Saturday, November 12, 2011

D.A.B.E.L.I.N

Assalamualaikum.


Hari kedua di dabelin. Hari yang memang dah plan nak shopping sakan. Pukul 11am macam tu baru gerak keluar dari belgrove residences dalam ucd ni. Naik bas double decker. Punyalah ramai umat manusia oh. Kat cork, bas double decker macam tak banyak, kat dabelin sangat banyak ohhh.


Dabelin sangat besar weyhh. Sangat besar lah pekan dia dari pemandangan di tingkat atas dalam bas. Pastu jalan sesak gila, lagi sesak dari cork. Kalau compare dengan cork, haih memang kalah lah. Cork memang kampung sikit lah kot.


Ok. So, memula ummu bawak pergi taman apa entah namanya. Bestnyaaa. Cork takde taman pun. Banyak gak lah orang. And dalam banyak banyak orang yang aku nampak, satu benda yang paling aku suka bila aku tengok ada mat salleh pegang tangan anak dia sambil bersiar-siar. Itu sangat cool. Itu sangat bapa penyayang.


Pastu baru start pergi membeli. First first pergi stephen green mall ke apa entah nama dia. Malas nak google the exact name. Ummu bawak pergi kedai dia beli winter coat cun. Haha. Aku pun memang plan nak beli lagi satu winter coat lah. Sebab winter coat yang aku beli kat cork takde hoody. Jadi, haruslah beli yang berhoody. Ohh siap bulu bulu lagi. 70euro, mahal ke murah tu?


Pastu beli satu kasut. Sebab kasut sukan yang aku beli kat malaysia ni dah almost everyday pakai. So, beli lah yang baru. Oh lagi murah dari kat clarks kot. 17euro!! Haruslah beli, kot.


Lepas tu keluar dari mall tu, pastu ummu bawak jalan mana entah. Aku pun tak tahu lah apa nama jalan tu. And sempat lah singgah kedai kedai yang banyak sale!! And aku ada gak lah terbeli satu coat. 25euro!! Kalau kat cork, kat pennys je la kot boleh jumpa coat murah, tapi kat pennys punya coat tak smart. Ada warna oren, kelabu, hitam. Aku nak ambik kelabu, tapi ummu suruh ambik hitam. Entah ah, sekarang warna favourite aku dah jadi from pink ke kelabu. Sebab kelabu macam cooool. Ahah.


And then dah dah dahhhh. Dah banyak duit dah habis. Haruslah berhenti membeli. Before balik naik bas, pergi beli kebab. Kebab lagi? Macam lah cork takde kebab. Actually plannya nak ke nyonya restaurant yang jual malaysian cuisines, tapi ummu tak sure jalan plus kitorang pun dah sakit kaki. So, makan kebab je la. Next time lah.


Bulan depan turun dublin lagi kot sebab nak pergi belfast untuk ke akademi al fateh, insyaAllah.


Ermm next gambars lah pulak. Duhh. Sebab aku guna ipenyayang, so tak boleh nak letak caption for each gambar.


Sekian, thanks ummu, taemin adn durdur sebab walaupun korang nak exam isnin ni, but sudi layan kitorang. So take care and wassalam.



Pic1:taman yang indah dengan sepasang couple err apa nama makhluk ni?

Pic2:Boleh pulak terserempak dengan normi zafirah kat apple store.cup perlu ke latar belakang gambar ipad?

Pic3:kat kedai disney.ok aku suka gambar ni sebab ada dua budak comel tengah leka tengok tikus comel tu.

Pic4:ummu and tipah yang ayu,, err.

Pic5:aku tak tahu apa nama seni bina ini

Pic6:Oh tu manusia.diorang freezekan diri.cool gila doe.

Pic7:dekat kedai cenderamata.aku tak beli pun topi tu.just mengada nak ambik gambar dengan benda alah tu.

Pic8:Shopping sakan laa kan.

Pic9:Tipah and aku.takde motif lain ke selain gaya spy?

Pic10:Tak sangka aku ummu ada bakat dalam bidang fashion.betullah kata erna yang suja mintak pendapat tentang pakaian dari ummu.

Pic11:ummu and aku menggayakan baju winter.aku pun sama gak nak yang berbulu.

Pic12:tipah and ummu.enviroment sangat sesuai untuk dating suami isteri.

Pic13:Hehe.kasut baru.

Pic14:kesibukan pekan dabelin.

Pic15:Ah ni random depan cermin kedai sementara tunggu tipah nak beli casing phone.

Pic16:aku jadi model jalanan lah kejap.

Pic17:tipah and ummu di sebelah tembok tasik.

Pic18:Kot murahh tapi aku suka hoody petak petak tu.coool.

4 comments:

Saya Piya said...

yeay.. aku watak utama. i loike.
btw, update guna ipenyayang kan, b kan dekat dgn n.. hahaha. tsasul tekan kak.

ainthanish mom said...

nothing much to say...only.....'bestnyer doe!!!!'

yana said...

assalamualaikum..tmpg lalu..nk tanyer maner nk cari kedai souvenir murah2 kt cork ye? hihi...tq atas maklumbalas..

Norain Ishak said...

Yana, selalunya memang orang beli kat kedai Carrols kat city centre je, murah ke tidak, rasanya standard price.