Thursday, May 24, 2012

Kayaking At Kayak Cork Harbour

Assalamualaikum.


Semalam, satu lagi hari yang bersejarah. Haha. Tak boleh blah sangat. Semalam pergi kayak! Wohooo. Sangat best! Nak dipanjangkan cerita, around pukul 2.30pm, aku, tipah, nasrah and farah gerak lah nak naik bas 208 pergi station bus. Masa nak naik bas dekat depan kitorang punya apartment, tetiba nasrah kata, ain, tak boleh pakai jeans lahhh. and i was like, hahhhh? Pastu aku pun berlari-lari anak balik apartment and tukar jeans, pakai slack. Gila lahh. Hampir-hampir nak tertinggal bas 208 tu, nasib baik sempat.


Pastu naik bas 208 pergi station bus kat city centre, untuk naik bas lain pulak ke Whitegate yakni tempat kitorang akan berkayak.


Warga corkonians di main station bus.



And then pukul 3.15 kitorang pun naik bas ke Whitegate. Around one hour jugak lah duduk dalam bas. Pastu dah sampai, terus makan sandwich kakak senior buat. Isi perut dulu, before encik Mike, hihi, orang yang in charge kayak datang menyapa kitorang.


Memula, kitorang pakai attire kayak dulu. And then encik Mike pun ajar kitorang basic skills kayak. Aku memula ingat, naik kayak dua orang, rupa-rupanya sorang-sorang. OMG OMG OMG. Encik Mike lepaskan kitorang one by one. Yang dah pernah kayak, dia lepaskan dulu. Hihi. Aku cuak gila masa tu. Sebab last time aku kayak, masak aku darjah 6 kot kat tasik UM tu.


So, berkayak sana-sini, build up muscle semua. Lama jugak lah rasanya. Tapi puas hati. Firstly, sebab dapat overcome my own fear sebab kena kayak sorang-sorang. Secondly, menguji tahap kuat semangat fizikal. Sebab selalunya masa study, kuatkan semangat untuk study. Untuk kayak, memang kena tough lah, sebab kadang-kadang berangin and tolak kita ke arah lain selain dari arah yang kita nak pergi. Kena usaha lebih! 


lesson learn form kayaking: everyone is responsible to lead their own 'kayak' to either follow the right path or not. its your own choice! to go right, left, forward, backward, stop or to fall? - (Nur Latifah, May 2012)



From left : tipah, nab, farah, dayana, kak kinah, ain, kak zira, kak aishah, nasrah, pika, ima, kak zay



Yeahhhh, we made it!


So, that's the story of kayaking. Hihi. Tadi baru call mak, cakap kat dia yang semalam aku pergi kayak, as usual dah boleh expect dah reaksi mak, "bahaya tuuu,". Ala, dah selamat pergi selamat balik.


Kalau ada yang berminat, boleh usha page facebook Kayak Cork Harbour ni, http://www.facebook.com/KayakCorkHarbour


Sedikit video pemandangan dari dalam train masa back to cork.







Sekian, ayuh sihatkan badan kerana Allah. Wassalam.

4 comments:

Yasmin Yahaya said...

aku da kayak da! tp kat putrajaya la.. haha!

ainthanish mom said...

wa...bestnyer...new experience doe..kayak kt um tu masa ko kayak ngan abglg erkk...hahah

Norain Ishak said...

min, haha. kayak kat mesia panass. hihi

ahfong, haha. time ngofoiii.

Qawiem Khairi said...

Salam kunjungan maya. Singgah berteduh dri Lautan Rabbani.

Senyum sokmo. :)