Sunday, May 20, 2012

Sakit Tapi Redha


Assalamualaikum.


Pagi tadi tengok rancangan Al-Kuliyyah. Lately ni, kalau tengok cerita malaysia, asyik terbayang malaysia je. Macam semalam aku ter-tengok (huahua, lagha jangan tiru weyhh) drama Dan Sebenarnya sebab dia ada buat shooting kat Ireland, and terbayang-bayang masa aku tengok cerita tu dengan mak aku masa kat rumah dulu. Hoho.


So, topik rancangan Al-Kuliyyah yang aku tengok ni adalah sakit tapi redha. Topiknya mudah, tapi kalau kita yang kena sakit, nak applykan redha tu, perlukan kekuatan yang datangnya dari Allah. Bila kita ditimpa kesakitan, kita kena ingat bahawa sakit itu adalah satu rahmat. Kalau kita lihat sakit tu, tanda Allah tak sayang kita, makan kita akan merana lah. Tapi kalau kita lihat dari sudut positif, kita akan bersyukur. Sebabnya Allah bagi kita sakit, tanda Allah sayang kat kita, Allah nak bukakan jalan agar kita ni kembali mengingati-Nya.


Seperti mana yang kita sedia maklum, tanda Allah nak ampunkan dosa kita dengan Allah timpakan sakit kepada kita. Jadi bila ditimpa kesakitan, ucaplah nama Allah, pintalah pertolongan Allah. Sebab kita mampu ikhtiar dengan makan ubat, jalani treatment itu treatment ini, tapi jangan kita lupa, Allah yang bagi sakit, maka Allah jugalah penyembuh sakit. 


Banyak orang kecewa sakitnya tak pulih-pulih, dia kata klinik tu tak bagus, klinik tu tak elok, ubat tu tak bagus, ubat tu tak elok, dia complaint and merungut je, sebab apa jadi kecewa? Macam aku cakap tadi, sebab dia tak letak pergantungan semaksimanya kepada Allah. Dan bila kita sakit, kita jangan asyik nak mengaduh adoi adoi adoi, jangan asyik nak mengadu kat semua orang, tapi mengadu lah pada Allah.


Oleh itu, tanggungjawab orang sihat yang ziarah orang sakit lah untuk ingatkan orang sakit supaya banyak sabar, banyak doa, banyakkan ingat Allah. And macam yang kerja kat hospital nanti, peluang besar nak tambah pahala. Kalau doktor, bukan sahaja dapat ganjaran sebab rawat orang sakit, tapi dapat ganjaran kalau dapat pada masa sama berdakwah dengan pesakit contohnya remind patients, yang Allah sebenarnya sedang mengampunkan dosa pakcik and pakcik kena banyak redha and etc.


Orang sakit juga kena sedar macam katakan kita kena demam dua tiga hari, tapi kita lupa, dah berapa tahun Allah bagi kita sihat. 


So, after dengar al-kulliyyah apa yang aku dapat, kalau parents kita sakit, ya memang kita susah hati, but kita kena syukur sebab kita tahu Allah sedang mengampunkan dosa mereka and nak hadiahkan syurga bagi mereka, insyaAllah.


Sekian, wassalam. 

No comments: