Tuesday, November 13, 2012

Tiga Dalam Satu

Assalamualaikum.


"Farahin, I'm sorry. Mama baru je balik kerja and baru je nak masak," kata aku masa mula nak masak-masak selepas balik dari kelas Clinical Practise jam 4.30 petang macam tu. Perh, ayat dah macam wanita bekerjaya pulak kan.





Wanita bekerjaya, handal mengurus suami dan anak-anak, cemerlang di arena dakwah? Tiga dalam satu, mantap sangat! Mengenali sebilangan wanita 3 dalam 1 ni, buatkan aku terfikir, ya Allah, mampukah aku menjadi seperti mereka? Cukupkah 24 jam sehari untuk mereka? Cukupkah tenaga untuk memberi komitmen kepada semuanya?


Secara jujurnya, memang aku nak jadi macam mereka walaupun aku tahu ianya bukan perkara yang mudah, tapi kalau kita percaya bahawa Allah adalah sumber kekuatan utama kita, itu bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk diperoleh. Kesibukan mereka cari, kerana kerehatan yang abadi bagi seorang mukmin adalah ketika dia dijemput Ilahi.



  • Tak kisah lah apa kerjaya yang bakal kita ceburi, doktor ke, cikgu ke, akauntan ke, engineer ke, mesti ada cabaran dan dugaannya tersendiri. Tapi aku melihat kerjaya doktor sebagai satu kerjaya yang pengorbannya lebih sedikit berbanding kerjaya profesional yang lain. Jadi jiwa yang kental dan sabar amatlah perlu bagi seorang wanita bekerjaya.




  • Cemerlang di medah dakwah? Sebagai seorang isteri yang mahu aktif di arena ini, sokongan dari suami amat amat amatlah perlu. Suami berperanan menjadi penyokong nombor1 kepada isteri yang memegang jawatan sebagai seorang yang bekerjaya, sebagai seorang ibu dan tidak diboleh diketepikan adalah sebagai seorang pendakwah. Suami perlu sedar, masyarakat memerlukan isterinya dalam soal membangunkan kembali sahsiah umat zaman kini. Jadi berilah sokongan, dan jangan simpan isteri di dalam rumah bak kata orang.



  • Mengurus anak-anak? Ini juga bukan perkara mudah. Mengurus anak-anak bukan sekadar memberi makan,minum,pakaian,tempat tinggal semata-mata, tapi juga kepada aspek pembentukan sahsiah diri anak-anak. Sebagai orang yang berfikrah Islam, cita-cita kita adalah membentuk anak-anak menjadi generasi Al-Quran, bukan gen Y ke gen Z ke or whatsoever. Jadi pengetahuan tentang pendidikan anak-anak amatlah penting. Persoalannya, adakah apabila sudah berkahwin, baru kita nak ambil tahu tentang cara mendidik anak-anak?


Jawapan kepada persoalan diatas, dari sekarang, dari zaman belum berumahtangga ni lah kena ambil tahu. Kalau takde anak, boleh buat experiment kat anak-anak buah, hihi. Aku percaya, setiap perempuan ada naluri keibuan, sebab tu everytime kalau aku masak after aku penat balik dari kelas, aku selalu imagine myself sebagai wanita bekerjaya tapi pada masa yang sama harus bijak menguruskan hal rumahtangga. Eh itu pun dah macam ada naluri sebagai seorang isteri, trololol.


Itu normal lah. Aku pun pernah dengar ada seorang ustaz cakap, orang perempuan ni dia memang ada naluri as in nak jaga suami dia, nak jaga makan minum, nak jaga pakaian suami dia, nak ada anak sendiri, nak jaga anak-anak and yang sama waktu dengannya. 


Dan sayangnya, kalau naluri ini sekadar naluri tanpa sebarang tindakan dan hanya berlegar dalam angan-angan mat jenin. Naluri yang ada patut disalurkan sebagai pendokong untuk menimba ilmu mendidik anak-anak dan ilmu rumahtangga.


Kalau ada yang fikir, "oh aku kahwin dengan orang yang baik sangat, mesti takde flaws dalam alam rumahtangga,". Silap besar lah. Setiap perkahwinan itu pastinya ada dugaannya tersendiri. Yang penting, komunikasi yang berkesan dan efektif antara dua pihak.



Oh yeah, sebelum menamatkan entri yang agak errr skema ni, aku letak sekali la tips-tips berguna yang aku dengar dari sisters untuk alam motherhood.

  1. Consistent dalam tarbiyah anak-anak. Kena istiqamah. Kalau anak-anak kurang ikut cara kita mendidik, guna strategi lain.
  2. Kepimpinan melalui teladan. Always tunjukkan contoh yang baik depan anak-anak. Contohnya nak suruh solat, sediakan peralatan solat yang menarik. Kids do things when they are happy.
  3. Punishment is the last resort. Cuba pelbagai cara terlebih dahulu.
  4. Ingatkan anak-anak, we are here to please Allah & Rasullullah
  5. Berani terima kritikan dari anak-anak dan ungkapkanlah kemaafan
  6. Pause button yakni sabar. Contohnya rumah kotor bila kita balik kerja, tekan pause button, ask yourself, so what kalau rumah kotor?
  7. Organization skills sangat penting, so practise from now.

Haih. Belum kahwin pun aku dah rasa macam sibuk gila and jadual pack sentiasa. Tapi kena pandai urus masa lah kan. Jangan cakap tak cukup masa, ini pun sempat update blog lagi, apa cer? 


Sekian.

No comments: