Wednesday, September 26, 2012

Kakak Ohana Pun Bolehhh

Assalamualaikum.


Ohana ohana. Kalau di Cork, ohana means family and dalam erti kata lain, ohana ni macam usrah lahh. Tapi kalau ada orang yang macam rasa "errr usrah?", penggunaan terma ohana ni lebih sedap didengari dan lebih ceria. Hehe.


So sebenarnya, aku telah diberi tanggungjawab oleh pihak PPMC sendiri yang menganjurkan program ohana antara pelajar muslim malaysia di cork sendiri. Kiranya I have been appointed to be naqibah jugak lah kiranya. Haha. Tak pernah expect pun, cuma pernah berangan je lahh nak jadi naqibah. Hihi. Oh my dream came true :)


So, hari ni just nak cerita sikit lah pengalaman mula-mula nak berjinak-jinak jadi naqibah ni, hehe. Pertamanya, cuak! Tadi petang masa buat the very first ohana, kitorang masak masak dulu, and then after makan and nak start bagi pengisian, rasa macam ahhhh why gagap and hilang kosa kata ni. Plus, bila kita bercakap, kena sangat berhati-hati sebab kita tak mahu mengguris hati anak-anak ohana kita, that's the most important thing kan.


Secondly, as kakak naqibah, kita nak bagi yang terbaik untuk anak anak ohana kita. Kita nak mereka dapat apa yang kita cuba sampaikan. Actually, naqibah bagi pengisian, bukan nak suruh anak ohana dia jadi baik, tapi nak suruh diri dia sendiri jadi baik juga. Betul. Yes I have been appointed as naqibah, but I'm not perfect. And my mission adalah sama sama nak jadi lebih baik dengan anak anak ohana.


Ohana a.k.a usrah bagi aku, tak perlu long hours. Sebab aku jenis consent pasal masa, ohana first aku and ima buat short and simple je. Pengisian kitorang pun pasal solat, benda basic je. Ya, topiknya simple, tapi kena selalu diberi peringatan.


Masa jalan kaki dengan ima, kitorang sembang and melahirkan rasa, "ya Allah, beratnya beban ini!!!" . Sessungguhnya berat beban dalam proses nak jadi daie. Daie kena buat apa yang dia cakapkan. Dalam surah As Saff pun, Allah beritahu yang Allah tak suka orang yang cakap sesuatu yang tak dikerjakannya. Allahu Allah, guide me to the true path!


Oh yeah, pagi tadi sempat juga la jaga booth isoc untuk orang sign up jadi members. Ada non muslim yang register. And reaksi yang paling best ialah bila diorang dapat tahu dalam goodies bag tu ada Quran translation, excited gila muka masing-masing. MasyaAllah. Kalau diri kita sendiri ni, baca Quran pun malas, tak tahu la nak kata apa. Astargfirullahaladzim.


Anyway, dalam goodies bag tu ada buku biography about our prophet Muhammad s.a.w. I wanna read about it! Moga moga dapat mencontohi sikap mulia baginda Rasulullah, insyaAllah.


I think thats all for now. Time untuk muhasabah diri. Sekian, selamat beramal.

No comments: