Sunday, March 11, 2012

Facebook Benci


Assalamualaikum.


Minggu ini, saya mendapati facebook adalah satu laman yang agak annoying. Super duper annoying. Disebabkan terlalu annoying, saya avoid untuk tengok newsfeed kerana dikhuatiri akan melihat status-status yang tak sedap mata memandang. Aku just duk usha timeline sendiri and benda chat and people activity kat sebelah kanan tu je.


Hikmah yang sangat besar di sebalik sebuah salah faham.


Yakni.


Aku benci facebook.


Aku taknak tulis lah reason kenapa aku benci facebook akhir-akhir ini. Sebab kalau aku berkias dalam blog, aku pun sama je lah dengan orang yang berkias-kias di laman sosial. Well, I'm not like you, I am Norain. Aku jenis straightforward, kalau aku cakap suka, aku pergi cakap. Bukannya bila tak puas hati, taknak bagitahu straightforward.


Disebabkan komitmen kepada beberapa buah group yang penting di FB, aku tak deactivate FB walaupun sebenarnya nak je deactivate.


Takpe lah, moga istiqamah membenci facebook. Moga tak lagha sangat. Allah, aku benci facebook ke benci orang dalam facebook ni? Astaghfirullahalazim.


“Dan berpegang teguhlah kamu kepada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliyyah) bermusuh-musuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara.” (ali Imran: 103)

Elok lah exam pun nak dekat. 22/3 exam anatomy spot, 26/3 biochemistry & physiology, 28/3 osceeeee! =.=

Sekian, wassalam.

No comments: