Saturday, November 26, 2011

Adakah Kau Lupa?

Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Rasa bersyukur and gembira sangat-sangat kerana dipilih oleh Allah dengan izinNya pada hari ni dapat menghadiri program Antara Semalam Dan Hari Ini or dalam kata lain program Ini Sejarah Kita or famously known as ISK. Dulu kat ky, ada je terdengar program ISK ISK orang sebut ni, cuma tak pasti lah pernah diajak, ataupun pernah menolak, tapi yang penting tak berkesempatan menghadiri program sebegini masa di kyuem.

Jadi, tujuan aku menulis pada malam yang hening ni, bukan lah nak cerita details details yang aku dengar masa speakers bercerita. Cuma nak share apa yang aku rasa setelah spend 12 jam from 9.30am to 9.30pm meluangkan masa untuk menimba ilmu sebanyaknya.



Saya Islam Vs Saya islam

Nak dijadikan analogi, ada seorang gadis bernama Ayu. Tapi hakikatnya dia ni tak ayu pun. Jadi, ada beza bila seseorang itu berkata, "Saya Ayu," which yang bermaksud dia perkenalkan nama dia dengan seseorang itu berkata, "Saya ayu," which bermaksud perempuan itu masuk bakul angkat sendiri memuji diri sendiri bahawa dia seorang yang kelihatan ayu.

Dan sama juga dengan saya Islam (huruf besar I) dengan saya islam ( huruf kecil i). Persoalannya, kita yang mana satu? Adakah kita Islam(kata nama) atau islam(kata kerja)? Korang mungkin biasa dengar lah ayat ni, "kita bukan Islam atas sekadar nama je,". Memang betul lah. Sebab kita ni sepatutnya cakap, "saya islam" which means islam( i kecil) membawa maksud kita kena amal lah cara hidup ajaran Islam. Jadi, renung renungkan lah balik wahai Norain binti Ishak dan pembaca budiman sekalian, adakah kita sebenarnya benarnya mengamalkan cara hidup Islam?



Sunnatullah Dan Nasrullah

Sunnatullah tu yang aku faham situasinya macam ni. Contoh kes, kita nak exam. So, kalau nak excel dalam exam, kita kena usaha. Kalau kita usaha, then baru boleh dapat result cemerlang. Tak boleh lah kalau tak usaha, and then expect nak dapat result cemerlang. Sunnatullah tu ada dekat Muslim dan juga Non-Muslim. Tapi, apa yang membezakan kita Muslim and Non-Muslim, kita ada nasrullah.

Apa pulak nasrullah ni? Nasrullah bererti pertolongan Allah. Erm, agak agak macamana lah kita nak dapatkan pertolongan Allah ni? Aku pun lupa apa ada akak tu cakap. Tapi yang aku boleh simplify, kalau kita nak pertolongan Allah, kita kena tolong lah agama Allah tu. Macamana? Salah satu caranya, jangan jadi fitnah kepada agama. Contohnya si fulan yang beragama Islam ni jenis pengotor, so kira membawa fitnah pada Islam lah sebab kalau non Muslim tengok, mereka mungkin akan kata, oh orang Islam ni pengotor.

Contoh lain, korang boleh fikir and reflex kat diri sendiri lah yer. Jadinya, if Allah bagi pertolongan kat kita, masyaAllah mesti semua benda yang kita buat run smoothly and hati pun confirm jadi senang lenang je.



Jahilliyah Dulu Dan Sekarang

Zaman zaman nabi dulu, masyarakat jahil sebab diorang tak tahu pasal Islam. Masa Rasulullah nak sebarkan Islam tu, bayangkan masyarakat tu jahil selama 3000 tahun. Punyalah pure jahilnya sebab tak mengambil nilai Islam. Kalau tengok zaman sekarang, hmm jahilliyah masih ada. Bezanya, kita tahu pasal Islam tapi masih lagi jahil dalam beberapa aspek. So, what?

Kena lah dibuang jahil dari dalam diri tu dulu. "Hello, are you talking to me?". Sometimes kita akan terasa macam, eh aku lagi baik dari dia, aku mana ada jahil dowh. Aku solat, aku puasa. Tapi still, sebenarnya masih ada sisa jahil tu. Contohnya macam err dengar lagu lagha? Papppp! Ambik lah semua sila terasa. Aku pun! Baguslah pergi ISK dengar talks, sebab lately ni aku banyak layan lagu bruno mars. Duhhh.

Sebab, fikir eh, adakah kita ni ingat Allah bila kita nyanyi, "beautiful girl, are over the world bla bla bla,". HAHA. Aku baru quote lagu tu dalam entry semalam. Duhhh. Okey mungkin lah ada yang akan kata, ala dengar lagu je kot, bukannya rosak akidah pun. But still, bila kita ada pilihan untuk dengar benda yang lebih baik, kenapa tidak? Okey, yup agak payah sebenarnya. 

Ada banyak je benda yang kita selalu buat and tendency untuk ingat Allah itu sangatlah kecil masa kita buat perkara itu. Aku malas nak jot down kat sini sebab aku pun sama buat lah. But sempena tahun baru ni, err tak salah kalau kita cuba untuk ubah something kepada something yang boleh buat kita ingat Allah selalu. Kita  usaha together, okey?



Inilah Sejarah Kita!!

Banyaklah belajar pasal sejarah hari ni bermula dari timeline Nabi Muhammad s.a.w. dapat wahyu. Actually aku paling terkesan sekali masa part cerita pasal kerajaan umayyah, abassiyah dan turki uthmaniyyah. Sebab masa aku belajar sejarah untuk SPM dulu, memang tak terfikir langsung lah bahawa masa zaman itu umat Islam dah mula lemah and then dah lemah, jatuh lah kerajaan tu kan.

Memang time spm, belajar belajar and macam takde perasaan macam, "Ya Allah sedihnya padahal kerajaan kerajaan Islam tu hebat gila kot and then jatuh,". And kalau kita tengok situasi hari ini, berapa kerat benor lah hai kerajaan yang betul betul islam? Alangkah indahnya kalau zaman kegemilangan Islam tu dapat berulang kembali. Mesti best kot!

Pastu yang aku terkesan lagi bila dengar cerita pasal Andalus yang kini dikenali dengan Spain. Dulu punyalah Islam gilang gemilang kat Spain pastu jatuh. Allah, sayangnya. Dengan palestine, aku tak ingat cerita awal dia macam mana, but after 99 years, Salahuddin Al Ayubi dapat tawan semula palestin. And kata beliau, benda yang paling susah sekali ialah menyatukan umat Islam. 

Kita ni umat Islam cukup bersatu ke hari ini? Kuatkah kita ni?



Ayuhlah Jadi Individu Hebat

Tak mustahil kalau kita nak bangkitkan balik zaman Islam jadi world order. Tapi asasnya dalam nak membentuk empayar Islam yang hebat, kena bermula dengan jadi individu hebat lah. Bak kata Dr Hanim, peluang duduk dekat tempat orang ni, bukan semata nak tengok building dia cantik, ataupun weather dia, tapi tengok lah individu dia macamana. Sebab individu itu asas segalanya.

Jadi, kalau kita betul betul lah nak berhajat nak Malaysia jadi tempat yang lebih best to live in, kita kena bertanggungjawab. Jadi orang intelek so that kita boleh pengaruhi orang lain untuk sama sama jadi individu hebat! Erm selepas jadi individu hebat, next kenalah membina baitulmuslim yang hebat juga untuk melahirkan generasi hebat.



Kita Bukan Hidup Untuk Diri Sendiri

And ini point yang paling aku rasa kita semua kena sedar. Honestly speaking ah, kadang kita fikir, oh aku dapat scholarship, belajar medic dekat oversea, belajar rajin rajin, excel, dapat degree, balik malaysia kerja, kumpul harta, kahwin bla bla bla. Tapi actually purpose of life kita bukan sekadar untuk diri kita sendiri. Tapi untuk memberi manfaat kepada orang lain lebih lebih lagi kepada saudara sesama muslim.

And now i understand why there are so many people yang begitu semangat boikot beli barang yang dipercayai memberi keuntungan kepada yahudi untuk serang orang Islam. 






Pergi lah tengok video tu. Aku letak bukan saja-saja okey. Okey fine lah kalau malas. Aku nyanyi sikit dalam blog hari ini.


Adakah kau lupa kita pernah berjaya? Adakah kau lupa kita pernah berkuasa?
Memayungi dua pertiga dunia, menrentas benua melayar samudera.
Keimanan juga ketaqwaan rahsia mereka capai kejayaan.
Bangunlah wahai anak bangsa, kita bina kekuatan jiwa, tempuh rintangan perjuangan.
Gemilang generasi yang silam membawa arus perubahan.
Keikhlasan hati dan nurani, ketulusan jiwa mereka berjuang.
Sejarah telah mengajar kita budaya Islam di serata dunia.
Membina tamadun berjaya merubah mengangkat maruah.


Dapat dua benda ni sebab jawab soalan. Cool. Alhamdulillah.


So, belajar banyak benda. Harap semangat nak jadi individu hebat tak stop sampai aku stop tulis entry ni. Sekian, wassalam.

6 comments:

Mknace said...

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

Anonymous said...

moga Allah mudahkan Ain.
mudahkan akk jugak.
mudahkan kita semua untuk dapat yang terbaik utk Deen kita.

-moga kita tidak lagi lupa-

Anonymous said...

x sure kenapa,
rasa sebak baca post ni.

lepas ISK, teruskan lagi ye... :)

Nina Mazlan said...

bestnya baca post ain. ena da pegi isk byk kali pon still tersentuh mcm baru dengar. islam hebat kan. :)

Muhammad Zaiasraf bin Zainurin said...

assalammualaikum

alhamdulillah. hebatlah kak ain :) ringakas dan padat =)

Norain Ishak said...

mknace, =)

akak anonymous, insyaAllah.

akak anonymous 2, insyaAllah.

erna, yup.and baru sedar pentingnya slalu menghadiri majlis ilmu mcm ni sebab rohani kita memang memerlukannya, kalau tak kita jadi lupa.

zaiasraf, =)