Tuesday, March 20, 2012

Kerana Siapa



Assalamualaikum.


Hohhhh galak pulak mengupdate blognya. Semalam baru je ingat nak tunggu dua tiga hari baru nak meng-updatenya. Tapi tu lah, bila otak ada benda nak bercerita, kena meng-update juga lah yer. Macam aku tulis semalam, kan banyak masa lapang untuk study for 3rd continuous assessment, so, sambil tu hari ni aku sempat spend dengar kuliah POP ustaz dasuki lagi.


Weyhhhh, aku minat sangat ustaz dasuki! HAHA. Over. Nak kahwin dengan ustaz yang single, boleh? Untunglah kahwin dengan ustaz, hari-hari boleh kena lecture islamic dengan suami sendiri untuk jadi mukmin sejati. Hewhew. (Gedik sangat)


Okey. Ada banyak point jugaklah dapat di-grab dalam kuliah tu. Tapi yang paling dapat kat hati ni adalah pasal niat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Sama ada kita buat something itu kerana Allah, ataupun kerana orang. Dulu, aku selalu fikir macam, kalau nak kahwin dengan orang baik, so, aku kena jadi baik. So, di situ niat aku macam nak jadi baik sebab orang, padahal patutnya nak jadi baik sebab Allah suruh kita jadi hamba yang baik. Terasa sangat sebenarnya.


So, always and always, ingat, buat something kerana Allah. Sebab kalau kita buat semata-mata untuk orang lain, then, belum tentu Allah nak terima amal kita itu atau tak. 


Next, pasal pergantungan kepada Allah. Allah tak perlukan kita, tapi kitalah yang sebenarnya memerlukan Allah. Tapi, sejauh mana sebenarnya pergantungan kita pada Allah? Ke sebenarnya kita ni hidup bergantung dengan kebendaan, dengan benda duniawi?


Kalau kita letak pergantungan kita selain dari Allah, then, kita akan kecewa. Kita terlalu bergantung dengan orang, bila orang tak tolong kita, kita akan kecewa. Kita terlalu bergantung pada duit, bila duit kena rompak, kita akan kecewa. Jadi, letaklah pergantungan seratus peratus kepada Allah s.w.t.


Sekian, ada banyak lagi sebenarnya nak cerita. Sambung later okey. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

awal exam.. banyak paper lak tu....good luck

zulikhwan

Norain Ishak said...

zulikhwan, hihi.thankks