Wednesday, October 31, 2012

Bolos Saja Dinding Itu

Assalamualaikum.


Rasa masa berlalu sangat pantas ohh sekarang. Bila senior update kat fesbuk kata kita ada 2 bulan lagi sebelum masuk 2013. Aku macam, haaaa? Seriously? Haih. Sekejap gila 2012. Sekejap sangat. Lagi sekejap dari tahun 2011.


Tapi tu lah, masa ni kan memang bukan milik kita, kita tiada kuasa ke atas masa pun, cuma yang kita boleh buat pandai planning masa kita. Macamana kita nak gunakan masa, itulah yang lebih penting. 


Well, bila masuk second year ni, rasa macam perubahan yang agak ketara jugak kot. Kena jadi kakak naqibah, pastu sekarang tambah lagi satu job, nak kena jadi orang kuat ppmc. Dulu masa first year, masa ohana tu 2 jam, 2 jam tu je la. Tapi bila jadi kakak ohana, nak kena prepare, tu pun makan masa. Dulu masa first year, just attend je event ppmc. Tapi bila jadi orang ppmc, nak kena organize event pulak.


Sememangnya, masuk 2nd year ni, sangat cool walaupun busy. Daripada jadi peserta, sekarang belajar jadi penganjur. Itu satu proses yang mematangkan, tak korang rasa macam tu?


Aku dulu seorang yang tak suka beri komitmen. Aku rasa benda tu sangat besar. Sebab dalam kepala aku just fikir, aku nak belajar je, belajar belajar belajar. So, masa zaman sekolah and zaman maktab memang tak aktif pun la. Masuk ky lah cuba jadi aktif sikit-sikit tapi tu pun macam terpaksa, huahua.


Sampai cork? Kalau siapa follower tegar blog ni tahu lah, yang aku dah niat nak sampai Ailen, nak jadi muslim yang lebih baik.


Dan Alhamdulillah, sehingga hari ini, dah almost nak habis modul pertama tahun kedua medik, perancangan Allah untuk aku di bumi Cork ni sangat cantik, subhanAllah. Dapat kakak naqibah yang mantop, dapat faham kepentingan berorganisasi, dapat macam-macam sangat, bukan semuanya manis, tapi penuh berhikmah. Dah tu diberi tanggungjawab dalam ppmc lagi. Bukan semuanya indah, tapi itulah yang mengajar kita agar menjadi Muslim yang lebih baik.


Minta je kat Allah, Allah akan bagi dalam segala bentuk. Sama ada kita nak atau tak je.


Perubahan yang paling besar dalam proses nak jadi muslim yang lebih baik dalam keadaan aku sekarang:

Tidak suka beri komitmen --------------> Suka memberi komitmen


Terpaksa admit, life sekarang memang penuh dengan aktiviti. Study and revision, meeting itu ini, kerja itu ini, usrah itu ini. Alhamdulillah atas pengalaman yang Allah berikan aku peluang untuk merasainya. Jadi, jangan merungut dengan kesibukan hari kita, sebab setiap masa itu ada tarbiyah nya yang tersendiri. Sama ada kita mencari atau terus merungut, pilihan di tangan anda.


Aim aku sekarang :

Malas memberi pendapat --------------------------> Suka memberi pendapat

Aku kadang malas berfikir, so, as a good muslim, i should train myself to be a thinker.



Just remember, pengalaman ni benda yang kita takkan dapaat di dalam kelas, kita kena buat praktikal sebab ianya bukanlah teori. 


Usia dah 21 tahun, apakah kita masih harap orang lain untuk memberi? Atau kita pula mahu memberi?

No comments: