan Tuhan lagi dapat pahala!


Sekian sahaja.

No comments: