Friday, May 4, 2012

Entry Topik Kegemaran Remaja

Assalamualaikum.


Seperti mana yang diketahui umum, blogger Dena Bahrin yang berusia 20 tahun itu telah pun melangkah setapak ke dalam alam rumah tangga. Moga jodoh berkekalan hingga ke syurga-Nya, insyaAllah. Kenapa ramai sangat yang ambil tahu? 


First, sebab dia muda. Baru 20 tahun. So, gadis yang berada dalam lingkungan usia 18-22 tahun, mesti lah teruja (ke aku je yang teruja?) sebab dia kahwin at a quite young age. Second, sebab dia tak pernah bercinta dengan suami dia sebelum kahwin. So, come on, ini macam cerita drama! Tapi inilah yang Allah tetapkan untuk dia. And ramai lah gadis-gadis yang berangan jugak, kalau ada abang-abang yang sudah bekerja masuk meminang mereka masa mereka masih belajar ni, kan? Ha ha.


So, isu nya sekarang, isu kahwin awal atau aku rasa lebih sesuai lagi kahwin masa belajar. What do ye think about it? Serius lah, kalau aku tanya parents aku, confirm lah they will say, "habiskan belajar tu dulu,". Downnnn. Nak kahwin jugak, tak kira tak kira! Okey, drama jap. Apa-apa pun, tak kisahlah kahwin bila, first, seek for your parents punya permission. Mintak restu. Baru lah dapat berkat. Tapi kalau macam, nak kahwin sangat, and parents tak bagi, camne pulak tu?


Kita kena tengok jugaklah, sebab apa parents kita tak kasi kita kahwin. Mungkin, jenis bangun masa matahari terik, macamana lah nak kejut suami bertahajud sama-sama (ewah ewah sweetnya). Dan aku rasa, kalau aku jadi parents, and anak aku cakap dia nak kahwin masa belajar, aku akan fikir, err boleh ke anak aku ni survive dengan lelaki ni, mampu ke lelaki yang anak aku suka sangat ni jaga anak aku ni, mampu ke bagi makan minum jaga pakai semua and and sebagai ibu yang mithali, aku terfikir,


" Mampu kah kamu membawa anak makcik ke syurga firdausi?"


Kita sibuk nak kahwin. Yang tak sibuk nak kahwin ni, err, tak tahu lah. Sebab, bagi kita, kahwin tu indah. Hidup dengan orang yang kita cinta. Kalau tengok orang yang dah kahwin, alahai sweet sweet nya diorang ni. Nak dating berdua pun, orang tak kisah. Ni kalau tak kahwin, tapi berdating, orang menyampah. Peace. 


Kita tak boleh nafi, yang kita ni lumrahnya, we need love from opposite gender. Unless, kalau gay or les, tak tahu lah, kena kembali pada fitrah. So, kahwin adalah solution yang Islam bagi agar si lelaki and si perempuan dapat berkasih sayang yang mendatangkan pahala. Tapi, di mana dasar kasih sayang kita tu, sekadar nafsu semata, atau kerana Allah s.w.t?


Cinta kerana Allah itu bagaimana? Aku nak pinjam definisi cinta by Hilal Asyraf. Beliau kata, kalau kita cinta seseorang itu, kita nak bawa dia ke syurga bersama-sama. So, aku sangat agree dengan definisi beliau. Kita kahwin ni, bukan sekadar nak mendapatkan zuriat, bukan sekadar kerana orang lain kahwin, so aku kena kahwin, orang lain ada anak, so aku kena ada anak. Tapi ada visi yang lebih besar, kenapa kita berkahwin.


So, jelas ya, matlamat kita kahwin tu apa? 


Jadi next, okey kahwin masa belajar? As aku pernah cerita, kat sini, ada seorang kakak senior yang final year, dah habis exam dah pun, tunggu nak bersalin je. Dia sangat stronggg! Final year kot, jadi ibu mengandung lagi! So, banyak perkara yang perlu difikirkan. Sama ada sedia untuk pregnant ke, sedia kongsi duit scholarship untuk tanggung makan minum, sedia untuk bersusah payah bersama-sama menjalankan tanggungjawab as suami isteri and pelajar at the same time and as a daie mantop bagi kami adik-adik cork.


Tapi ada jugak kes, senior di cork and wife nya di malaysia. Yang ni mungkin nampak takde masalah sangat, tapi beban rindu siapa lah tahu. So, banyak perkara jugaklah sebenarnya yang kena fikir. And kadang tu terfikir, "sanggup ke nak menamatkan zaman bujangggg? adakah aku bakal merindui zaman single?". Well, aku rasa, kalau kita percaya pada pasangan kita boleh membawa kita ke syurga, then, kita takkan fikir isu, tak puas enjoy zaman single. Sebab kita ada zaman double untuk dienjoykan untuk mengisi dengan amalan ke syurga bersama. Jangan risau, kat kubur kelak, kita akan single lama-lama ya!


Questionnya sekarang, macamana nak dapatkan pasangan yang boleh sama-sama membantu kita ke syurga? Itulah yang buat kita termenung (most of korang girls), where is my future husbanddd? Y U NO MASUK MEMINANG? HAHA. 9gag! Kita cuba lah sedaya upaya kita untuk mencintai Allah and Rasulullah, meskipun kadang hati ini rasa, kita lebih cinta manusia, dari Pencipta manusia. So, banyakkan muhasabah, banyakkan berdoa, dan banyakkan perbaiki amalan. Cintailah Allah, insyaAllah, kamu dapat cinta orang mencintai Allah juga. Aameeen.


So, itu je lah. Semoga korang yang membaca entry panjang lebar hari ini, dikurniakan lah jodoh yang dapat sama-sama meniti titian sirat ke syurga, insyaAllah. Bak kata Ustaz Hasrizal, bercinta biar sampai ke syurga! 


1 comment:

Anonymous said...

nice entry