Tuesday, March 13, 2012

Wahai Seorang Kekasih


Assalamualaikum.





Oyeaahh hari ni aku takde nak cakap apa-apa cuma nak share sikit lah apa yang aku dengar dari kuliah ustaz Dasuki semalam. Takde lah nak share sangat, cuma satu benda yang buat aku rasa wow! Tak ingat the exact sentence macam mana, but apa yang aku faham, sekiranya kita berakhlak dengan akhlak Rasulullah, ikut perintah Allah tinggal larangan Allah, nanti di akhirat kelak Rasulullah akan kenal kita.


Cuba bayangkan Rasulullah kenal korang? Bukankah itu perasaan yang super duper awesome? Persoalannya, kita mahu atau tak Rasulullah untuk kenal kita ni? Kalau secret admirer kita kenal kita pun kita dah senyum sampai ke telinga, apatah lagi kekasih Allah yang kenal kita. SubhanAllah!




So, aku mengajak diri aku, dan diri korang jugak, sama-sama lah ambil iniatif untuk perbaiki amalan kita. Beribadah bukan semata-mata nak dapat pahala, nak mengejar syurga, tapi nak mengejar redha Allah. Kalau kita hidup ni tak dapat redha Allah, macamana kita nak dapat rahmat Allah semasa hari amalan kita dihisab kelak? Kerana lawan kepada redha, adalah murka Allah. Jadi, pilih, kita mahu redha atau murka Allah?


Andai diri rasa kita dah cukup baik, AWAS! Bahayanya berperasaan begitu seolah-olah kita merasakan amalan kita sudah cukup untuk melayakkan kita ke syurgaNya padahal  Allah belum redha akan diri kita.


Ok, nak share jugak status super duper senior ky yang jadi doktor kat cork ni. Menarik! Peace :)




Dah boleh mengundi? 


Sekian, wassalam.

No comments: