Friday, April 20, 2012

Aku Kata

Assalamualaikum.


Okey. Sebenarnya takde apa pun nak cakap. Cuma nak share kata pujangga by sahabat saya, Erna. May Allah bless her.

Aku kata 'astaghfirullah' tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata 'wa atubu ilaih' tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata 'wa nadimna ya Allah' tapi kesilapan lalu masih kuulangi.  
Aku kata 'subhanallah' tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata 'alhamdulillah' tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata 'Allahuakbar' tapi cintaku lebih kepada dunia.  
Aku kata 'ma fi qalbi ghairullah' tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata 'aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu' namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.  
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.  
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa,
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa. 


Sangat well written. And memang sangat kena pun dengan diri sendiri. Untunglahhh, Allah itu Maha Penyayang, sentiasa bagi kita peluang dan peluang untuk kita bertaubat. Isunya, sama ada kita mahu bertaubat, ataupun nak postpone taubat bila dah tua kerepot ke?


Oklah, takde benda pun. Just take home message untuk yang tersinggah blog saya hari ni, fikirkan, are we prepared enough for the Day of Judgement?


Nak letak picture sikit.


Brookfield Health Science Complex : View from 2nd floor


Bukit ke main campus UCC.


Quadrangle kebanggaan UCC. Haih, insyaAllah 4 tahun lagi nak ambik gambar kat sini pakai baju grad!


Going to miss this river bila dah keluar dari Apartment Castlewhite ni.



Sekian, wassalam.




4 comments:

Drdreminye said...

you are going to move out soon from your apartment?

farah said...

ainnn huuhu... bosannya xde fb :(

Nina Mazlan said...

takkkk. bukan ena yang tulis. ena share jek dari tumblr. :)

Norain Ishak said...

minye, yupp. akan move out masuk rumah teres 4 orang.