Monday, September 24, 2012

Aishiteru & 2ndYearMedic

Assalamualaikum.


Ada yang ternanti-nanti ke update aku hari ni? Hahaha. Bajet sangat, terus terguna aku. Dah balik cork, lebih prefer untuk ber-aku di dalam blog. Biarpun habis hilang keayuan dek kerana tak menggunakan saya!


So hari ni, sebenornya adalah hari pertama bukak sekolah. Alhamdulillah, dah jadi second year dah aku rupanya. Sekejap je ni. Tup tup dah masuk third, forth and finally final year, insyaAllah. Untuk pengetahuan, untuk second year ni aku dah start duduk kat rumah sewa. So that means a lot more difference.


First, in terms of distance. Masa duduk kat castlewhite apartment, nak pergi kelas 5-10 minit perjalanan jer. Tapi sejak dah duk kat Wilton a.k.a kampung Melayu Cork, jaraknya 20minit kalau jalan laju, dah 30minit kalau jalan macam minah lenggang. Mula mula ni mungkin lah kot rasa jauh, tapi nanti dah biasa ulang alik jalan kaki, dah okey kot kan?


Secondly. sebab dah duk rumah sewa, tanggungjawab dia pun lebih jugak. Masing-masing ada tanggungjawab masing. Macam aku empat orang, sorang jaga internet, sorang jaga elektrik, sorang jaga gas, sorang jaga duit sewa. Pastu dah duk rumah, adalah housecores masing-masing. Buang sampah, jaga toilet, beli groceries and kemas dapur and living room.


Apa ertinya duk rumah sekali, kalo tak berjemaah kan. For now, kitorang cuba mewajibkan untuk make sure solat subuh, semua berjemaah sekali. The other four solat fardhu, cuba juga untuk solat jemaah sekali paling koman dua orang kan. Will try our best!


" walau raga kita terpisah jauh, namun Whatsapp buat kita dekat, hantar gambarku, dan rasakan aku, wowowo, i i aishiteru,"


Cewwah. Haha. Dulu aku ingat along and angah aku takde whatsapp ni, rupanya diorang ada! So bila dah berjauhan camni, galak juga lah berwhatsapp nya. Kalau nak hantar gambar, takyah nak post kat fesbuk pun, through whatsapp sudah. Aksi aksi gedik pon terjaga dari tatapan umum.


Hari tu angah aku yang baru lepas pantang kata, dia sedih sebab mak ayah yang jaga dia along the way she pantang balik kampung semula and dia tanya apa perasaan berjauhan dengan mak and ayah?


Lololol. Mestilah sedihh. Tapi inilah pengorbanan yang harus dilakukan.


Okeylah, itu je serba sedikit yang ingin aku catatkan. Sekian, wassalam.



1 comment:

Anonymous said...

Huhuhu, xsabar nak balik kg minggu ni selepas 3 minggu duk kl.. sekejap betul masa berlalu yer... ko pun almost 3 minggu kat sana... yes, ko lagi sedih la kot, pasal ko lagi jauh dr kami...jaga diri bebaik disana... nnti aku dtg jenguk ko yer, tgh ngumpul olit ni... eheheh..
-asiah-