Thursday, March 22, 2012

Anatomy With Cheese

Assalamualaikum.


"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)."-(Al-Baqarah 2:214)


Done with my third time for anatomy spot exam. Exam final may nanti, anatomy assessment dalam bentuk MCQ. Before ambik test tadi, haha, memang nervous melebihi nervous 2 spot exam before ni. Nervous terlebih sebab masa 2nd continuous assessment, markah drop. So, the pressure to put a lot more effort for the 3rd spot exam ni lah yang buat nervous. Dah masuk dalam dissection room pun, tangan boleh rasa shaking lagi. Tapi dengan mengingati Allah kan, hati jadi tenang. And alhamdulillah, semua okey. Hihi. But ada lah jugak yang tak tahu jawapan dia.


Oh actually baru je selesai buat macaroni cheese. Oh mannnn, sedap gila! Haha. Pagi tadi lah, roomate aku cakap suruh aku buat macaroni cheese. And aku ego sikit. Buat cam tak layan je. Hihi. Pastu sambil revise anatomy, aku ambik ipad aku, google resipi macaroni cheese. Tengok, sweet ke tak aku ni. Aku selalu buat tak ambik kisah je, tapi dalam hati kesah tau. Dalam hati ada taman. Hihi.


So, jumpa link resipi ni. Aku follow je lah.

http://allrecipes.com/Recipe/Bevs-Mac-and-Cheese/Detail.aspx


First time ohhh buat. Tak pernah terfikir pun pasal makanan ni. Sebab roomate aku cakap benda alah ni, tergerak hati nak buat. Lagipun memasak ni is one of the way untuk cope dengan stress musim exam.


So, happy sangat todayy dapat buat macaroni cheeseee. Kegembiraan yang sangat gembira when you cook something and boleh kata agak jadi jugaklah benda alah tu. Thank you Allah for all the nikmat!


"Dear mak, tak sabar noo rasenye nak balik mesia, nak masak macam-macam kat rumah. Kita boleh lah gilir-gilir masak. Hihi,"


Tadi dah rasa sikit, ermm agak okey kot. Tunggu roomate bukak puasa, baru boleh makan berjemaah. Orite, selamat study semua. Wassalam.


1 comment:

Anonymous said...

sedap nampaknya doe, meh la bagi resepi macaroni cheese kat aku nih...cepat tau..
-asiah-