Friday, March 2, 2012

Masalah : Marah & Sabar


Assalamualaikum.


Setiap orang memang ada masalah masing-masing, konflik diri, krisis identiti ke atau apa-apa sahaja yang boleh membuatkan diri rasa runsing, confused, blur and etc. Disebabkan setiap orang, mempunyai masalah yang lain-lain, tujuan aku menulis hari ini, bukannya nak bagi solutions terhadap masalah korang. Tapi, mungkin nak bagi guide dalam menangani masalah yang dihadapi.


First things first, kena identify masalah kita. Apa masalah kita yang buat kita rasa eii tensionnya, stressnya and bla bla bla. Tuliskan masalah tu kat atas kertas. Duduk sejenak, fikir punca masalah yang kita hadapi. Minum air kejap. List down punca masalah tu. Lepas tu cari solusi. Kalau tak dapat solusi, cuba consult dengan orang yang lebih arif. Minta pendapat orang lain.






Jangan nak penat-penat tension dengan masalah, sebab masalah takkan selesai kalau kita keep stress kan diri dengan masalah. Dan jangan sekali-kali nak lari dari masalah tanpa mengenalpasti punca dan mencari solusi or bahasa inggerisnya, solution!


Bila dilanda masalah juga, selain dilanda stress, perasaan marah jugak tak lari. Ada orang yang asyik nak marah je, ada orang yang tak berapa nak marah. Jadi, normal je perasaan marah ni sebab emosi tak stabil. Marah ni macam satu tindak balas emosi terhadap masalah. Tapi marah bukanlah tindak balas yang positif terhadap masalah.


"Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak (bersedekah) baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan." (Al-Imran : 134)


Jadi, apa tindak balas yang positif terhadap masalah? Ya, betul kata korang, yakni sabar! Malangnya, keadaan hari ni, termasuk aku, kita sabar selepas kita marah which is macam tak cool. Sepatutnya kita sabar dulu, supaya marah tu meledak akibat tindak balas dengan masalah.


Contohnya, Siti bengang result Add Maths dia fail. Jadi dia marah dengan diri sendiri dengan mencampakkan buku rujukan SUCCESS Add Maths ke atas lantai. Lepas tu dia angkat balik buku tu, and say to herself, "Sabar sabar,". Ha ha, itu bukan sabar yang proaktif.


Duhhh, apa pulak sabar yang proaktif ni? Haish. Aku mendefinisikan sabar yang proaktif ni sebagai sabar yang mengawal diri daripada terlibat dengan energi negatif seperti marah, melampiaskan marah dengan objek and other negative things. Sabar yang proaktif membuatkan diri mencari solusi terhadap masalah yang dihadapi. Jadi, sama-sama lah memupuk sabar yang proaktif ni dalam diri.

"Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira".(Az-Zumar 39:10)


Andai diri sudah pun masuk fasa marah, diam. Jangan bercakap, sebab kata-kata yang keluar masa marah, memang menyakitkan hati. Letak tangan di dada, and sedar diri sedang marah and syaitan di sebelah sedang mengapi-apikan api kemarahan. Nak redakan api marah? Ambiklah wudhuk.


Okey, sekian saja dari aku. Harap aku pun boleh praktikkan apa benda yang aku tulis ni, insyaAllah.


Moga bermanfaat. Sekian, wassalam.

No comments: