Tuesday, November 15, 2011

Ohane : Melayari Bahtera Yang Selamat

Assalamualaikum.


Okeylah. Penat lah nak update blog pasal cerita personal. Bosan gila. Tapi aku still nak update jugak, bersesuaian dengan tagline entah apa apa entah blog aku, "hari hari update blog".


random picture of the day


Aku just nak share ciri-ciri bahtera penyelamat or cara-cara mempersiapkan diri dalam melayari bahtera kehidupan. Okey ayat aku pening. Faham-faham je lah korang maksud yang aku cuba sampaikan. Erm, ada 7 cara or ciri.


Pertama : Mengenal Allah

Eh haruslah! Allah cipta kita, jadi kita kena lah cari inisiatif untuk kenal Allah. Cara paling senang, adalah melalui nama-nama Allah or famously known as asmaul husna. Ya, aku rasa most of korang hafal asmaul husna ni, but korang faham tak maksud nama nama Allah tu? Aku pun tak hafal. Kena usaha sikit lah tahu maksud satu satu. Take your time okey. Quote lain yang orang selalu cakap, kalau tak kenal, maka tak cinta. Jadi kalau kita kenal, kita cinta dan kita akan percaya apa yang Allah perintahkan ke atas kita, adalah yang terbaik untuk kita.


Kedua : Mengingati Allah

Eh haruslah! Yang kita biasa buat after solat, macam kita sebut subhanallah yang bererti Maha Suci Allah, harapnya dapat menyucikan hati kita. Sebab dengan hati yang suci, mudahlah kita nak terima hidayah dari Allah. Doa pun is part of zikrullah. Sebab kita minta sesuatu dari Allah, sudah tentulah kita ingat Allah selalu.


Ketiga : Takut pada Allah

Kalau kita takut, mesti kita taat je segala benda yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Semua benda yang Allah suruh tu semuanya untuk kebaikan kita semua. Jadi, kalau kita lawan suruhan Allah, kacau bilau lah hidup kita ni.


Keempat : Mendekatkan diri dengan Allah

Yang ni mungkin related dengan sifat ihsan yakni merasakan bahawa Allah sedang melihat kita. Aku tetiba teringat satu quote ke apa entah, jap aku pi google.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sembahlah Allah s.w.t seolah-olah engkau melihat-Nya. Kalau engkau tidak boleh, (ingatlah) Allah s.w.t melihat engkau. Hitunglah dirimu termasuk orang yang hampir meninggal dunia dan jagalah dirimu daripada orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doanya itu diperkenankan Allah s.w.t.” (Riwayat Abu Na’im daripada Zaid bin Arqam).

Susah sebenarnya nak capai tahap macam ni. Contoh senang, kalau dalam kelas, kita sedar yang Allah tengah tengok kita, mesti kita takkan saja saja tidur masa lecture. Ah paling senang sekali, kalau kita sedar Allah tengah tengok kita online benda benda lagha, mesti kita guna internet untuk benda berfaedah je, KAN? Ouchhh terasanya diri ini!


Kelima : Mencintai Allah

Adakah kita dah sampai level mencintai Allah? Ke kita just ikut je apa perintah Allah sebab kita takut dapat azab neraka dari Allah? Ermm what such a hard question to myself. Analogi mudah, bila kita suka seseorang, kita sanggup buat apa aje. Contohnya suami kita suruh buat hot choc, tapi sebab kita cinta suami kita, kita bukan buat air hot choc je, kita hidangkan dengan cucur udang, cekodok, kuah karipap. Means that, we give moree!

So, kalau cinta Allah, kena bagi lebih. Kena buat ibadah sunat lebih.


Keenam : Mencari keredhaan Allah

Ada lagi satu quote kot, pasal, tuntutlah ilmu untuk mencari keredhaan Allah. Jap pergi carik. Tak jumpa lah. But ilmu je tak cukup, haruslah diamalkan.


Ketujuh : Beribadah kepada Allah

Selain dari ibadah dalam rukun islam, banyak lagi aktiviti seharian kita yang kita boleh consider as ibadah. Tidur tu pun ibadah sebab nak restkan badan so bertenaga. Makan pun ibadah. Belajar anatomy tu pun ibadah tu! Jadi jom la kita gunakan setiap masa dengan eloknya. Yang tuan punya badan yang tulis ni pun harus guna masa sebaiknya.


Jadi, takkan baca je kot, kena amal la lepas ni. Pesanan untuk diri sendiri jugak. And tolong lah pesan kat member hangpa sekali. Sekarang ni, aku risau gila lah dengan remaja islam terutamanya anak anak malaysia sekarang. Ada kata falsafah kata, nak tengok negara ni in future macamana, tengoklah anak remaja dia macam mana. Kualitikan remaja malaysia hari ni? Berapa percent remaja benar yang berkualiti? Korang berkualiti ke? Kualiti itu apa? Cehh, macam macam lah aku. Mungkin kita boleh kupas topik kualiti ini di lain masa.



Haraplahh bermanfaat entry hari ni. Okey lah, nak pergi makan nasik dengan udang masak cincai tipah. Nak tengok, cincai ke tak cincai. Sekian, wassalam.

1 comment:

Yasmin Yahaya said...

bukan haruslah. tp mestilah!