Sunday, November 27, 2011

Laici Cobbler Toya

Assalamualaikum.


Semalam masa ISK, kak Adilah ada jamu kitorang dengan peach cobbler. Memang sedap lahhh! Pastu masa dinner tanya kak Adilah macamana beliau membuatnya. Kalau ikut desperado, nak je buat malam tadi masa habis ISK, tapi sebab malam tadi semangat aku nak update blog itu lebih berkobar-kobar, aku lupakan niat nak cuba resipi peach cobbler itu.


And then pagi tadi lepas spend masa sejam setengah buat kerja print memprint notes, rasa cam ermm nak buat laici cobbler lah. Aku takde buah peach, ada buah laici yang dalam tin tu je. Sebab tu lah nak buat laici cobbler. Pastu dengan jiran aku si farah yang toya tu sibuk benor nak peach cobbler, aku sebagai seorang insan yang sweet, hahah, aku buat jugak.


Before tu google resipi dulu lah sebab aku pun macam ingat ingat lupa apa resipi kak Adilah. And buat buat buat.




Itulah bahan bahan nyeww. Tu ipad aku tu tengah bukak page resipi. Haha. And and hasilnya....




Sedap doee! Haha. Terpaksa lah memuji diri sendiri. Yang bahagian yang rongak tu, aku baru rasa lah. Okeylah, not bad. Ermm nama resipi ini ialah Laici Cobbler Toya. Cool.


Untuk kakakda aku yang mungkin mahu mencuba, hahaha, macam expert je padahal sukatan semua macam bertarabur je aku buat. Memula, aku letak satu setengah cawan tepung yang self raising. Pastu tauk gula secawan. Pastu tauk garam sikit. Pastu tauk fresh milk secawan. Pastu tauk perasa mango, HAHA, saja saja je letak dua sudu jus mango, lol! Pastu letak setengah cawan air laici. Pastu cubit laici tu kecik kecik, and then mix kan lah semua tu.


And then letak lah butter dalam baking tray untuk dimeltkan. Dah melt, letak kan bahan bahan kat perenggan atas tu atas melt butter tu. Jangan stir. And then campakkan laici atas dia. And then masuk oven dengan suhu, err aku memula suhu 250 darjah celcius selama 10 minit, and then suhu 180 darjah celcius selama 10 minit. Hehs. Pening.


Pastu siap.


Aku rasa aku dah suka baking membaking lah. Sekian, wassalam.

9 comments:

haz|rah said...

pasni setiap kali ko baking pape ko masok blog bnyk2 taw..
tiap kali aku bace ko bake pape aku mesti nk buat gak.. hahah

Anonymous said...

Subhanallah!~ tgk gmbr mmg terbaiklah! way to go Ain~~ *tap on the back*

-k adil-

mInYe said...

hantar kat UKM satu!

Mknace said...

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

ainthanish mom said...

mcm best..nak try nanti!

Norain Ishak said...

hazirah, haha.update la baking2 kat blog kau tu.

kak adil, heheh.terimakaseh atas resipi.

minye, i've told u, dtg cork.

ahfong, cer cuba.senang gila.

ainthanish mom said...

doe..tu i pad mung ker kt gambar tuh...

Norain Ishak said...

ahfong, ye la.

AreHadi82 said...

weh, nak buat jugak.... ko ayak tak self rising flour tuh?