Sunday, November 4, 2012

Bulletin,AntiVirus,Ikhtilat,Politik,WinterGathering

Assalamualaikum.


Psstttt : Tak tahu nak letak tajuk apa.


Macamana hidup sehingga hari ini? Alhamdulillah. Hidup ini jangan asyik nak complaints je. Bersyukur lah selalu atas segala nikmat yang Allah bagi kat kita selama ini.


So ada beberapa perkara juga lah nak dikongsi hari ini. Boleh jadi ada manfaat, boleh jadi tidak ada manfaat, hehhe.


comel je poster rise.


1. Newsletter/Bulletin

Ini macam dibawah tugas secretary ppmc. Tahun sebelum aku sampai ada newsletter, pastu dah takde, so untuk tanzim yang baru ni, nak adakan semula. So, haha, berat jugak tanggungjawab nak jadi ketua editor ni sebab ini semua macam sangat baru lahhh untuk aku. Ya, aku maybe lah suka menulis, tapi nak jadi editor ni, lain sikit lah caranya. Anyway, tanggungjawab dalam nak masukkan contents newsletter ni aku share dengan beberapa orang yang telah aku approach.

InsyaAllah kami akan includekan tentang event ppmc yang berlaku bulan itu, and then ruangan exco, ruangan motivation and ruangan dialog dengan warga ppmc, dan paling menarik ruangan diskusi isu semasa, weee. Come on semua dah besar panjang, takkan asyik nak baca artikel cinta je? Grow up sikit! 


2. Norton AntiVirus

Antivirus 60 days free trial laptop aku ni dah pun tamat kira-kira minggu lepas. So, macam tak best lah kalau takde protection kan. So, semalam aku pun bawa laptop aku untuk masukkan antivirus. it cost me 50 euro. 25 euro untuk antivirus, 25 euro sebab dia masukkan. Aku malas nak masukkan and install and bla bla.

Kalau laptop, kemain kita jaga taknak ada virus serang, tapi kalau hati kita ni, kita jaga ke tak dari serangan virus? Astarghfirullahaladzim. Almost setiap masa kita ni berbuat dosa. Kadang tu rasa riak, rasa ujub, rasa takkabur yang kita ingat takde benda sangat pun rasa macam tu, tapi kita tak tahu benda camtulah yang buatkan amal kita yang lain tak diterima. Jadi isytighfar lah selalu!


3. Ikhtilat

Satu perkara yang perlu diambil berat oleh mereka yang berpersatuan, bekerja secara berorganisasi yang melibatkan lelaki dan perempuan. Haihhh. Kadang orang kata itu perkara kecil je, tapi sebenarnya besar ok. Kalau anda seorang kakak naqibah, and mad'u anda lihat anda tak jaga ikhtilat, apakahhh? Tapi yang paling patut kita risaukan adalah pandangan Allah terhadap kita.

Susah sebenarnya. Diri sendiri kena alert. Kalau dah rasa perbincangan dah keluar dari topik, sila stop.





Anyway, dalam banyak-banyak artikel pasal iktilat, aku paling tertarik nak kongsi artikel kat myilham. Boleh google "fitnah wanita jangan pandang enteng". Berikut sebahagian isi kandungannya.


"Cinta suatu yang suci. Jatuh hati atas dasar cintakan agama, mahu memiliki zuriat dan membina sebuah perkahwinan yang halal adalah hasrat dan tujuan yang suci. Syaitan tidak membantu benda yang suci. Dia hanya membuka pintu kejahatan dan kekotoran. 

Justeru, yang digoda antara lelaki dan wanita bukan untuk jatuh hati, tetapi untuk melakukan perkara-perkara faahisyah ( keji ) dan mungkar! 

Matlamat godaan adalah supaya berlaku zina. Itu perlu diingat. Bukan matlamat godaan supaya bercinta dan berkahwin, tidak sama sekali. Kalau tak sampai berzina, dapat mukaddimah zina pun jadilah. Itu target syaitan. 

Maka apabila dua anak adam berlainan jantina berhubung atas sesuatu tujuan yang syar’ie sekalipun, syaitan tidak akan duduk diam. Meskipun kedua-duanya tidak ada alasan untuk jatuh hati antara satu sama lain, tetapi mereka masih punya alasan untuk jatuh nafsu antara satu sama lain!"


4. Student & Politik

Student tak perlu involve in politics? Komen korang? Pengarah Mara Ailen cakap kitorang as medic students tak perlu involve in politics sebab student medics ni busy? Serius ke busy? Aku dengar boys siap ada masa main games lagi and boleh score exams?

Lagi hot masa meeting Mara, Pengarah Mara dapat arahan untuk tak kasi student pergi winter gathering. Allahu rabbi. Arahan siapa ni? Winter gathering tu bukannya program huha-huha. Walaupun aku berpihak pada program PUISI, tapi dalam hal ini aku stand and support untuk program winter yang lain seperti JUMS dan PMS dan RISE. 




Program-program winter ni ada unsur dakwah di dalam nya. Nak mengembalikan manusia kepada cara hidup Muslim yang sebenar, tak kisah la apa-apa tema sekalipun dalam winter gathering ni. Adakah ada pihak yang takut bila student ada kesedaran Islam sebenar, dan balik Malaysia berpihak kepada parti yang bertegas nak mendaulatkan Islam di Malaysia? Ada akal, sila fikir. Jangan busuk hati, please.

Concerns yang diberikan sebab takut student takde masa study kalau exam bulan Januari. Haih. Tak boleh terima ok concerns itu. 


Apa-apa hal sekalipun, jangan asingkan dakwah dan study. Dua perkara ini seharusnya seiring. We are not students that happened to be a muslim, but a muslim who happened to be a student.


Sekian, jazakumullahu khair

3 comments:

Saya Piya said...

seriously? what's their reason for not allowing the students to go the winter gathering? mmg ckp xley gi ke, xdigalakkan pergi?

norain ishak said...

mula2 dia cakap dgn serius la. lepas tu bila ad seorang senior tanya balik utk clarify, barulah beliau macam beralah sikit and remind kitorang kna tahu priority masing2. so boleh je la pegi. yg aku tak faham tu knapa ade pihak suruh tak kasi pegi. motig betul.

Hafizuddin said...

terbaik !