Wednesday, May 2, 2012

Post-FM1003Exam, Jaga & SuratKhabar


Assalamualaikum.


Pasca-FM1003

Baru pulang berlibur di town selepas tamat menjawab summer exam bagi modul FM 1003. Apa benda FM 1003 ni brader? Untuk modul FM 1003, kami budak first year di uji dengan soalan MCQ. MCQ? Apa kelasss budak medik jawab MCQ? Chillax lah, first year kottt. Kan budak first year medic kat cork ni relax-relax je studyyy. Oh berbalik pada pertanyaan, FM 1003 tu adalah tentang Gastrointestinal, Nutritional and Metabolic Biology. Itu topik besar dia lah. Tapi diuji dalam 3 subjek, yakni Biochemistry, Anatomy dan juga Physiology. So, total tadi ada 60 soalan. 


Aku macam biasa, after habis exam, aku fesyen yang tak suka nak discuss jawapan. Let the pass, pass. Dah usaha, dah jawab, just tambah terus tawakal kat Allah je kan.


So, after Zuhur tadi, aku pergi lah town. Panas hari ni. Semalam and hari hari sebelumnya mendung je. Sedap je kalau nak tidur sepanjang hari, tapi aku takde lah tidur sepanjang hari, study nak exam kot!


River Lee kebanggan warga cork or Corkonians.


So, nak pergi town takde lah nak beli apa pun. Just saja nak ambik angin. Tapi hari ni angin panas pulak. Huhu. Sekarang pening kepala, sebab mungkin terkejut kot semalam cuaca sejuk, pastu hari ni panas.


Pastu pergi kedai souveniers. Pusing-pusing, tetiba rasa nak beli baju sweater untuk ayah so that ayah boleh pakai masa nak pergi subuh jemaah kat surau. Hihi.





Ni size XXL kalau ikut Europe. Kalau ikut Asia, sixe XXXL. Harap ayah muat lar sebab aku pun dah lama tak tengok perkembangan ayah aku. So, angah, nanti sampaikan pesan kat ayah, suh jaga makan agar muat memakai sweater Ireland ni. Saja je beli warna hijau, ayah aku kan penyokong pas. Harga? Tak leh bagitahu la, cuma nak cakap, more than RM 250 ye, peace!


Untuk mak, tak tahu nak beli apa lagi. Mungkin nak tunggu apa yang menarik kat Birm yang sesuai untuk mak and kakak-kakak den tu.


Detik-detik kegemilangan study physiology ditemani biskut Hobnobs yang berharga 2.30euro. Mahal doe. Macam orang kaya je makan aku ni. Duh. Highlighter bertaburan melambangkan dedikasi terhadap nota-nota.


Ni pulak saat-saat indah bersama anatomy. 


Aku suka gastrointestinal system punya topik walaupun banyak gila nak kena tahu hormon lah apa lah and macam macam. Best sebenarnya. Just kena ada lebih masa untuk faham kan everything and kan easily recall what is this and what is that.


Sampingan : Allah jaga kita, Alhamdulillah


Masa aku pergi and balik town, aku jalan kaki. Haha. Kira exercise jugak lah tu kan. 20 minit pergi, 20 minit balik. Masa aku balik tu, tetiba terfikir, and cepat cepat say Alhamdullillah. Sebab apa? Salah satu nikmat Allah yang kita tak nampak, adalah nikmat Allah jaga kita daripada kejahatan makhluk lain. 


Kalau ada orang nak buat jahat, boleh je, sebab aku jalan sorang-sorang. Tapi sebab nikmat Allah, alhamdullillah, takde siapa pun nak kacau ke, nak ragut ke. So, sesengkek mana pun harta kita, kena selalu bersyukur, sebab nikmat Allah ni datang dari macam-macam bentuk. Ada roomate pandai masak, itu nikmat tu. (okey tipah kembang hidung, esok masak salmon asam pedas ya)


Petikan al-matsurat susunan Iman Hassan Al-Banna


" Ya Allah, pada pagi/petang ini kami menikmati afiat pemberianMu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmatMu, afiatMu dan penjagaanMu itu atasku di dunia dan akhirat,"



Sampingan : Porno


Aku percaya, ramai orang marah hari ni pasal Kosmo and Utusan Melayu yang siarkan skandal seks pemimpin PR. Sama ada kau sokong gomen ke, atau kau sokong pr ke, mesti kau akan angin. Takde tolak ansur dalam hal ni. Kalau kau sokong gomen, and bermatian mempertahankan surat khabar gomen tu, sorry to say, kau peminat perkara porn ke?


Tolonglah. Tak kisah lah organisasi apa. Kalau kau nak menang hati orang, bukannya dengan pergi memburukkan orang, sebar fitnah orang. Kau nak menang pilihan raya, show us what do you have to offer to us, bukan dengan politik lucah kau ni. Duh annoying betul lah! Even kalau bukan atas dasar politik pun, suratkhabar ni tak sepatutnya sebab cerita macam ni lah!


Surat khabar kosmo and utusan melayu ni pun haiiii, cerita ambik dari blog orang, takde modal berita dah ker? Kesian! Dua akhbar yang menonjolkan kebodohan masing-masing, menunjukkan kehinaan masing-masing. Toksah lah nak publish surat khabar dah. Buang karan!


Itu je lah nak cakapnya. Sekian, wassalam.


3 comments:

Amanina said...

tetiba jealous. kat sini final semuanya oral :|

mcq kat cork sama mcm kat sini tak? satu soalan boleh jadi ada lebih dari 1 jawapan. salah tanda potong markah.

Norain Ishak said...

hanis, ada hikmahnya laa kau ke czech. hanya cerdik benar2 cerdik je dapat belajar kat sana and jawab exam oral. yg tak berapa cerdik sgt, jawab mcq. hihi.

ainthanish mom said...

der..mcm size utk aku jer tuh...hehe..
takpe sweater boleh pakai tanpa zip di depannyer..