Wednesday, November 16, 2011

kyUEM : Segmen Menyingkap Memori

Assalamualaikum.


Aku busy (sambil makan epal).






Minggu ni aku rasa macam ditinggalkan suami. (Macam pernah kawen je, entah pape entah). Tipah busy dengan charity week. Kat kelas aku duduk dengan orang lain sebab tipah masuk lambat. Balik apartment pun sorang-sorang je. Tragis. Sekarang tipah busy handle charity dinner. Aku tak pergi. Sebab nanti aku jadi loner masa dinner while tipah busy handle all those things.


Pagi tadi aku teman tipah jual muffin for charity. Aku just duduk je. Tak reti promot. And aku tiba tiba nak flash back memory kat ky. Buat fund raising. Jual bubble tea. Jual hotdog. Jual brooch masa bulan puasa. Time tu seronok je lah nak promot suruh orang beli. Tapi pagi tadi, macam kaku je. Sorry la tipah, aku buat semak pagi tadi.


Kalau sekali dah cakap pasal ky, aku nak terus berbicara mengenai ky. Dalam entry lama lama dulu, aku adalah cerita keterujaan aku nak jumpa budak budak nak masuk ky. Aku rasa time tu, semua mesti bajet aku budak bising. Sampailah dah masuk ky, aku rasa tanggapan dorang salah sama sekali. Aku bukan jenis bising. Aku just bising dengan member rapat je. And memang rapat kat ky je la tahu kesengalan aku.


Siapa stalk nama nama budak atas ni, memang sampai ke blog aku lah jawabnya. Kalau kabur, klik untuk pembesaran.


Sekarang rindu ky. Benda benda simple pun nak rindu kot. Jalan pergi kelas, balik kelas. Aku nak mimpi ky malam ni. Haraplah.


Aku dah penah letak gambar ni, saja nak letak lagi.


Even pagar zinc sebelah chalet aku tu pun aku nak rindu.


Orang ky apa tah lagi. Rindu gila. And bila bukak link event aku create two years ago, aku senyum sendiri. Cepatnya masa berlalu. Cepat betul masa tinggalkan aku.


Event two years ago. Klik untuk pembesaran.


Ohh cerita lain. Aku post kat twitter, yang aku nak jadi someone yang feelingless sikit. Bukan manusia yang tak berperikemanusiaan, tapi manusia yang tak layan perasaan. Faham tak? Tolonglah hati for this five years, jangan jadi berperasaan sangat. Ummu kata, self defensive. Ermmm mungkin. Aku nak belajar belajar belajar, taknak stalk, err.


Aku kagum sangat dengan somebody ni. Orang tulis kat wall dia, dia macam buat endah tak endah je. Kalau kita or aku, kalau orang tulis kat wall, cepat cepat ah kita balas komen. Takkanlah dia bukak facebook sebulan sekali je kot, sebab aku tengok recent activity baca article. Ke baca article tu takde kena mengena ngan facebook? Ah pening. Mungkin sibuk belajar kot. Jelesnya aku, orang yang ada daya tumpuan yang tinggi terhadap cita cita dia.


Okeylah, banyak bebel. Study physiology laa pulak. Sekian, wassalam.

2 comments:

Saya Piya said...

hahhaa. caiyok! heee~~
kau mmg tak habis2 dgn 'minggu ni aku busy smbil makan epal'. kang jap g ko jwab haruslah eh? haha.

ckp psal epal, aku mmg nga makan epal nih.

Norain Ishak said...

ummu, hahah.bosan lah dgn haruslah.carik word lain.