Tuesday, May 22, 2012

Kemas & Ubah

Assalamualaikum.


*galak update blog nampak*


Lahhhh takkan nak suruh aku bukak buku anatomy atlas netter tu? Hihi. So, hari ni bermulalah pengemasan bilik secara besar-besaran. Duhhh, gaya macam berbulan-bulan tak kemas bilik. Busy. Baru jadi student, ni kalau dah jadi doktor betul-betul ni, guane ni? Nasib lah belajar medik tu lama, so, insyaAllah, ada empat tahun lagi, kena didik diri lagisupaya balance kan aktiviti rumahtangga a.k.a housework dengan studies.


Buku-buku and kertas nota. Camne lah nak mengangkutnya kertas sebeban tu.



Am i going to miss this study table? Definitely. Susah payah kita bersama.



Another things yang dikeluarkan dari drawers. Drawers aku dah kosong dah.


Dulu kat area atas papan putih tu ada barang-barang sikit. Bila dah kosongkan, baru lah nampak cam hotel sikit pemandangan. Hihi.



Ada dua sections je tak kosongkan lagi. Yang lain semua kosong dah. Wohooo. Tak sabar nak pindah!


Tak sabar nak pindah.....tapi malas nak mengangkut barang, guane guane ni? InsyaAllah pindah 29 may. 


And then tengah hari tadi, ada call mak jugak. Sembang macam-macam lah. Antaranya :


*along dah pindah rumah teres dia yang dah siap renovate
*aishah dah pindah rumah baru dia yang cantik
*asiah dengan rumput kat laman rumah dia


Wallaweyhhh, teruja teruja. 9 bulan tinggalkan bumi Malaysia, macam-macam perubahan. And tak sabarnya aku nak jejak kaki kat rumah kakak-kakak aku ni, insyaAllah. Pastu dengan nak jumpa anak buah aku yang ketujuh, si Mia anak aishah tu lagi. Dah 6 bulan dah baby tu. Baby lagi ker? Haha.


And then bukan tu je, sebab rumah aku terletak di dalam sebuah kampung, macam macam lah perubahan mak aku cerita. (SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL). Wahaha. Sinis di situ. So, can't wait untuk melihat-lihat perubahan. Hihi.


But, the best part is, aku share dengan mak doa bulan rejab. Ya lah, kat facebook memang lah ramai orang share. Mak aku tak main facebook-facebook ni. Busy kemas rumah, kemas laman rumah, bagi ayam makan. And after aku share tu, mak aku cakap, kau memang solehah. HAHA. Maryam Ishak, Asiah Ishak, Aishah Ishak, sila lah jealousss~


Semoga masin lah kata-kata emak. Siapa yang taknak jadi solehah? Cuma kena kuat mujahadah. Tagline erna, mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Aduhh. Benda lagha kelihatan manis di mata, mengapa? Syaitan yang memaniskan ia pada pandangan kita.


Sobsss. Cuti ni takde study, lagi lah risau. 


Misi : Nak habiskan baca pdf sirah nabawwiyyah. InsyaAllah.


Sekian, wassalam.


4 comments:

aishah na'ai said...

pindah g mne ni ain??
pergghhh bilik da cm hotel da..
nk balik malaysia da ek??
again.. jeles jugak..

Norain Ishak said...

ecah, pindah from university hall to rumah sewa.

haha. balik mesia dulu~

Nurul Iylni said...

salam ainn!!! :)

bestnya.. iylni hari ni masih bermalas-malasan untuk berkemas.. esok bru start.. hehe... :)

selamat berpindah!! ^^

Norain Ishak said...

iylni, haha, awak kena kemas cepat2, balik 1 jun kan?

selamat mengemas juga!