Saturday, April 14, 2012

Souveniers Yang Harus Anda Bawa Pulang Ke Malaysia!!

Assalamualaikum.


Kurang dari dua bulan sahaja akan pulang ke Malaysia. Yahoooo. Sesungguhnya, Allah sahajalah yang tahu kerinduan tahap gaban terhadap kaum keluarga. Haih, skema sungguh!


Jadi, insyaAllah cuti summer saya akan bermula pada 11 Jun sehingga 18 September. Kiranya, ini lah pertama kalinya saya ada cuti summer. Ye lah, baru pertama kali merantau ke bumi Shamrock. Oh yang tertanya-tanya, apakah itu Shamrock, tak silap saya, ia sejenis pokok or daun, err, takpe, tak masuk dalam soal jawab di akhirat kelak pun. Hihi.


Oleh yang demikian, beberapa jumlah wang haruslah diperuntukkan untuk membeli cenderahati buat keluarga tersayang. Hari tu dah beli sikit, tapi rasanya, kena buat list untuk make sure, setiap keluarga dapat portion masing-masing. And and, di malam yang sunyi ini, tetiba terdetik untuk menulis post tentang cenderahati, tentang souveniers.


Adakah kepulangan kita ke Malaysia, hanya sekadar membawa cenderahati? Hanya sekadar membawa bahan material semata? Hanya untuk menunjukkan pada saudara mara, bukti kita telah menjejakkan kaki ke sana sini? Untuk menunggu jawapan, terima kasih dan menanti menjawab sama-sama? Adakah itu sahaja yang kita bawa pulang?


Ayuh berfikir sejenak. Kalau hanya itu sahajalah yang kita rancang untuk dibawa pulang, kepulangan kita itu hanya sia-sia. Tak memberi kesan kepada kerohanian keluarga yang sangat penting dalam memupuk nilai-nilai Islam dalam jiwa-jiwa ahli keluarga. Saya percaya, di mana sahaja kita belajar, peluang mentarbiyah diri sangatlah besar. Sama ada kita mahu menyertainya atau tidak sahaja. Tak perlu tepuk dada, tanya je lah iman masing-masing.


Adam dan Hawa, kita mengimpikan baitul muslim idaman dan katanya nak bercinta hingga ke syurga. Tapi bagaimana dengan baitul muslim yang diterajui oleh emak dan ayah kita sekarang? Syukur alhamdulillah, andainya baitul muslim yang dipimpin mereka sentiasa menitikberatkan hal-hal agama dalam setiap perkara. Bagaimana jika tidak, atau kurang menitikberatkan pembentukan rohani, maka kitalah yang mendapat peluang ditarbiyah, untuk menyemai apa yang kita peroleh di sini, di kalangan ahli keluarga kita.


Jadi, saya menyeru kita semua, yang mendapat pentarbiyahan daripada murabbi yang mantop di bumi asing ini, pulang ke Malaysia, dan lakukan lah sebuah perubahan yang lebih baik. Andai di sini kita berbulatan gembira dengan senior junior, apa kata kita berusrah dengan dengan emak kita, ahli keluarga kita. Bawalah "cenderahati akhlak islamiyah" sebenar pulang ke malaysia!


Semoga tsabat dalam menjadi tauladan kepada orang lain. Sekian, wassalam.





- Posted using BlogPress from my iPenyayang

2 comments:

qilaraf said...

awk ni... pusing tang mana, mesti bab baitul muslim gak yg masuk.. huhu..

yes, jom kite cube praktikkn budaya2 islam yg kite dpt kt sini utk bwk blk msia.. :)

-qilaraf-

Yasmin Yahaya said...

doakan aku ber ber-baitul muslim tahun dpn. =)