Wednesday, March 21, 2012

Saya Amek Medic Sebab


Assalamualaikum.


"Bila kerja sekadar nak cari duit,manalah ada nikmat dan keseronokannya.Budak-budak MRSM(dan mungkin SBP?) jangan jadi tipikal sangat.Semua macam ada dua or tiga pilihan sahaja;sama ada doktor,engineer,perakaunan(ni pun mesti tak ramai)..Teruk sistem ini dah brainwash anda kalau kerjaya ini sahaja di dalam kepala hotak anda-anda semua."-juniorky


Mengaku. Aku pun sama tipikal and terjebak. Pun sama dibrainwash? Dapat je result straight, sebagai graduan mrsm taiping, yang ada dalam kepala untuk further study adalah sama ada medic, engineering, accountancy. Taknak engineering, tak suka physics. Taknak accountancy sebab waktu lower form dulu tak suka akaun dalam perdagangan KHB. Last choice, medic. Medic is science. And aku rasa aku boleh bawak science. And apply mara medic, dapat kyuem.


"Tadi sempat skype dengan mak kejap and nampak ayah ada kat hall tengah siap-siap keluar untuk pergi check up kat PPUM. Huuu tetiba rindu ayah gila-gila. Walaupun ayah seorang yang serius, tetap rindu jugakkk. Time-time ayah sounds sebab aku buat kerja last minute, ayah tetap tolong jugak settlekan benda tu. Huuu. T_T"


And kat kyuem, tersedar, aku boleh bawak science, tapi tak semestinya kena ambik course medic, kena jadi doktor. Banyak je course lain. Nak jadi doktor sebab nak kejar glamour so that people will call you doctor? Nak kejar harta? Nak jadi doktor, bukan sebab kau dapat straight A, so kena jadi doktor. Sebab nak jadi doktor ni, requirement dia bukan pada IQ sahaja, tapi juga pada PQ, EQ dan SQ. Kalau kau lembik, jadi doktor apabenda? Kalau kau tak tahu ethic nak treat patient, jadi doktor apabenda? Kalau kau tak boleh cope stress, jadi doktor apabenda?


Kiranya, aku nak stresskan, it takes a lot of qualities to make yourself as a doctor. Bukannya doctor yang baca buku 24jam je. Although aku just budak first year medic, dah rasa bahang-bahang cabaran bila tengok kakak-kakak seniors kat sini. Senang cerita, kalau ada adik-adik yang nak amik medic sebab nak glamour, stop lah berangan ya. Medic untuk mereka yang mahukan menjadikan medic as part of their life despite of many hardship that have to be faced along the journey to become a doctor. (abaikan english aku yang berterabur)


Tapi sebab dah terjebak dalam sindrom "saya ambik medic sebab saya budak straight A's", dah pun jadi medical student, perjuangan harus diteruskan. Moga diberi kekuatan oleh Allah agar dapat berada dalam bidang ini dan memberi manfaat kepada orang lain, insyaAllah.


"Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya; Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;"-Surah Al-A'laa ayat 1-3



So, itu je kot nak cakapnya. Esok ada anatomy spot exam. Doakan. Sekian, wassalam.

4 comments:

Dato' Dr. Nurul 'Afifah :) said...

dulu saya pun macamni.dalam kepala memang dah takde bende lain dah, medic je. sejak kecik lagi dah kena brainwash "you have to be a doctor". tapi alhamdulillah, pilihan sy amik medic takkan pernah sy ubah. semoga kita semua terus berusaha dan istiqamah. :)

good luck ea, bakal dr! ^.^

SyifaIlyani said...

Kak Ain! =)

mInYe said...

kenapa saya nak amik kimia? sebab saya nak jadi chemist ke?

jawapannya,


saya sedikit pun tak pernah terlintas langsung utk jadi chemist!

There times that you wish to be this way, but in turns out to be the other way.

regret?



A bit. not much.


But as usual. He always know the best. =)

mInYe said...
This comment has been removed by the author.