Wednesday, June 27, 2012

Ini Cerita Pendek Jer : Betapa

Assalamualaikum.  


PRAKATA : Sembilan bulan membawa diri ke Ireland, tapi tiada satu pun cerpen yang dapat ditulis semasa di sana, semacam takde ilham langsung. Pulang ke Malaysia pun, masih sakit-sakit kepala lagi nak merencanakan jalan cerita, akhirnya dapat juga menyiapkan cerpen ini. Dalam cerpen terakhir saya tahun lepas, tahun ini sekali lagi saya menjadikan watak "aku" itu watak lelaki. Maaf kalau tak best, saya lepas gian menulis sambil cuba sampaikan mesej-mesej ringkas sebagai peringatan untuk kita semua.


Part 1

Nama diberi Afiq bin Azlan. Umur dah 22 tahun, dah layak mengundi tapi belum berkesempatan untuk mengundi. Harapnya tarikh pilihanraya akan datang jatuh pada musim cuti summer. Cuti summer? Oh, lupa nak bagitahu, aku sebenarnya pelajar perubatan di sebuah universiti di Ireland. Nak masuk tahun ketiga dah. Alhamdulillah sangat-sangat, sebab dipermudahkan Allah dalam aspek menimba ilmu perubatan yang menguji daya intelektual mental.


Berbalik pada soal cuti summer. Dah dua tahun sebenarnya tak pulang ke Malaysia. Rindu sangat kat Malaysia. Jadi, cuti summer ni, akan ku pulang ke tanah air. Tak sabarnya ingin menatap wajah si dia!


Kalau cakap pasal si dia, mesti ramai ingat si dia ni kekasih hati, awek lah, girlfriend lah, makwe lah. Tapi anda semua salah, si dia ini ialah .....


Yasmin bin Azlan. Kembar aku. Kembar yang tak seiras. Dalam keluarga, kamilah dua beradik. Gaduh sama-sama. Berebut barang permainan sama-sama. Gembira sama-sama. Nangis sama-sama. Pendek kata, hubungan kami memang rapat. Dan sikap kitorang pun orang kata, lebih kurang je. Sama-sama 'gila-gila'. Aku panggil dia Min je.


Masa zaman sekolah menengah dulu, Min selalu dapat markah lagi tinggi dari aku. Kalau dia dapat nombor 1 antara batch, aku dapat nombor 2. Kalau dia nombor 2, aku nombor 3. Tak pernah aku lebih markah dari dia. Kenapa ya? Mama dan papa bagi gene genius lebih dekat dia eh?


Keputusan SPM pun dia cemerlang. Aku ingat masa tu, dia nak sama-sama dengan aku belajar medik kat Ireland ni, tapi rupanya dia tak minat. Dia minat bidang penyiaran. Jadi sekarang Min tengah ambil ijazah dalam komunikasi massa dekat LimKokWing University. Teringat lagi, Min tu memang kadang suka berlakon jadi wartawan depan kitorang masa zaman kanak-kanak dulu.


Siapa kitorang? Mama, papa dan aku. Cumanya sekarang, tinggal aku dan Min dan Chik Wan yang jaga rumah and tengok tengok kan kitorang. Mama dan papa meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya masa aku dan Min baru menjengah usia 14 tahun.


Sejak kematian mama dan papa, aku cuba untuk jadi pelindung Min, cuba untuk jadi 'abang' kepada Min, tapi aku gagal. Aku tak dapat kasih sayang dari insan bergelar ibu ayah, jadi aku cari sumber lain untuk menggembirakan hati aku dengan kawan kawan. Min jugak begitu. Kami sama sama hanyut dalam keseronokan alam remaja dengan rakan sebaya. Terasa seperti, "hidup ini cuma sekali, jadi kita enjoy!" bak kata Nora Danish.


" Jauh termenung Fiq, dah sampai Malaysia ke?" tegur Kamil, housemateku mengejutkan aku dari lamunan siang hari.


" A'ah, memang dah sampai, " jawab aku keras.


" Marah ke bro? Gurau petang pun tak boleh. Dah habis packing ke ni? Nak aku tolong apa-apa?" Kamil membalas.


" Emm dah habis packing dah. Tak sabar nak depart je ni. Oh, esok pagi tolong hantar pergi airport boleh? Flight aku pukul 8 pagi," kata aku pula.


" For you, i will do anything my love, " kata Kamil dengan senyuman di bibir.


" Jangan gay sangat lah nak ber love love ni dengan aku, "


" Ini bukan gay, this is what we called as brotherhood, we help each other and we love each other, " kata  Kamil lalu bangkit dari kerusi dan menepuk-nepuk bahu kanan aku.


Senyum manis. Semanis ukhuwah yang terjalin.


PART 2


Perempuan berusia 50-an itu leka mengacau gulai ayam masak lemak cili api di dapur. Datang seorang anak dara menjengah masuk ke dalam ruangan dapur.


" Opocottt ayam terbang kuali terbalik!! " terkejut Chik Wan apabila disergah senyap-senyap oleh Yasmin. Mujur takde yang terbalik. Yasmin pula ketawa kecil di belakang Chik Wan.


" Kuat melatah Chik Wan ni, nanti si Afiq tu dah sampai, kita tanya dia ubat nak rawat penyakit melatah ni ya, Chik Wan," kata Yasmin lagi dengan ketawa masih bersisa.


" Min sebut pasal Afiq, bila dia nak sampai ni? Karang takde siapa pulak nak makan gulai Chik Wan ni," balas Chik Wan pula.


" Ala, Min pun boleh tolong makan, kan?" kata Min sambil mengurut santai bahu Chik Wan.


" Assalamualaikum, semua ayam tu, Afiq punya okey! " giliran aku pula menyergah mereka berdua. Terbelik mata mereka melihat aku.


" Afiq!! I rindu you gila okey! Nak ajak skype video pun payah! You makin hensem lah sekarang! Share lah rahsia, nanti boleh I share kat kawan kawan lelaki I," kata Min sebaik memeluk kembarnya ini. Chik Wan senyum terharu.


" Rahsia? Selalu ambik air wudhuk lah. Eh Min, you pun nampak makin ayu lah. Mesti selalu ambik wudhuk buat solat sunat malam eh? Goodjob Min! " kata aku pula menyakat Min. Dalam menyakat, ada perkara sebenarnya aku nak ketahui tentang kembar ku seorang ni.


" You perli I over the dose lah, Fiq! Mana lah I nak solat sunat ni, solat wajib pun I liat. Ish you ni!" jawab Min sambil mencubit lenganku. Sakit. Tapi rasanya jiwa aku lagi sakit mendengar kata-kata Min. Apakah ini bermakna Min selalu tinggal solat fardhu? Allah.


" Sudah sudah, jom makan, dah masak dah pun gulai Chik Wan ni. Karang dah sejuk, tak sedap pula, " kata Chik Wan mengajak kami makan. Selera aku yang menggunung masa sampai di KLIA terus hilang begitu memikirkan tentang Min. Jangan biar dia tersasar jauh, ya Allah, aku berdoa di dalam hati.


Part 3


Pintu bilik aku diketuk. Yasmin rupanya. Aku menunduk kembali membaca buku "Bagaimana Menyentuh Hati".

" Afiq, my friends or our friends zaman sekolah dulu nak jumpa you. You free tak esok? Kalau ya, I nak confirmkan dengan diorang malam ni," kata Min.


" Min, I tak suka lah you pakai baju macam ni depan I," kata aku selamba.


" What's wrong dengan baju I?" tanya Min.


" Tak cukup kain,"


" Macam lah tak biasa kat Ireland macam ni,"


" Itu Ireland,"


" I'm your sister, anyway,"


" Itu tak bermakna you boleh dedah sesuka hati depan your brother. Change your clothes and don't ever wear like that again in front of me. And don't forget, I am straight," kata aku tegas menegur Min. Harap dia faham maksud aku.


Min mendengus perlahan tanda protes. Aku cakap macam ni pun, sebab aku sayang kau Min. Siapa lagi nak tegur. Kalau pun kita boleh membuka aurat dengan ahli keluarga, tapi kita kena jaga juga. Elakkan pakai pakaian yang ketat, yang banyak terdedah.


" Min, kita jumpa our friends esok," kata aku lembut cuba memujuk. Min mengangguk tapi dengan wajah masam mencuka.


Part 4


" Afiq, you dah siap belum? Mengalahkan perempuan lah bersiapnya, " jerit Yasmin dari muka pintu rumah banglo dua tingkat itu.


" Sorry, Min. I solat dhuha tadi," kata aku sambil turun dari anak tangga berhati hati.


" Solat dhuha? Sejak bila you jadi alim ni? You belajar kat Ireland ke kat Mesir ni?" balas Min sambil bercekak pinggang. Sungguh dia tak dapat terima tindak tanduk kembarnya ini.


" You Min, kalau I study kat Ireland, maknanya you nak I behave macam kaki mabuk ke? Nak macam tu? For your information, kelebihan solat Dhuha, Allah akan murahkan lagi rezeki kita. Syok kan? Waktu Dhuha jugak, waktu mustajab untuk kita berdoa. So, I give you one minute, you mintaklah kat Allah you nak apa in your life, " kata aku sambil tersenyum lebar dan dengan penuh lemah lembut.


Min diam sejenak. Tengah berdoa agaknya. Pakaiannya ku lihat dari atas ke bawah. Chup, sejak bila Min tak pakai tudung ni?


" Dah?"


Min mengangguk.


" You doa apa? Mind to share?"


" I doa nak kahwin dengan someone yang alim macam you, haha," kata Min dengan tawa di hujungnya.


" Ameen," kata aku. Setiap insan itu, tak kira lah tahap mana pun imannya, jauh di sudut hati, pastinya mereka menginginkan jodoh yang beriman. Aku yang iman cepat turun naik ni pun, ada hati nak kahwin dengan ustazah, tahu!


" Okey dah lah, jom," ajak Min bersemangat.


" Min, you nak tahu satu benda tak? "


" Please don't say dragon ball ada tujuh bijik kesemuanya, itu lame okey," balas Min pulak.


" No no no. Itu childish sangat. You kata I alim kan, so I nak bagitahu you, Muslim yang menutup auratnya dengan sempurna, Allah akan bagi pahala dekat dia. You nak tak?" kata aku dengan nada berjenaka. Cuba untuk berdakwah dengan berhemah. Bukan sekadar menakutkan dengan azab Allah, tapi cuba mengindahkan dakwah dengan ganjaran Allah, moga hati insan menjadi lembut.


" I naik atas kejap," kata Min.


Dalam hati, tidak putus putus aku meminta agar melembutkan hati Min untuk menjadi muslimah yang mukminah. Aku ahli keluarga terdekat dia, apakah aku sanggup melihat dia terus hanyut dalam kejahilan? Sesungguhnya, tidak!


Part 5


Sudah lama tidak menjejakkan kaki ke MidValley MegaMall, tempat aku dan rakan sekolah berlibur masa hujung minggu. Main bowling, main snookers, tengok wayang, window shopping. Rindu zaman itu. Namun, mengingatkan kembali betapa sosial nya aku bergaul antara lelaki dan perempuan, aku sedih kerana zaman muda remaja aku dicemari dengan aktiviti yang sia-sia. Oleh itu, akan aku pastikan, pertemuan dengan rakan-rakan hari ini, adalah pertemuan kerana Allah! Kerana ingin menyampaikan tentang Islam.


" Kita nak jumpa kat mana ni?" tanya aku.


" Kat McDonald, " jawab Min.


" Nak makan McDonald ke?" tanya aku lagi. Min mengangguk.


Ah sudah. Kena tukar plan.


" Min, sebenarnya I rasa nak makan sizzling mee kat tingkat atas tu lar,"


" You ni Fiq, mengada-ngada lah. I dah cakap kat diorang tunggu kat McD, ni nak kena telefon balik," balas Min dengan nada tak puas hati dengan songeh aku. Maaf lah, you will know later.


Di medan selera itu, aku bertemu dengan Ijat, Aiman, Lisa dan Qilah. Kami berenam memang kamceng zaman sekolah. Tapi hari ni, rasa macam kekok pulak. Tapi tak ape, akan ku runtuhkan tembok kekekokan ini. Ganbatte!


" Yasmin! You looks gorgeous dengan tudung tu. Serious, i really mean it okey! Kan, Qilah?" kata Lisa yang aku lihat jelas ikhlas memuji penampilan Min.


" Yup, I agree dengan Lisa. Fiq, you make over dia eh? " kata Qilah pula.


" Memang pun. I nak make over kembar I yang seorang ni jadi muslimah sejati, "


" Wowowo, Fiq! Kau alim sekarang, bro. Takut aku lah dengan kau ni. Where's your songkok, anyway?" kata Aiman pula.


" Bro, tak pakai songkok pun, kita boleh follow rules Allah. We, aku, ijat and kau aiman, kita boleh jadi muslim sejati tanpa perlu pakai songkok,"


" Ye ker, Fiq? Aku tengok kadang ada pakcik pakcik alim kat masjid tu, pandang sebelah mata je kat aku ni. Mentang-mentang aku tak pakai ketayap songkok bagai," luah si Ijat pula.


" We are what we think. Biarlah berapa mata pun tak nak pandang kita, janji kita dipandang mulia di mata Allah, ye tak?"


" Betul betul betul," kata Ijat dan Aiman serentak. Si Min, Lisa dan Qilah dah blur. Pandang semacam je diorang kat aku.


" Eh korang tahu tak pasal kekejaman rejim zionis israel? McD tu salah satu penyumbang kekejaman tu, sebab tu lah suruh makan kat sini,"


Mereka mengangguk. Okey, boleh teruskan. Cerita lain aku ceritakan. Tentang realiti dunia Islam sekarang. Kisah di bumi Palestin, kisah kekejaman Bashar Assad terhadap penduduknya di Syria, tentang peralihan kuasa di Mesir. Aku mahu membuka mata fikiran mereka, bahawa ada perkara yang lebih besar perlu mereka fikirkan selain tentang gossip gossip artis tanah air yang seakan jelek untuk didengar.


Min dari tadi aku sedar memandang aku. Barangkali tertanya tanya di dalam hati, inikah dia kembar ku yang dulu fasih berbicara tentang gigs, konsert, artis dan hari ini lancar berkata-kata tentang Islam?


Part 6


Chik Wan menyiram pokok bunga di halaman rumah sambil sambil itu memerhatikan Yasmin termenung di buaian. Jauh dia berfikir.


" Min, Chik Wan tengok Min ni sejak akhir-akhir senyap je. Tak suka Afiq balik Malaysia ke?" tanya Chik Wan memulakan perbualan.


" Eh Chik Wan ni, siapa yang tak suka kembar dia balik Malaysia? Min suka Afiq ada kat Malaysia. Dia tu lah satu-satunya adik beradik Min, Chik Wan," jawab Min.


" Dah tu kenapa macam tak ceria je Chik Wan tengok kamu ni? Kamu ada gaduh dengan Afiq ke?" tanya Chik Wan lagi.


" Tak gaduh,"


" Habis tu?"


" Afiq dah berubah,"


" Siapa yang berubah, Min?" tegur aku dari pintu rumah. Chik Wan segera menyelesaikan kerjanya setelah mendapat isyarat mata dari aku.


" Min, I ada sakitkan hati you ke?" tanya aku sambil duduk di buaian berhadapan dengan Min.


" Mana ada, Fiq. Cuma you dah berubah, and I need time to digest, to absorb perubahan you ni," jawab Min jujur.


" Maksud Min?"


" You dah pandai cakap pasal agama. And I'm impressed with that. I tak tahu how you can change sampai jadi alim macam you are today. I tak tahu, apa benda kat Ireland yang buat you jadi macam ni. Kita dah tak macam twin. You are not 'gila-gila' macam dulu. Min rasa macam asing sangat dengan you, Fiq," luah Min panjang lebar.


Aku menunduk. Kata-kata Min harus dibalas berhemah. Min itu hatinya lembut. Sama sekali aku tidak mahu  mencalarkan ia dengan bait-bait kata yang berbunyi kasar.


" Min, you're still my twin. Berubah mana pun I, perubahan ke arah kebaikan, memang kita kena sentiasa lakukan, Min. Agama kita, menyeru kita buat baik, tinggalkan yang tak baik. Itu je yang I nak buat, Min. I just nak ikut apa yang Allah suruh and tinggalkan apa yang Allah larang. Is that wrong for me to do that, Min?," kata aku cuba untuk membuatkan Min faham akan situasi yang aku hadapi.


" Of course tu tak salah Fiq, cuma I yang rasa bersalah, sebab I bukan twin yang baik untuk you, I am not alim, I don't wear tudung labuh, I tak tutup aurat, my five-time-a-day prayers tak complete. I twin yang jahat for you, kan? I'm sorry, Fiq," tutur Min sambil matanya menahan air mata dari gugur ke pipi.


Aku jadi sebak. Sudah lama aku tak melihat Min sebegitu. Aku biarkan Min melayan perasaannya terlebih dahulu.


" I'm sorry if I'm the one who made who cried, but I just want to say, every pious has a past and every sinner has a future. Remember, I'm your twin, Min, and I will always be," 


PART 7


Cuti summer 3 bulan, sudah hampir sampai ke penghujungnya. Bersyukur, kerana cuti summer ini sungguh bermakna. Dapat berjumpa teman lama, bertemu untuk meningkatkan iman dan menghargai nikmat Islam dalam diri. Malahan, dapat pula menyumbang kepada masyarakat dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Memang benar lah kata Ustaz Hasrizal, erti hidup pada yang memberi.


Yasmin? Alhamdulillah, dia semakin positif dengan penghijrahan aku untuk jadi insan yang lebih baik. Dia juga aku lihat, sudah berubah sedikit demi sedikit. Cuma, aku risau bila aku pulang ke Ireland, Min tiada tempat untuk membuat rujukan.


" Afiq," tegur Min ketika aku sedang melayari internet di ruang tamu.


" Yes, my love. What can I do for you?" 


" Takde benda. I just nak sembang dengan you je before you balik Ireland balik. You tu nanti, bukan ingat nak call I," kata Min lagi.


" Merajuk ke? I kan belajar medik, busy, you kena faham, okey?"


" Kalau I ikut suggestion you belajar medik kat Ireland dulu, mesti I boleh jadi baik macam you jugak," ujar Min.


" Ya ker? Ada sebab lah Allah tak buka pintu hati you ikut I. Kalau tak, kita sama-sama jadi tak betul kat Ireland tu," 


" Maybe lah. Belajar medik best?" tanya Min.


" Best. Best sebab I minat. Macam you belajar komunikasi massa, you enjoy sebab you minat," 


" Fiq, agaknya kan, what can I do so that I can contribute something to our ummah? " tanya Min. 


Mak aihhh, soalan yang tak disangka-sangka. Nampaknya Min dah nampak misi dan visi hidup dia sebagai seorang Muslim. Kita bukan hidup untuk diri sendiri semata-mata, tapi kita hidup agar kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Bukankah amal jariah yang baik itu bekalan kubur kita?


" Through your career. You nak jadi pengacara? Sekarang ni ada banyak stesen TV islamik, you boleh sampaikan Islam secara tak langsung kepada penonton. Takpun you nak jadi journalis, pun boleh sampaikan Islam through your writing," 


" Macam tu eh?"


" Yup. Yang penting, dalam apa jua pekerjaan yang kita buat, niat kena betul. Niat kerana Allah, ikhlas kerana Allah. And Allah akan bagi rewards kat hambaNya yang ikhlas dan khusyuk buat sesuatu kebaikan," balas aku lagi.


" Afiq,"


" Erm,"


" Nak ikut you pergi Ireland,"


" Huh?"


Part 8


" Assalamualaikum," pintu rumah An-Nur itu aku ketuk sambil memberi salam.


Di dalam rumah, berlari-lari anak Insyirah sambil memakai tudung untuk membuka pintu.


" Waalaikumussalam," jawab dia.


" Min, ni I kenalkan you my friend, Insyirah, just panggil kak Insyi. Insyi, ni adik saya, Min," kata aku memperkenalkan adik aku. Insyirah wajahnya kelihatan memikirkan sesuatu, entahlah. Untuk menghilangkan suasana kekok, segera Insyirah bersalaman dengan Min, dipeluk Min umpama adik sendiri.


Sebaik keputusan mengejut Min nak ikut aku ke Ireland, terus aku hubungi rakan perempuan untuk bertanyakan kalau mereka ada bilik kosong dan memang rezeki Min, ada bilik kosong dalam rumah Insyirah.


" Min, meh masuk, akak tunjukkan bilik awak, and then awak boleh rehat. Mesti penat kan flight lama," kata Insyirah sambil memaut lengan Min. Min sekadar membalas dengan senyuman. Memang letih habis muka dia. Muka letih dan sedih.


" Min, apa-apa nanti you mintak tolong kat kak Insyi okey. I promised you, she won't bully you, " kata aku sambil mengusap kepalanya. Sedih jugak nak tinggalkan kembar aku seorang ni. Min ni dah lah jarang bercampur gaul dengan orang, mesti struggle dia nak biasakan diri dekat sini.


" Jom Min, kita naik atas dulu, " ajak Insyirah lagi. Min kemudian segera bersalaman dengan aku dengan wajah menahan diri dari menangis. Nak bawak balik rumah sendiri, gila sangat lah sebab ada brothers. Nak tak nak, kena tinggalkan dia kat rumah tu.


" Tomorrow, I bawak you pergi town beli barang okey. Assalamualaikum,"


" Waalaikumussalam," Min menjawab lemah. 


Part 9


" Min ada apa-apa nak tambah?" ujar Anisah, yang juga merupakan penghuni rumah An-Nur semasa usrah malam Khamis tentang topik " Saya Mesti Hidup Untuk Islam " yakni salah sebuah bab di dalam buku karya Fathi Yakan bertajuk 'Apa Ertinya Saya Menganut Islam'.


Min tersengih. Cuba mencerna apa yang telah diperoleh dari pengisian Anisah itu.


" Min rasa macam tak layak je nak tambah apa-apa. Ini first time, Min duduk dalam bulatan macam ni, dengar tazkirah macam ni, " jawab Min malu-malu. Terasa kerdil dia bersama-sama dengan gadis-gadis yang lebih tinggi ilmu agama kalau mahu dibandingkan dengan dia.


" Tak mengapa, cakap je apa yang Min faham, " kata Umairah pula cuba memberi galakan kepada Min.


" Selama ni, sebelum Afiq balik Malaysia, sebelum dia mula perlahan-lahan approach Min untuk Min berubah, Min just fikir, hidup kat dunia ni adalah segalanya. Min cuma fikir, nanti mati, habis lah cerita. Syurga neraka, langsung Min tak kisah. Tapi bila dah dengar apa yang kak Anisah cakap, tanggapan Min tak betul langsung. Min kena hidup untuk Islam, ikut ajaran Islam yang sebenar. Min kena tinggalkan benda jahiliyah yang Min buat dulu. Min kena taubat sebelum terlambat, sebab maut itu pasti. Cuma, pengakhiran macam mana yang Min mahu. Pengakhiran yang baik atau tak baik, " ujar Min panjang lebar tentang apa yang dirasakannya.


" Betul tu Min. Kita kena sentiasa muhasabah diri kita. Moga-moga Allah tak biarkan kita tergelincir dari landasan menuju Dia, " kata Insyirah pula.


" Kakak-kakak semua, thanks banyak-banyak for this sharing session tau. Min sangat appreciate and rasa seronok pula kita gather macam ni,'' ucap Min malu-malu.


" Rasa macam iman tinggi je bila kita kumpul macam ni kan? Tapi bila kita dah duduk seorang-seorang balik, surf internet, baca benda yang tak meningkatkan iman, dengar lagu yang melalaikan, terus merudum jatuhnya.  Kena mujahadah lebih sikit elak benda lagha ni, " kata Umairah dengan semangatnya.


" Betul. So sama-sama lah kita mujahadah walaupun mujahadah itu pahit, sebab syurga itu kan manis?" balas Insyirah mengakhiri usrah malam itu.


Part 10


Aku memandu kereta berhati-hati menuju ke salah sebuah tempat menarik bertempat di West Cork. Kejap-kejap, aku mengerling ke arah Min yang duduk di sebelah sambil tekun membaca buku. Buku apa entah yang dia khusyuk sangat baca tu.


" Best sangat ke buku tu? Cuba lah tutup buku tu kejap, tengok pemandangan kat bumi Shamrock ni, "


" Best sangat lah buku Fathi Yakan ni yang kak Anisah bagi ni. Bahasa dia mudah and senang nak faham, " kata Min lalu menutup buku tersebut dan menyimpannya ke dalam beg.


" So, dah hampir sebulan you ikut I duduk Ireland ni, macam mana rasanya? "


" Alhamdulillah. Awesome lah Ireland ni. I dulu ingat kalau orang belajar kat oversea ni, dah takde dah nak fikir pasal agama, pasal dengar tazkirah, pasal solat jemaah. Rupanya, students kat sini semuanya soleh-soleh belaka. I je yang ter-huha-huha masa kat Malaysia. Shame on me lah, Fiq," jawab Min sambil pandangan di halakan ke luar tingkap, menghayati pemandangan menghijau di luar.


" I'm happy to know that, Min. So, bila you nak balik Malaysia? "


" Afiq, you nak halau I ke? You ada agenda lain ke apa ni? " tanya Min pula.


" Apa pulak you ni. I fikir you punya study lah. Taknak lah tertinggal lama-lama, "


" Kelam lah you ni, Fiq. Sekarang kan tengah short sem. I tangguh this short sem. Takde yang tertinggal pun," terang Min.


" Almost nak sampai dah,"


" Cantiknya! Birunya air dia. Macam kat Tioman! Apa nama tempat ni? " tanya Min yang kelihatan teruja dengan pemandangan kawasan itu. Soalan Min tidak ku jawab sampai sebaik sahaja aku memarkirkan kereta.


" Dah sampai! Welcome to Inchidoney Beach, Yasmin! "


Part 11


" Fiq, kuatnya angin dia ni. Rasa macam nak melayang dah ni," kata Min sambil berpeluk tubuh menahan kesejukan dek angin pantai yang kuat.


" You jangan cakap banyak. Karang sia-sia je makan pasir yang angin tiup tu, " pesan aku pula sambil menekup mulut.


" Dah jom lah naik atas balik. Rasa macam pasir masuk mata ni, " kata Min sambil tangan kanannya menggaru-garu mata kanan. Aku menarik tangan kiri lalu berjalan menuju menaiki tangga ke bukit tempat aku memarkirkan kereta tadi.


" Tengok mata, " kata aku. Min melepaskan jari tangan kanannya dari matanya. Segera aku berselawat lalu meniup ke matanya untuk menerbangkan pasir yang ada di mata.


" Dah dah, bau tuna dah mata I ni. You makan sandwich tuna ke? " kata Min berjenaka. Penat-penat lah aku buang pasir dekat mata dia, dia kutuk mulut aku bau tuna pulak.


" Eh eh merajuk ke? Ala, joking pun tak boleh. " kata Min lagi bila aku sengaja berdiam diri.


" Twin you ni macho, mana ada merajuk merajuk ni. Takde kuasa, okay? " Aku juga sengaja untuk tidak memandang Min. Lautan biru di hadapan aku ketika itu ku tenung lama-lama.


" Sampai hati Fiq you taknak layan twin you ni. Dah lah flight I balik Malaysia minggu depan. Ala, mesti you lagi suka kan I balik Malaysia? " ujar Min dengan suara dibuat-buat sedih.


" You balik Malaysia minggu depan?"


" Haaa tengok tu. Suka kan I balik Malaysia?" balas Min sambil mencebik bibir.


" Mana ada. I'm going to miss you nanti. Kan orang kata, absence make heart grow fonder? "


" Tapi I takut nak balik Malaysia lah, "


" Kenapa?" aku bertanya ingin tahu. Apa yang menakutkan kat Malaysia tu?


" I takut balik Malaysia nanti, I takde support system yang kuat macam kat sini. I takut I akan jadi macam I yang dulu, " tutur Min lagi.


" First sekali Min, you kena jelas, why you berubah nak jadi baik? Kerana Allah ke atau kerana siapa? Kalau kita letakkan niat kita kerana Allah, datanglah ribut angin yang kuat macam kat pantai ni pun, kita still standing. Kita still berpegang teguh dengan akhlak yang mulia, akidah yang tepat dan ibadah yang sahih,"


" Kalau tak still standing? "


" Kita jangan mudah berputus asa dengan diri sendiri. Allah pun tak pernah give up dengan kita. Eventhough kita selalu buat dosa, Allah still bagi nikmat kat kita agar kita ni kembali kepada ajaran agama-Nya. So, tanamkan dalam diri, sedar bahawa Allah sayang kat kita. And jangan pernah letih untuk berhijrah jadi insan lebih baik, sebab Allah makin sayang dengan orang berusaha memperbaiki amalannya, "


" Wow! Seronoknya to know that Allah loves us everyday. " kata Min dengan teruja.


" Jadi, jangan nak takut apa sangat, just takut pada Allah. Takut kan Allah dan taatilah segala suruhan dan hindarilah larangannya. May Allah bless us, Min"


" I'm going to miss you, Fiq. All your words that came out from you, macam best jer. Ni mesti belajar masa time usrah ni kan," kata Min pula.


" Nanti you dah banyak membaca, you pun boleh bagi nasihat yang best best kat orang jugak. Yang penting kena mujahadah lebih sikit, sebab.. "


" Mujahadah itu pahit, sebab syurga itu manis, " Min menyambung.


" See, baru sebulan ikut usrah, dah terror dah you bermadah, " kata ku sambil tergelak kecil. Min membalas dengan senyum lebar.


Part 12


" Okey. Okey, bye. Assalamualaikum, " 


" Amboi. Aku tengok kau ni sembang dengan adik kembar macam sembang dengan girlfriend. Bukan kemain lembutnya, " kata Kamil sebaik sahaja aku mengakhiri perbualan Skype dengan Min. Aku cuma tersengih.


" Tu lah. Ramai orang salah konsep. Dengan orang yang bukan muhrim, lembut gigi dari lidah. Tapi kalau dengan adik beradik, dengan mak ayah, suara macam Hulk pulak, " balas aku mengenangkan realiti yang aku lihat dari kebanyakan orang. Lembut pada tempat yang salah.


" Demo sikit suara Hulk macam mana? " usik Kamil yang merupakan pelajar tahun akhir perubatan. Walaupun dia tua dua tahun dari tu, tapi usia bukanlah penghalang kami jadi kawan baik. 


" Haih. Takde maknanya aku nak demo," kata aku sambil meneruskan kerja melipat kain baju yang tergendala dek kerana Min menghubungi aku.


" Anyway, Min macam mana dekat Malaysia? Chik Wan kau ada kata apa-apa pasal dia? " tanya Kamil yang sedang menyelak majalah Solusi.


" Alhamdulillah. Chik Wan kata Min istiqamah untuk jadi muslimah yang mukminah. Chik Wan kata lagi, Min nampak lebih matang sekarang gayanya. Dah kurang keanak-anakan macam dulu. Seronok aku dengar Chik Wan cakap macam tu. Tadi yang aku skype dengan Min, dia bagi tahu sekarang dia aktif dengan Nisa'. Bagus lah kan. At least, dia sekarang tahu, hidup ini bukan kita nak jadi baik saja, tapi supaya diri bermanfaat kepada orang lain jugak, "


" Nisa'?" soal Kamil blur.


" Oh Nisa' tu macam badan NGO kemasyarakatan dan kebajikan melibatkan para muslimat, "


Kamil mengangguk faham. Suasana sunyi seketika sebelum Kamil membuka mulut semula.


" Errr Min tu ada emotionally attached dengan sesiapa ke?" tanya Kamil perlahan.


" Ada, " riak wajah Kamil aku lihat berubah. Ada hati dengan Min ke, si abang Kamil ku ini?


" Dengan siapa?" tanya dia lagi.


" Dengan aku, " saja mengenakan Kamil.


" Cehhh! Serius lah? " tanya Kamil lagi.


" Takde, kenapa?" tanya aku balik.


" Aku ingat, tahun depan after aku grad, aku nak balik Malaysia, dan kalau diizinkan Allah, aku nak jadi abang ipar kau, " kata Kamil dengan tenang lagi berkeyakinan.


" Seriusss? " aku pula yang terkena ni!


Part 13


Begitulah kisahnya. Aku jadi orang tengah antara adik kembar aku dengan sahabat baik aku sendiri. Min tak banyak cakap, sebab dia memang percaya dengan aku. Dan aku pula, percaya pada Kamil yang boleh memimpin Min untuk bersama-sama ke Jannah.


Takdir kehidupan ini bukanlah di tangan kita, tapi takdir ini ditentukan oleh Allah. Kita tak boleh menduga apa yang terjadi pada esok hari, tapi kita boleh berusaha menjadikan esok lebih dari hari ini. Saidina Umar pun ada berkata "Celakalah bagi orang Muslim yang hari ini lebih buruk daripada hari semalam dan hari esoknya lebih buruk daripada hari ini". 


Jauh benar rasanya fikiran ini menerawang. Sebak juga di dada nak melepaskan adik kembar yang seorang ni. Air mata bercampur gembira dan sedih ku kesat. Songkok di atas meja ku pakaikan di atas kepala lalu bersiap untuk turun bersama ahli keluarga lain untuk ke masjid sempena pernikahan Min.


" Fiq, you nangis? " tegur Min yang simple dengan baju kurung nikah berwarna putih, sebaik sahaja aku memalingkan diri dari cermin meja solek. Terkejut aku dibuatnya.


" I'm happy for you lah ni. You tak tengok drama ke, kalau orang happy sangat, dia sampai boleh keluar air mata kegembiraan," kata aku cuba menyembunyikan rasa berat untuk melepaskan Min.


" Kalau macam tu takpe lah. Tapi you jangan sedih sangat. I still pegang title kembar you yang paling awesome. I won't forget you lah, Fiq. You tu lah, jangan nak bawak-bawak diri pulak, I cepuk karang, " kata Min pula.


" Okay okay, jom lah kita gerak sekarang, " aku mengajak Min turun, tapi Min dengan pantasnya bersalam dengan ku. Ah sudah, dia pulak nak emo.


" Fiq, I mintak maaf if selama ni I dah buat you risau pasal I. I tahu, you always ambil berat pasal I. I tahu, you takut kalau I jadi budak jahat balik. And thanks sebab you don't let me go astray, you tarik Min balik ke pangkal jalan, and I think, itulah pertolongan you yang I takkan lupa. Please forgive me for everything, and doakan pernikahan Min with your bestfriend ni mendapat berkat dari Allah, " tutur Min sambil air mata jernih menuruni pipinya.


" Dah lah jangan nangis. Hilang seri nanti. Nasib baik kembar I ni tak conteng muka dengan mekap tebal, kalau tak muka jadi macam clown nanti. Cuma satu je pesan Fiq, you jadi a good wife for Kamil, okay?" kata aku sambil mengelap air mata Min dengan sapu tanganku.


And that's the end! Min dah selamat pun jadi isteri Kamil. Dan aku pun dah selamat ada abang ipar. Oh chup, adik ipar sebenarnya sebab Min ada kembar aku. Tak kisahlah, janji ending ni happy, ye tak?


Teringat lagi doa Min masa Dhuha waktu dia mengajak aku keluar di pintu rumah, 


" You doa apa? Mind to share?"


" I doa nak kahwin dengan someone yang alim macam you, haha," kata Min dengan tawa di hujungnya.


Termakbul oleh Tuhan juga, Alhamdulillah.



Aku tinggalkan cerpen ini dengan sepotong ayat Quran yang patut menjadi renungan kita bersama.


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya pula malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan” (At-Tahrim : 6)


TAMMAT


p/s- penulis struggle nak buat ending sebenarnya. sobs sobs. 
p/s/s- nak komen? sila sila.
p/s/s/s- kenapa tajuk dia Betapa? sebab masa buat cerpen ni, terdengar lagu ni. hoho. tak related punnn~

5 comments:

Lynn Fauzi said...

wah.. nice.. saya suka sebab begitu terkesan di hati.. nanti boleh buat cerita lain pulak ye.. :)

Ros Amanina Raziki said...

aaaaaa..best2 kak ain!!! simple tpi penuh isi..:DDD..keep it up kak ain!!!

fifi said...

pergh.. best nih.. and aku baca sampai habis, haha.

minye said...

Knape mesti chik wan n min?haha.. -minye-

iMah said...

simple.. good job ^^