Tuesday, October 4, 2011

Perut Menyanyi & Pakcik Tua


Assalamualaikum.


Hari ni hari paling sejuk aku rasa setakat ni. Belum keluar rumah lagi, aku dah rasa tangan aku macam nak beku. Bila dah keluar rumah, aku and roomate, dua-dua gayat asap keluar dari mulut. Tetiba teringat scene-scene akhir dalam cerita titanic, masa si jack chat dengan si kate.





Cuaca-cuaca sejuk, aduhaii, buatkan perut rasa lapar je ohh. Tapi tadi timbang berat, 62kg. HAHA. Tak tahu lah timbang tu betul ke tak. Betul kot. Sebab last time aku timbang berat kat rumah senior, 63kg. Musykil gak lah berat tak naik sebab kat sini dah lah hari-hari minum fresh milk dengan cereal. Patutlah omputih kat sini besar-besar, kuat minum susu segar untuk tumbesaran tulang.


Okey, lapar tu satu hal. Satu hal lagi, perut berbunyi. Ingat aku je rasa camtu, rupanya senior pun ada cakap, memang perut berbunyi tu biasa. And aku pulak jenis, kalau perut berbunyi, memang orang sebelah memang boleh dengar clear ahh perut menyanyi minta diisi kan. So, aku memang makan berat time pagi, sebab kadang ada lectures sampai 4 jam straight kot.


Oh aku tak cerita lagi, kat tempat aku ni, banyak oh orang tua. Kalau pergi town, orang tua bersepah ah. Naik bas semua. Kat malaysia, bapak jarang dohh nak tengok orang tua naik public transport. Pastu, diorang ni kuat-kuat kot. Especially kalau pakcik tua. Mak aihhh, kalau balik dari main campus ke, dari western gate ke, pakcik-pakcik yang beruban tu yang potong aku ke. Padahal aku dah cuba jalan laju-laju, tapi dia potong gak. Duhhh.


Okeylah, selamat study. Sekian, wassalam.

3 comments:

minye said...

haha.. sbb org tua kat sane rajin jln! lgpun weather x pns..

sh. said...

LOL perut aku pernah gak skali bunyi kuat gila. Padahal bukan aku lapar pon. Malu kot kalo kena dalam lecture theatre hahaha xD

Norain Ishak said...

minye, haha,boleh terima gak idea kau uh.

sh, hahaha!