Monday, April 30, 2012

Alasan


Assalamualaikum.


" A**, jom puasa esok," kata seorang tipah terhadap roomatenya yang dirahsiakan identitinya selepas mereka selesai membaca surah Al-Mulk bersama-sama.

" Aku nak study esok," jawab roomatenya sambil menglipat kain telekung.

" Yeayy tak puasaaa!" jerit hati Qarin roomatenya. (Qarin adalah sahabat setiap manusia yang akan membisikkan perkara yang tak baik, macam syaitan)

" Takpe lah, kau puasa lah esok, aku support," kata roomatenya lagi bajet baik. Lols.


Kemudian seorang tipah mungkin kecewa lalu membawa diri ke luar bilik, buat apa entah. Tak lama lepas tu, si roomate tu pun mengupdate status twitter nya yang sangat aktif.





Roomate : Tipah ajak puasa esok. Aku cakap, taknak, esok nak study nanti lapar. Am i evil?

Akak comel : sy pn plan nk puase esok... meh laaaa :)

Gadis sweet : kalau kau puasa pastu kau merungut2 complain lapar n takleh stdy sepanjang hari, better xyh la. hehe. taaapiiii kalau kau puasa kan, boleh ada lagi banyak masa utk stdy sebab masa untuk makan dah tersave. :)

Roomate : hahah. Lol. Jahatnya aku. Esok puasa from 4 am to 9 malam shikin. Allah, forgive me!

Gadis sweet : uu lamanya, tapi bersangka baik la dgn Allah. tiba2 esok puasa kau rasa lagi semangat n bertenaga utk stdy. wahhh! :D


Fikir fikir. Erm dalam hati roomate berkata, erm okey lah, "aku puasa esok,". Lalu si roomate post dekat wall seorang tipah, "Kak, puasa lah esok, insyaAllah. Qarin kata boleh puasa. Tadi dia liat. Hihi,"


Itu lah sebuah kisah benar. Ler takkan tak kenal roomate tu. Dari zaman taiping, sampai le masuk ky, kalau ada award liat nak buat puasa sunat, err mungkin aku lah menang kot. Tapi tu dulu la. Dah datang cork ni, insaf sikit, ada kesedaran sikit lah nak buat ibadah sunat.


Tapi yang hari ni liat tu sebab memikirkan, perh, lambat gila nak bukak puasa, mati kempunan kang! Lol. Pernah ke berita orang mati sebab puasa, Prof Norain?


Pastu duk fikir, duhhh tak dapat lah nak mengunyah time lapar masa study. Duhhh duhh.


Pastu duk fikir, duhhh nanti tak selesa lah nak study perut berangin, udara sejuk tahu tak, sejuk gilaaaa! Tsunami angin perut aku!


Yeah, keep on giving reason, bagi alasan and alasan. Sebab kalau taknak buat, macam macam alasan la, ye dak (pinjam tagline, hihi)?


Sebenarnya boleh je puasa. Sama ada nak atau tak je. So, untuk mengukuhkan niat untuk berpuasa tu, remind balik, nak rahmat Allah, nak rahmat Allah. Dengan rahmat Allah lah, kita terlepas dari api neraka. So, if orang ajak buat baik, and aku tolak atas alasan tak munasabah, aku rasa sangat evil di situ.


"Dan sesiapa di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang soleh, Kami akan beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia."-surah al ahzab ayat 31


Allah nak bagi rewards besar tu! Tapi kenapa selalu taknak grab and pergi dengar cakap Qarin yang tak bagi satu apa pun rewards!




Actually, sebenarnya kita sedar je kan bila ada yang membisik, takyah lah puasa, lambat je lah kan solat tu, pergi lah dengar lagu gotye tu, bukan effect punn. Kita sedar, tapi sama ada kita nak mahu ambil tindakan yang bagaimana. Yang menguntungkan, atau apa?


Sekian, semoga semua tsabat buat amal soleh ya, peace.


Wassalam.


psstt : syukur lah awak tu puasa pukul 4 pagi sampai 9 malam. orang kat syria, palestin, orang miskin lagi lah berhari2 tak makan. OUCH!

4 comments:

Unknown said...

biase la. bila ajak buat bende baik mmg liat sikit.. tapi kita mesti la buat bende baik tu.. abaikan yang xnak ikut tu.. kita buat la sebab tu lah bekalan Akhirat kita nanti ^^

Unknown said...

insyaAllah. jom puasa. hehe. bulan rejab pun dah nak datang ni ^^

shknhssn. said...

Siapa gadis sweet itu? Nak berkenalan boleh? Kahkahkah. Btw, TAHNIAH SEBAB BERJAYA PUASA HARITU! :D

Norain Ishak said...

cik anis, betul! kena mujahadah sikit kan.

bunbun, tu la. lets grab the pahala of rejab!

shikin, aiseyhhh. pantang puji. hihi.