Monday, March 19, 2012

Liver=HATI=Heart


Assalamualaikum.


Exam khamis ni, pastu isnin and rabu minggu depan! Wohoo. Tapi this time tak se-stress exam masa 2nd continuous assessment lah. Mungkin sebab ada banyak masa lapang untuk buat revision. Moga masa lapang ini produktif, insyaAllah.


Untuk mengelakkan blog ini ditinggalkan lama tidak ber-update, hari ni nak share sikit pasal hati. Hati kalau ditranslatekan dalam bahasa inggeris ialah LIVER. Tapi ada juga kata hati ni HEART. Kalau HEART, maknanya JANTUNG. Okey pening. Apa-apa pun fokus kita hari ni ialah HATI. Sebab secara physiological nya, kalau kita tafisr hati sebagai liver or jantung, dua-dua organ ni penting dlam sistem badan kita.


Dan yang paling best sekali, hati kita secara rohaninya pun sangat penting!

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya ALLAH tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi ALLAH melihat kepada hati dan amalmu." (Riwayat Muslim)


Hadis di atas pun dah menekankan betapa pentingnya kita menjaga hati.


Tapi jangan ada yang mis-interprate hadis ni pulak. Jangan kata, "aku tak tutup aurat, tapi hati aku baik, ingat Allah selalu,". No no no. It is not like that. Kita mungkin ingat akan Allah, tapi kita lupa nak ikut perintah Allah. So, kalau kita liat nak buat suruhan Allah and liat tinggalkan larangannya, itu kah yang kita panggil sebagai hati yang baik? Fikirkan bersama. Anyway, peringatan untuk kita semua terutamanya untuk diri aku sendiri, jauhkan amalan judge-judge orang yang di mana kita merasakan kita lebih baik dari orang yang kita judge itu.


Kenapa pentingnya kita menjaga hati ni?

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).”-Maksud hadis


Jadi, kalau macam aku belajar pasal LIVER=HATI secara physiological nya pun faham, kalau LIVER ni damage, memang habis lah seluruh badan pun tak berfungsi. Kalau kita kata HATI=HEART, kalau jantung kita stop function, memang menghadap Allah lah jawabnya. So, penting sangat lah untuk care about hati, sebab hati ni yang akan membentuk akidah, akhlak and ibadah kita. Kalau kita dah sense macam kita mula was-was terhadap akidah kita, akhlak pulak makin teruk, ibadah pulak makin berkurangan, cepat-cepat check hati kita ni macam mana kondisinya.


Kalau antara kita boleh spend banyak duit berbelanja beli pakaian sebab nak jaga penampilan, berbelanja makan supplement vitamin nak jaga kesihatan, berbelanja beli krim bagai nak rawat kulit muka, kenapa tidak "berbelanja" merawat hati rohani?


And penting jugak untuk kita  realise bahawa, hati ini macam medan bertempur antara syaitan and malaikat. Kalau kita bagi syaitan menang, makanya syaitan lah beraja dalam hati kita. Apakah kita mahu syaitan yang jadi raja dalam hati kita? Come on, syaitan kot! Syaitan yang berapi-api yang kalau in real life pun, boleh mendamagekan hati=liver kita. So, sangat penting lah kita sensitif dengan hati sendiri, and jangan duk nak over-sensitif sangat kritikan orang.


So, now, dah tahu pentingnya jaga hati, sekarang bagilah suggestion supaya hati jadi baik! Cakap pompang je akak ain ni. 


  • Banyak berisytighfar, means that selalu mintak ampun dekat Allah sebab Allah je yang boleh mengampunkan dosa kita kan
  • Tanamkan nilai ikhlas bila buat sesuatu kebaikan
  • Ziarah kubur so kita tahu end of our life dalam dunia ni adalah kat kubur, bukan rumah banglo korang tu
  • Bergaul dengan anak yatim and orang miskin
  • Banyakkan berzikir and baca Quran


Nak tahu hati kita tu hidup ataupun mati, orang yang hatinya hidup :

  • Sangat seronok beribadah. Ternanti-nanti bulan puasa(bukannya sebab nak buat kuih raya,nak pergi bazar), ternanti-nanti waktu solat, pendek kata, dia enjoy beribadah!
  • Menggeletar hati apabila baca Quran
  • Apabilah nampak keaiban, dia akan cuba memperbaiki diri
  • Bimbang dengan dosa
  • Takut dengan pujian manusia
  • Pengharapan hanya kepada Allah


So, marilah sama-sama kita buat "Liver Function Test" ke atas diri sendiri. Ayuhlah kita sama-sama buang karat-karat di hati dan polishkan dengan amal soleh, moga-moga mendapat keredhaan Allah s.w.t, insyaAllah.


Sekian, wassalam.

No comments: