Saturday, March 3, 2012

Kontrak Hidup

Assalamualaikum.


Hari ni ada kursus pengurusan jenazah. Before ada demo pengurusan tu, Ustaz Amar tu dia adalah bagi tazkirah sikit. Aku malas nak hurai, sebab penat gila hari ni. Malam tadi pukul 1 pagi something aku skype dengan mak and kakak aku sampai pukul 2pagi. Bangun pulak 6.45pagi, so roughly tido 4jam lebih je. Nak tidur lepas subuh, tak elok pulak kan. So, memang penat. Jadi aku tulis point form je lah.


  • Hidup ni sebuah kontrak. Kontrak kehidupan. Terpulang kepada Allah bila nak tamatkan kontrak hidup kita ni.
  • Hargai nikmat iman dan islam. Itu yang membezakan kita dengan non-muslim
  • Ubah persepsi tentang maksiat. Maksiat bukan sekadar bermakna berzina, berkhalwat, tetapi melanggar perintah Allah and keluar dari mentaati Allah pun dikira maksiat. Tak tutup aurat dengan sempurna, itu pun maksiat.
  • Sebagai khalifah muka bumi, bukan sekadar cukup solat je, tapi jadikan segala amalan kerja bebas dari perbuatan maksiat, insyaAllah dapat pahala.
  • Zuhud bukan bermakna pakai kereta kecik, ia bermakna meletakkan sesuatu pada yang kita mampu. Kalau mampu kereta besar, beli kereta besar, nama Islam juga naik.
  • Perkara lain, kita boleh bertanya pada orang yang berpengalaman untuk prepare. Tapi hal mati, kita tak boleh nak pergi tanya si mati, "mati seronok tak?"
  • Pilih cara mati : husnul khatimah(kesudahan yang baik)
  • Buat semua benda niat kerana Allah. Niat bukan sekadar lafaz niat, tapi juga niat di dalam hati.
  • Selangkah anak perempuan tak pakai tudung, selangkah ayah ke neraka. Jadi kalau sayang ayah masing-masing, sila lah jaga aurat.
  • Ikut Quran and Sunnah, dan umat manusia takkan sesat.
  • Kita kena ingat, kita tak bawak harta masuk kubur.
  • Jangat setkan benda-benda mewah sebagai benda yang kita mesti ada. Eg. kamera digital, kalau takde kamera, tak boleh hidup.
  • Yang mengiring kita ke alam barzakh adalah amalan kita.
  • Dah ada ilmu, kena ubah keluarga kita.
  • Kalau nak tegakkan Islam, tegakkan diri dan keluarga.
  • Menutup aurat ini benda wajib. Aurat perkara terawal ditanya semasa kita mati.
  • "Pakai tudung tak semestinya dia baik," : Atleast dia cuba untuk jadi baik.
  • Solat itu tiang agama.
  • Berusaha mencapai husnul khatimah. How? Buat segala yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
  • Anak yang akan mendoakan kita semasa mati, jadi kalau anak tak reti alif ba ta, macamana nak doakan ibu bapa, nak sedekahkan Al Fatihah.
  • Bila ziarah orang mati, jangan mengharap waris mati bagi kita makan kenduri.


Nur Farahin Ayob. Elok je senyum bakal jenazah ni. Husnul khatimah.


Bil Terakhir : Bil bayar kain kapan, kapur barus, upah penggali kubur and etc.


Ustaz Amar dan akhi Faiz Kadir jadi jenazah olok-olok.


Proses mengkafankan Farah.


So, itu je. Seram sebenar nak kapankan orang ni kalau fikir yang jenazah tu betul-betul jenazah. Terfikir pula siapa pula mengkafankan kita? Andai persoalan itu yang boleh menginsafkan kita dari kelalaian dunia, kembalilah ke pangkal jalan. Jadikan Quran and sunnah sebagai pedoman.


Sekian, wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

ringkas n mudah fhm.. -werewolf~

fifi said...

faiz kadir tu senior aku... =.=