Wednesday, June 6, 2012

SumTer Di Birmingham


Assalamualaikum.


Alhamdulillah, diberi rezeki serta kudrat untuk berjaulah tiga hari dengan bekas roomate untuk melawat rakan se-ky yang belajar Biochemistry di bumi Birmingham. Jumlah kos semua mencecah kira-kira 150pound jugakk. Kira jimat lahh tuu kot.


1. Cadbury World

Kalau pergi birm, tak sah lah kalau orang tak pergi sini. Kilang coklat yang famous tu. Masuk dia bayar 11pound. So, aku boleh cakap 11pound tu sangat worth it lah dengan apa segala benda yang korang akan experience dalam kilang tu.

Ada satu bahagian tu, bahagian pakcik Cadbury membebel. He said, dia buat coklat ni untuk replace alcohol orang duk suka ambik tu la. And then, part last dia membebel dia cakap, leadership, determination and loyalty of workers sangat memberi contribution yang besar lah atas kejayaan business jual coklat.

So, kita pun boleh apply benda yang sama jugak kan? Tapi as a Muslim, kita kan ada extra sikit, sunnatullah and syariatullah. Kita kena usaha and kena berdoa. Doa tanpa usaha, tak jalan ya.


2. Coventry Street

Kat sini lah yang budak budak Birm kata ramai orang PAS. At first aku macam, haaaa, PAS? Rupanya tu nickname untuk orang Pakistan. ya memang banyaklahh. Tapi aku confused jugak sebenarnya. Rasanya macam ada je yang afrika ke, ghana ke, india ke, entahhh. Tapi Allah cipta manusia berbangsa bangsa, supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain, bukan?

Oh berbalik kepada jalan ni, ada satu kedai nama dia kedai Amsons. Jual banyak gila tudung lembik, shawls, pashmina, tudung licin square, jubah, cd islamik, buku buku islamik and macam macam la. But aku just usha tudung je.

Dan dan teringat kata seorang ustaz, shopping tu pun boleh jadi ibadah kalau kita niat kita beli untuk orang so that orang boleh tutup aurat dengan lebih proper. So, kalau shopping just shopping, maka kosong lah shopping kita tanpa memberi makna kepada kita.


3. ThinkTank Birmingham Science Museum

Fees dia untuk student lebih kurang 9pound. Yeahh, agak worth it jugak. Banyak lah benda benda science. Siapa yang jenis science maniac, mesti rasa enjoy lahh. Disebabkan aku takde lah science maniac sangat, so aku melihat dari perspektif yang lain.

Ada satu bahagian tu pasal mesin microwave lah, cd lah, lampu lah, and hebatnya Allah mencipta manusia yang boleh mencipta benda alah tu. Pastu kat section animals, hohoho, banyak gila jenisnya. Nak cakapnya, Allah cipta macam macam makhluk kat atas bumi, tanda kebesaran-Nya bagi kaum yang berfikir.

Ada banyak lagi section lah macam medicine matter, untuk kids pun ada, planetarium, section about the future, so, kalau gi birm, kena pergi sini jugak lahh. Aku rasa kalau aku enjoy, budak budak pergi sini, berganda ganda lah diorang suka, hehe.


4. Cannon Hill Park

Taman yang besar jugak lah, kebetulan ada fun fair. So, aku brainstorming jugaklah masa kat situ nak carik ibrah pergi ke situ. And lalu teringat ayat Quran dalam surah Al-Ankabut ayat 64.


5. Ragley Hall

Not so sure ini tempat apa. Daripada penyambut tetamu tu, dia kata, macam ni tempat raja-raja lah. And aku pun takde buat research pun before pergi. So, secara mata kasarnya nampak lah, rumah tu sangatlah besarrrr. Ada taman besar. Ada ladang besar. Ada kandang kudaa. Wahwahh, macam cucu raja rasanya.

Tapi tu lah, harta besar mana pun, tak muat nak bawak masuk liang lahad. Tak caya cer try lah. Hoho. And one more thing, kita boleh megah dengan kekayaan kita kat dunia ni, tapi adakah di akhirat, kita mampu bermegah dengan amal soleh kita? Allah. Meh le insaf sesama.


So, itulah lima tempat yang dapat dijelajahi. Banyak lagi tempat menarik di birm sebenarnya. Tapi disebabkan kekangan masa dan kewangan, itu saja yang mampu. Apa apa pun, syukur alhamdulillah.


Before berjaulah ni pun, im trying very hard to remind myself, supaya jalan jalan ni, bukan jalan jalan nak berhuha semata, tapi mesti kena dapat something.


You only get the things that you see. So, kalau kita nampak sekadar have fun, have fun je lah kita dapat. Tapi kalau kita lihat jaulah kita dalam dimensi yang lebih besar, lebih banyak ibrah lah yang kita dapat.


Dan jazakumulluhu khair kepada dalila and housematenya yang sudi entertain aku dengan bekas roomate di birm. Especially dalila lah, sudi jadi tour guide, kalau tak, sesat lah kami ni tanpa arah tuju. Kepada bekas roomate juga, jzkk atas kesabaran melayani kerenah saya yang over-punctual sampai salah train, serta kekurangpuashatian punya reaction masa sampai ragley hall, hihi, and struggle utntuk cari ibrah why i am visiting this ragley hall! Oh my bad though.



Ps: why sumter? Sebab cuaca winter pada musim summer di birmingham.

1 comment:

Nur Dini said...

Assalamualaikum. akak, just nak tanya. Akak belajar apa kat sana? degree or master? nak tahu sebab memang minat nak belajar sana. saya tngah tunggu result spm.. hope you can reply. :)