Sunday, May 27, 2012

Angin Rindu di InchiDoney Beach


Assalamualaikum.


Family day PPMC pulak! Wahhh, macam-macam aktiviti ya. Mehh aku recap, kenduri  macaroon & werewolf, pastu pesta kayak pulak, now pergi beriadah di InchyDoney Beach yang terletak di West Cork. Kira-kira jam 8.40 pagi, kitorang (me, tipah, farah and nasrah) dah menapak ke VicLodge untuk naik rombongan  bas ke sana. Tapi pukul 9.40 pagi baru gerak. Huhu.


So, perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam jugak lah. Bila dah hampir sampai ke destinasi, ya Allah, kami semua kagum dengan keindahan pantai ini. Airnya yang membiru, buatkan aku teringat dengan Pulau Tioman. Serius, subhanAllah, cantik sungguh air pantainya! Dalam bas, si anak dara berkata-kata, “cantik gila!”, sambil cuba mengambil gambar dari angle paling menarik.


Dah turun dari bas, ambiklahhh. Angin kuat gila! Aku pula takde bawak sweater ke kot ke apa sebab sekarang kan suhu panas. Terik mentari masih ada, tapi udaranya sejuk. Sejuk benar berjemur, tapi hakikatnya wajah sedang di-sunburn kan!


Orang kuat PPMC pulak, sibuk memasak ayam BBQ untuk kami. Terima kasih lahh! Sedap sangat nasi goreng and ayam yang di-BBQ itu. Kitorang pulak, just bawak tortilla and kek batik. Wohooo, kek batik den habis!


Kata kak Aishah Mazlan, kalau orang puji kita, kita kena jawab “Haza min fadli rabbi,”. Tak ingat exact maksud dia, and hence aku google.


It is very good remind ourselves to be grateful to Allah for our success and accomplishments by saying “هَذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّي / haza min fadli rabbi” telling ourselves that our success and accomplishments came from the grace of Allah s.w.t.


 Favourite snicker. Elok pulak kain snickers match dengan lil flowers ni. 



 Bakal housemates : tips, farah, nasrah.



 Kegayatan dari dalam bas. Cantik gila!



 Inchidoney Beach, West Cork.



 Another view.



 Cropped picture. Angin kuat gila. And this place can be sexy for you women eventho you wear tudung besar. Hope you get what i mean.



Those kids sedang bermain galah panjang. 



Nopah & Norain



 Near the cliff.



Solah is an obligation dear Muslims.



SubhanAllah!


Warga cork berjemur untuk tan kan kulit.


[Credit to nab] From left : syaima, nopah, ain, ima, farah, pika, nasrah, nab


And then ada main-main kat pantai jugak. Kalau tak percaya angin kuat, watch this video! Macam tsunami pasirrr!





Lepas tu ada jugak main kotak beracun, main werewolf, ahah, sempat lagi!


Apa-apa pun, Alhamdulillah for today. Again, Allah bagi kesempatan untuk kita menikmati keindahan alam ciptaan-Nya dan berfikir akan kekuasaan-Nya. Moga kita menjadi hambaNya yang soleh and solehah, insyaAllah.

No comments: