Monday, November 28, 2011

Macamana Kita Nak?

Assalamualaikum.


PLAY!



Aku suka gila muzik dalam video kat atas ni. Muzik dia cool kot aku rasa, sometimes macam relax sometimes macam bersemangat waja. Aku siap download and convert jadi mp3 sudah. Papepun, selain muzik latar dia yang best, point point yang cuba disampaikan tu pun haruslah kita renungkan.


Tengah hari tadi, before masuk kelas behavioural science, aku and tipah pun berdiskusi macamana lah kita nak kembalikan zaman kegemilangan islam. Sekarang kan palestin macam terumbang ambing, and aku question kat tipah and to myself jugak, macamana kita nak ambik palestin balik, macamana kita nak ambik spain balik? Macam aku cerita dalam entry lepas, kan spain dulu kan pemerintahan islam. Adakah kita kena berperang and bla bla bla? And then kenapa negara arab yang kaya raya tu taknak tolong negara majoriti islam yang huru hara. Come on sesama islam kot!


Semuanya bermula dengan diri sendiri. Jomlah jadi orang islam yang hebat! Hebat dalam pelbagai aspek! Yup, untuk kembalikan kegemilangan islam itu, bukan nya boleh dalam tempoh sehari dua, it takes yearrsss. So, bukannya mustahil untuk satu hari nanti, islam akan jadi world order as long as all Muslim become Mukmin.


Macamana nak jadi mukmin?


Petikan surah al-mukminun;

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (Al-Mu'minuun 23:3)


Boleh check it out dengan lebih lanjut lagi. Pasal perbuatan sia-sia, jadi masanya sia-sia. Speakers ISK ada jugak cakap, masa tu ada berkat ada yang tak berkat. Kadang kadang tu masa lapang yang panjang tu boleh jadi tak berkat bila kita ada banyak masa, tapi kita just mampu selesai sedikit perkara. Kadang kadang tu kita kesuntukan masa, tapi boleh siapkan banyak perkara, di situlah keberkatan masa yang Allah nak bagi.


Aku pun tak terlepas jugak laa dalam buat benda sia sia. To change 100% memang payah, kalau slowly slowly tu insyaAllah.


Ermm hari ni masa kelas medical english, cikgu aku tegur aku nampak lembik hari ni. Haha. Agaklah. Aku tidur pukul 1 lebih pagi. Susah nak lelap mata sebab masa senja semalam aku tidur. Tak baik, jangan tiru aksi itu. So, nak kasi mata lelap, aku pun layanlah video kat youtube kat ipad and search about saladin aka salahuddin al ayubi yang berjaya mengambil semula palestin.


Jumpa dua version, satu kingdom of heaven yang si orlando bloom tu berlakon. Aku tengok trailer dia macam menunjukkan orang islam ni macam kasar sikit la. Takleh komen lebih sebab aku just tengok trailer and not the whole story. And then satu version yang egypt punya production kot.





Aku baru tengok dua episod. Tak tahu lah, aku sejak balik dari isk, macam interested je nak tahu pasal saladin punya cerita, nak tahu ketokohannya macam mana. Kalau dah khatam cerita saladin ni, nanti aku cuba lah huraikan apa yang aku dapat.


And lagi satu tokoh, muhammad al-fateh. Perhh tu tak sabar nak pergi puisi bertemakan akademi al-fateh tu. Tipah pergi spain, aku pergi puisi, insyaAllah nanti boleh lah sharing apa apa yang patut. Cool. Harapnya dapat lah mencontohi peribadi tokoh tokoh islam yang hebat ini dan mengaplikasikannya ke alam sebagai seorang pelajar, insyaAllah.


Sekian, minggu depan isnin ada test medical english, kena studyyy! Wassalam.

2 comments:

Saya Piya said...

kingdom of heaven best wei. baik kau tgok cepat. xdla tnjuk org islam kasar pun, die tnjuk cm btolak ansur, the other pihak yg belot.

Norain Ishak said...

ummu, oh ya.ok nanti aku pegi tengok.